Thursday, January 15, 2015

Pelbagai Ragam Sahabat UPM

بسم الله الرحمن الرحيم


Agak tersentuh bila Pudin post video ini. Apa yang terkandung dalam video ini memang
betul. Video ini berkisahkan dua orang lelaki yang berkawan baik, dan apabila berlaku salah faham, mereka tidak bertegur. Tapi itu semua hanya mengambil masa yang singkat untuk lupakan segala masalah persefahaman. Itulah yang berlaku dalam hubungan kawan lelaki. Sebenarnya paling banyak aku bergaduh dengan Nick kat UPM. Kalau aku senyap je maknanya aku sentap lah tu... haha tapi aku takde lah merajuk, cuma diam je.. Kalau tanya aku jawab lah, kalau takde pape aku akan senyap seribu bahasa. Nick bila tahu aku marah, pandai lah dia nak buat aku reda...

"Kenapa kalau aku datang buat kau tak senang je, Muezz" dan aku selalu jawab takde masalah pape pun... haha bila dia tanya soalan tu, aku plak rasa bersalah huhu tapi sebenarnya bukan nya aku nak minta orang pujuk aku pun... aku akan pulih sendiri sebenarnya...

Teringat lagi masa percutian di Melaka, Nick ada buat salah kat aku waktu pepagi yang sepatutnya ceria tuuu... Aku terus malas nak layan dan tak bercakap sampailah ke malam. Nasib lah aku ni jenis semua orang aku ngam bila berkawan... so takde masalah bila bergaduh dengan member baik haha Bila malam sebelum nak tidur selalunya kitaorang akan lepak berbual dan main kad kat bilik, tapi tidak pada malam itu. Tetiba Nick datang bilik ajak lepak bilik dia tapi aku tak layan... haha jahatnya aku

"Muezz, jom la lepak bilik aku. Taknak takpelah" terus keluar bilik.... Selepas setengah jam, dia mesej ajak lagi lepak bilik dia, tapi malangnya aku dah tidur... haha baru terfikir jahatnya aku :-p


Cerita pasal makan ni banyak buat aku stress sebenarnya. Dalam kelas memang aku lah 'decider' (tukang buat keputusan) dalam segala jua aktiviti sehinggalah sekecil aktiviti iaitu makan malam, tengahari dan sarapan. Memasing mengada nak kena ajak, kalau tak ajak mula lah cakap aku tak patut. Penat tahu tak kalau nak diajak je tiap hari tiap kali nak makan haha dah la ada yang blok lain, aras lain... Ada satu ketika kalau aku tak makan, semua seboleh boleh nak jugak aku pergi... aku memang tak boleh nak diet weyh haha.... Bila aku tak makan, ada yang sanggup makan sorang-sorang tuh. Yang aku geram macam takde member lain ke nak ajak... Memasing tak reti nak ajak kawan lain, geram aku haha Memang aku jadi tukang ajak...

"Kalau saya ajak tak berkesan pun tapi kalau Muezz yang ajak, semua on je" ayat sentap Syah... haha


-



-



-

Dalam kelas memang yang aku paling rapat dengan Nick dan Jud. Kalau dalam kelas mesti nak kaitkan aku dengan diaorang. Contoh, dalam kelas lecturer tak benarkan aku dengan Nick duduk sebelah ketika ujian haha entah pape je padahal aku tak tiru pun :-p Ataupun bila terserempak dengan lecturer, akan tanya mana Jud selalu dengan awak? hahaha takpun tengok je lah chat kat atas tu... Entah tak tahu macamne boleh rapat dengan diaorang padahal start kenal bebetul tahun ketiga.... Budak dua orang ni jugak selalu jadi radio aku bila atas motor. Memasing suara sedap puihhh





Lagi satu... semua orang tahu selain aku berkawan dengan bebudak UPM, aku akan eksited bila jumpa orang yang sehobi dengan aku. Yelah logik la tu kau akan senang berkongsi bila jumpa yang sama minat ni... haha bila aku pergi jenjalan dengan geng sehobi, habis kena perli haha siott jee





Aku dengan budak dua ni memang kasar je bila bercakap, takde nak lembut-lembut... Kerja nak lempang je... haha tapi lempang tu tak lagi, bila dah bagi peluang tapi still tangan ni tak sampai hati,,, haha apa korang sanggup ke lempang member korang? haha tapi aku pernah lempang Nick T.T haha rasa bersalah plak... tumbuk menumbuk tu memang selalu dah, takpe... kekeke
Budak dua orang ni jugak mana pernah puas hati ngan aku... memang kerja nak kenakan aku depan orang ramai je... mana kau tak geram kan


Lawak sebenarnya dengan Zui ni... haha memang selalu kalau pape aku taknak, tapi tetiba bila dia ajak, dengan mudah aku jawab OK... haha hmmm yelah nanti dah tak jumpa, berbuat baik kan... haha sebelum ni dia ajak aku main rollerblade, aku taknak.. tapi dia ajak rayu-rayu dan aku terus meninggikan suara marah dia... pastu terus sentap dia cakap OK... tu lahh aku ni tak suka orang paksa aku, memang terlepas lah kekadang... huhu

Post ni sebenarnya nak cerita pasal kekawan aku yang banyak kerenah dengan aku... Yang takde dalam ni pun banyak je kerenah nya cuma takde bukti untuk dijadikan cerita... haha Mungkin aku annoying tapi mereka masih berkawan dengan aku... Itulah sebab aku masih bertahan nak berkawan dengan korang walaupun aku selalu jadi mangsa... haha aku takde ambik hati ye semua kekawan.. Kalau aku sentap tu sekadar sentap, bukan merajuk yang perlu dipujuk.. Aku akan pulih sendiri... memang itulah sifat aku, Nak ubah jadi hati kental ni susah, tak tahu kenapa...

Kepada classmate yang baca ni, tak payah la nak post kat group eh... baca hanya sekadar di sini ye... haha Anyway, im fall in love with my AnSci6... Lain entri akan dibuat khas untuk my lovely AnSci6 :-)

*Memang kekawan aku semua tak pandai pujuk, tapi mereka still mencuba untuk buat lawak atau gembirakan kita. Kadang aku gelak gak dalam hati... haha

No comments: