Thursday, August 27, 2015

#bujangvacation #ktkk (Bahagian 1 - Bangkok)

بسم الله الرحمن الرحيم


Dan akhirnya #teambujang tak sembang haha ni semua terima kasih pada Jud yang terus buat keputusan beli tiket kapal terbang, pastu dengan kuasa aku ajak lah beberapa orang. Sepatutnya 7 orang tapi Arep batalkan percutian last minit... Kitaorang rancang ke Thailand bermula dari Bangkok dan teruih ke Krabi. Rancangan asal nak pi Phuket sekali tapi tak jadi sebab nak jimat masa padahal kitaorang kat Thailand seminggu weyh haha


Jam dekat Thailand ni lambat sejam dari Malaysia. So, sebelum korang pergi sana, sila lah cari info waktu solat dan bawa kompas kiblat sebab kat sana bukan negara Islam. Kitaorang pergi Thailand ni bukan rancang sangat pun nak pergi mana sebab
kitaorang ada Salman... haha mak Salman orang Thailand dan dia fasih berbahasa Thailand... haha secara keseluruhannya 4 hari Bangkok dan 3 hari Krabi.

Sampai kat Bangkok malam, so terus cari penginapan. Lama gak lah pergi sana sini cari penginapan dan akhirnya tempat yang pertama kitaorang pergi tanya tu jugak la yang kitaorang beradu... haha orang homestay tu gelakkan kitaorang sebab dia tahu, dia punya homestay paling murah kat Saphan Khwai haha

Malam tu lapar gilerrrr tapi nak cari makanan halal susah kat Bangkok nih... bila tanya kat penduduk situ mana makanan halal, diaorang ni macam tak paham plak makanan halal tu apebenda... dibaginya restoran yang ada katak... haha last-last makan kat 7E... huhu

Tempat pertama yang kitaorang pergi adalah Chatuchak Weekend Market. Serius weyh tempat ni sangat heaven untuk aku kalau nak cari pets! Sebab apa? Sebab banyak pilihan dan semestinya murah! Aku bagi contoh :
Ferret di Malaysia - 700 MYR  
Ferret di Thailand - 2000 THB 
= 200 MYR (lebih kurang)

Tapi ramai orang cakap haiwan dari Thailand ni banyak penyakit sebab tu murah. Kalau korang tengok kat KLIA pun dia ada notis amaran tak boleh bawa balik barang-barang yang dinyatakan dari Thailand dikhuatiri akan membawa penyakit pada tanaman dan haiwan kita kat Malaysia ni. Nak bawak masuk boleh tapi agak susah sikit perjalanannya sebab kena ada kebenaran dari veterinar dan sebagainya. Korang kalau nak usha haiwan-haiwan yang dijual kat sana boleh klik gambar bawah ni...

https://www.facebook.com/muezzudin/media_set?set=a.10206014150225867.1073741842.1624322018&type=3&pnref=story

Selain kedai haiwan, banyak lagi barang yang dijual kat sini. Macam-macam dan masih boleh tawar menawar. Kitairang jalan-jalan kat pasar ni sambil bawak beg besar kitaorang tu haha bak kata diaorang 'Backpackers kental'. Pasar ni sangat besar dan pastikan korang jangan terpisah jauh! Lepastu kitaorang terus pergi Khao San Road naik tuk tuk. Sebenarnya tak dinasihatkan naik tuk tuk ni sebab mahal tapi kita ada Salman boleh kawtim sebab dia pandai cakap Thailand hehe


Inilah satu-satunya rider tuk tuk yang baik hati sebab bagi kitaorang rate termurah dari Chatuchak ke Khao San Road dengan 65 baht seorang. Ada rider yang tak sampai 5 km dah caj 80 baht. Jauh gaiss dari Chatuchak nak ke Khao San tu (lebih kurang 11km) semoga abang tu dimurahkan rezeki :-)

Khao San Road ni aku malas nak cerita sangat sebab tempat ni banyak maksiat. Kitaorang pergi sini sebab sini lah kawasan backpackers menginap. Kat sini penginapan dia murah-murah gak. Kat sini malam baru hidup so tidur situ memang bising la malam-malam. Pesta bebas dia memang buat kau beristighfar... Tapi waktu siang tempat dia suci je huhu ada jugak rupanya masjid kat situ... makanan halal pun ada tapi kena pandai cari... kitaorang dah nak balik baru jumpa tempat makan yang sedap dan halal...

Suasana Khaosan Road

Aku diberi tugas memegang peta Bangkok

Salman tanya pada penduduk situ

Sekitar Khao San Rd.

Beza teksi dengan tuk tuk? Lebih baik naik teksi sebab lebih murah!

Antara penjual muslim. Dia jual sotong goreng sedap weyh!

Destinasi seterusnya, pergi Bandar Siam. Merasa lah jugak pergi mall dia. Alhamdulillah ada jugak surau dalam mall tu. Salman cakap dulu takde surau kat mall tu... huhu banyak gak tempat kitaorang ronda kat Bandar Siam nih.

Pemandangan dari jejantas.

Aku tertarik dengan kiosk minuman berkonsepkan buah mangga ni.


Murah je minuman blended buah ni serendah 50 baht.

Beraneka makanan di Food Court Halal kat mall.

Trafik sesak di Bandar Siam.

Dapat bergambar dengan Muhammad Ali weyh haha

Semasa kitaorang kat Lumpini Park, terdengar bunyi guruh. Ok kena balik ni sebab nak hujan kejap lagi. Masa tunggu bas, ambulan dan pasukan penyelamat berduyun-duyun lalu... baru sedar ni mesti bunyi guruh tu bunyi letupan bom. Pastu check dengan travellers dalam internet ada kes letupan. Lama weyh kitaorang tunggu bas dari jam 7 sampai 9 malam... fuhhhh sebab jalan tutup bagi laluan pada pasukan penyelamat.





No comments: