Friday, October 3, 2014

Isu Anjing di Malaysia Tak Pernah Sejuk

بسم الله الرحمن الرحيم

Di Malaysia, anjing seperti haiwan yang disumpah. Bila sebut pasal anjing, ada orang jijik dan takut. Apabila melihat orang Islam memegang anjing, boleh jadi isu besar. Lepastu bermula lah para-para bijak pemikiran keluarkan kenyataan dan menghukum orang lain. Yang menyalak tu orang Islam sendiri, yang bertelingkah itu orang Islam itu jugak. 

Isu 1


Kecoh apabila gambar kanak-kanak memegang anjing. Lagi kecohnya apabila
kanak-kanak itu memakai pakaian sekolah agama. Lagi-lagi kecoh apabila kaitkan Johor yang mempunyai sistem sekolah agama tapi masih berbuat demikian. Tertarik dengan komen seorang Non muslim ni berkenaan isu kanak-kanak memegang anjing di Johor :

"This is not about non muslims & muslims.. Muslims of other countries have got no issues regarding this.. Dogs are never seen as a threat or disgusted by it..They treat it as any other creations of god... Only in this country, there is so much of drama..... Thus, its a good thing that the actual teachings of prophet are being reinstated by the respective islamic organizations.. Prophet Muhammad was compassionate with all beings, regardless of what species.. So.. try NOT to "mencemarkan" the name of the religion by calling yourself muslim and falling prey to wrong ideologies and spreading them."

Kekadang malu dengan orang Islam tu sendiri tak faham basic, komen ikut sesuka hati. Lagi malu bila orang bukan Islam lebih tahu perkara asas dalam agama Islam. Tak tahu la nak salahkan siapa. Adakah nak salahkan cikgu yang mengajar? Adakah didikan keluarga antara faktor yang terpenting? Ataupun salah sendiri? Jangan cepat membuat konklusi. Kita dah besar, dah matang, dah jadi remaja, sepatutnya mampu mencari ilmu yang kurang lengkap dengan sendiri.


Isu 2

Tahniah pada confessor 2269 kerana menimbulkan lagi isu sebegini yang akan membuatkan orang bukan Islam lebih benci pada Islam. Lagi teruk bila kau keluarkan hukum dari mana kau belajar yang mengatakan "Anjing itu haram dalam Islam". Tapi, seperti yang aku katakan sebelum ini, jangan mudah membuat konklusi. Mungkin confessor ini saja nak provoke Islam? Ataupun dia memang betul-betul jahil dalam bab ni? Kita tidak tahu...


Tahniah pada confessor 2318 kerana menjawab kenyataan confessor 2269 dengan matang. Boleh klik gambar atas untuk lebih jelas.

--------------------------------

Islam adalah agama yang bukan sahaja menjaga hak-hak manusia tetapi juga hak-hak haiwan. Pada satu ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melintasi seekor unta yang kelihatan kempis perutnya kerana kelaparan. Lalu baginda bersabda:
"Bertaqwalah kepada Allah terhadap haiwan-haiwan yang bisu ini. Tunggangilah ia dengan baik dan berilah ia makan dengan baik."

Perintah Rasulullah SAW untuk “…bertaqwa kepada Allah terhadap haiwan-haiwan …” menunjukkan bahawa kita akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT pada Hari Akhirat nanti dengan bagaimana sikap kita terhadap haiwan. Jika kita menjaga mereka dengan baik, memberi hak-hak mereka seperti makanan, minuman dan tempat berteduh, kita akan memperoleh ganjaran daripada Allah. Sebaliknya jika kita menzalimi mereka, maka kita akan memperoleh azab daripada Allah.

Mengikut pandangan Mazhab Shafie, binatang anjing adalah termasuk dalam kategori najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan najisnya perlu disertu dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air bercampur tanah. Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau menyalahi hukum Islam.

Berkaitan hukum memelihara anjing mengikut pandangan Mazhab Shafie :

a) Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara keselamatan rumah daripada dimasuki oleh pencuri, menjaga tanaman, rumah, harta benda dan sebagainya.

b) Tidak dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan hobi (pet) atau dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah. Berdasarkan syarah Imam Nawawi dalam Kitab Majd al-Musyarah wa Muhadzah, juz 9, halaman 9 menjelaskan bahawa tidak boleh memelihara anjing kecuali untuk berburu binatang, menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman dan menjaga keamanan rumah.

Jika dirujuk kepada pandangan Yusuf al-Qaradawi, (Kitab al-Halal wa al-Haram fial-Islam) beliau mengatakan hukum memelihara anjing sebagai binatang kesukaan adalah haram. Hal ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud dari Abi Sufian bin Abu Zuhair, bahawa Nabi S.A.W. bersabda antara lain maksudnya : “Barang siapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirot”. Erti qirot hanya Allah sahaja yang mengetahui kurangnya. Hadith ini disepakati oleh Bukhari dan Muslim.
(Sumber : JAIS)
(Sumber : Himpunan Risalah 3 : Hukum Kenajisan Anjing)


Kesimpulan :

  1. Islam menggalakan penganutnya menyayangi haiwan walaupun anjing dan babi. Tidak dibenarkan menyeksa haiwan.
  2. Anjing dan Babi hanyalah berstatuskan najis dalam Islam. Itu sahaja. Bukan untuk dibunuh, bukan untuk diseksa. Bukan untuk diprovokasi. 
  3. Apabila sentuh mereka, basuh je ikut panduan yang ditetapkan dalam Islam. Tak berdosa pun. Tak haram pun pegang mereka.
  4. Yang dikatakan haram adalah memakan daging mereka sebagaimana kita haram memakan daging monyet, ular dan sebagainya.
  5. Anjing dan babi juga tidak dibenarkan menjadi haiwan kesayangan dalam Islam.
  6. Anjing hanya dibenarkan dibela untuk berburu binatang, menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman dan menjaga keamanan rumah.


1 comment:

Anonymous said...

isu begini mcm pisang goreng, ari2 ade je org beli pisang goreng, so, lalikan telinga. ikut hati awak, ikut niat awk,