Sunday, June 14, 2015

Kiara Ahli Keluarga Baru

بسم الله الرحمن الرحيم


Dah lama rasanya nak bela Kucing tapi asyik tak kesampaian. Sejak kecil, aku bela Kucing tak pernah lama. Tu pun Kucing yang datang rumah. Kita bagi makan terus melekat kat rumah. Tapi, tahu-tahu je lah kalau Kucing betina ni, penarik Kucing jantan supaya datang pastu pancut sana sini sampai baju di ampaian bau hancing. Memang tak pernah Kucing jantan datang rumah aku untuk menawarkan diri untuk dibela... haha

Baru-baru ni aku semangat pergi ke kedai haiwan peliharaan yang terkenal dalam
kalangan komuniti hobi di Facebook. Aku ada jugak usha-usha kat mudah.my. Boleh tahan weyh semua... haha geram! Aku terus nekad nak beli jugak Kucing tak kira apa yang berlaku. Terus survey dan survey... terus buat kiraan perbelanjaan... Ok siap. Terus keluar pergi ke destinasi yang ingin dituju kehkehkeh



Pada mulanya aku pergi ke Suensons Collection Petshop kat Hulu Langat. Kedai ni sebenarnya dah nak tutup. Pemilik kedai ni nak jual aset dia...  Boleh tahan kedai ni sebab ada jual haiwan eksotik. Stok kucing yang tinggal hanyalah Jantan Bengal Spotted Mix. Tapi aku tak minat. So, ke destinasi seterusnya....



Enr Pets Farm ni pun agak terkenal. Haiwan-haiwan yang dijual semua eksotik.  Kedainya terletak di Klang. Sebelum datang, aku whatsapp tanya ada tak stok kucing mix, dan dia balas ada. Lebih satu jam perjalanan aku dari Semenyih, sampai-sampai je terus hati aku terpanah kat Kiara ni... hehe dah usha-usha pergilah tengok haiwan-haiwan lain yang ada kat kedai ni. Agak lama kat kedai tu... Rakun ada, Skunk ada... hehe 

"Kucing tu camne bang?"
"Oh, awak ke yang tadi mesej tu. Ni tuan asal kucing tu."
"Oh, Aah, saya la tu tadi"
"Tengoklah dulu, boleh bawak dia keluar. Bapak dia Himalayan, emak dia Maine Coon."

Terus tanpa berfikir buat keputusan... haha Memang aku nak cari Kucing kacukan Maine Coon. Kebanyakan Maine Coon dikacukkan dengan Parsi tapi aku kurang berminat dengan baka Parsi.

Tapi sebenarnya, baka Himalayan ni asalnya dari baka Parsi dan Siam. Baka Himalayan ni ada dua jenis iaitu satu muka penyek (peke faced) dan satu muka bulat (doll faced).

Muka Tradisional atau Muka Boneka


Memandangkan bapa Kiara ni Himalayan muka berbentuk boneka, ia menguatkan lagi untuk aku memilih Kiara. Emak Kiara adalah baka Maine Coon macam gambar kat bawah ni...


Sedikit info untuk Kucing Maine Coon, ia antara baka yang bersaiz paling besar antara baka kucing domestik.

Fizikal Kiara ni banyak dipengaruhi oleh genetik Maine Coon. Antaranya muka, telinga dan badan. Badan dia besar dan berat padahal umur baru 5 bulan. Bulu dipengaruhi banyak oleh Himalayan.


Kiara ni nampak macam penakut. Mungkin sebab dia tak biasa kot bela dalam rumah. Selama ni dia duduk dalam sangkar tempat lalu lalang orang ramai. Sampai je kat rumah aku, dia nampak sangat takut. Aku letak dalam sangkar dan biar pintu terbuka. Bila kita ambik dia belai-belai, dia akan ok. Dia minta dibelai. Pastu lelama, dia akan berlari masuk dalam sangkar dia. Dia masih takut-takut lagi... Kesian dia... huhu gambar atas tu dia berlari masuk bilik pastu terus sembunyi situ... takpe lah Kiara... bagi dia masa jap untuk biasakan keadaan...


No comments: