Monday, August 25, 2014

Trip Kedua Ke Pahang Lah Kita

بسم الله الرحمن الرحيم

Tarikh : 8 Ogos - 10 Ogos 2014
Destinasi : Johor Bharu - UPM - Bangi - Temerloh - Kuantan - Lanchang - Segamat - JB
Objektif Utama : Pergi ke kenduri kahwin kawan.
Objektif Sampingan : Pergi rumah geng sehobi dan semestinya Deerland.
Barang Yg Dibawa
  • 1 ekor Ferret (Mikii)
  • 2 ekor Guinea Pig
  • 12 ekor Burung Budgie
  • 3 ekor Burung Cockatiel
  • 2 ekor Arnab
  • 2 ekor Kekura Telinga Merah
Bajet : RM540 (Seorang RM135) 
Kenderaan : Perodua Myvi


8 Ogos : Aku bersiap-siap dari UPM menunggu kehadiran Sufi Aflah, Arep Ahmad dan Hafizzudin Naz untuk mengambil aku sebelum bergerak ke destinasi utama. Tetiba mereka beritahu nak tambah lagi satu tempat sebelum ke Temerloh iaitu rumah Kak Su(otai burung) kat Bangi. 


Jadi, beraya lah ke situ dan makan tengahari di situ. Alhamdulillah kenyang sangat sambil makan kuih raya... hehe pastu sempat bergambar bersama Pinky si Burung Galah yang jinak! Berborak di sini selama 2 jam setengah padahal rancang nak sekejap je... haha

Sampai di Temerloh hampir Maghrib dan terus menuju ke rumah Halimi(pemandu pelancong kitaorang) dan letak semua haiwan di sini sebab haiwan ni semua ada urusan dengan Halimi... hehe so baru rasa
legaaa sebab takde la risau dengan tanggungan haiwan dalam kereta. Susah sebenarnya kalau bawa haiwan bebanyak ni... Rumah Halimi ni sangat osem sesuai dengan jiwa orang yang sukakan haiwan sebab ada kawasan dan suasana kampungnya memang sesuai! Jadi, aku sempat bermain dengan haiwan-haiwan kat sini sebelum ke homestay.

Katak Dumpy boleh berubah warna ikut emosi coklat dan hijau

Musang Pandan ni perlukan lesen untuk dimiliki.


Malam tu baru check in homestay. Dua malam RM110... boleh tahan homestay sangat selesa! Lepas tu makan Ikan Patin Gulai Tempoyak. Ok sebenarnya aku tak makan benda-benda yang ada durian ni tapi bila takde benda lain, aku boleh je makan. Ohh maiii sedap jugak eh lauk ni... huhu



9 Ogos : Pepagi terus bertolak ke Kuantan untuk pergi ke majlis perkahwinan Abu Dzar. Sampai di destinasi hampir tengahari dan lepak dengan pengantin di homestay sebab mulanya fikir tak sempat nak tunggu majlis mula. Tapi, itu semua sembang. Akhirnya sampai juga sejam kat situ... haha


Sampai di Deerland jam 3 petang. Ok sebenarnya ini lah kemuncaknya! Kitaorang berada di sini selama 3 jam setengah haha Padahal tempat ni tutup pukul 5. Sebenarnya sebelum ni pernah nak pergi sini tapi tutup, jadi hari ni nak balas dendam lelama kat sini... haha Lagipun, Halimi ni anak buah pemilik Deerland ni, Fifi plak anak pemilik Deerland ni. Mereka berdua ni adalah geng sehobi. Bahagian pertama yang kitaorang pergi adalah tempat rusa. Seterusnya, lepak paling lama dekat padang... hehe

Bagi rusa makan epal


Arep Ahmad membelai burung unta

Gaya Sufi Aflah yang ramai dikecam oleh makcik kerana bahaya

Haishh kalau boleh nak ambik sekor Bearded Dragon nih

Dua ekor Ferret yang nakal

Inilah dia Bearded Dragon, ada yang kemungkinan akan bertelur

Dah penat, duduk sini sambil berbual dengan Paidi(otai reptilia)
Sepasang Rakun yang gah nak gigit orang ajak main

Sebenarnya banyak lagi haiwan yang ada kat Deerland ni, bukan sahaja rusa. Jam 5 petang Deerland dah tutup tapi kami masih di dalam seronok merantau tiap tempat yang ada di dalam tu, haha... Jam 6 petang, masa nak balik, sempat lagi berbual dengan pemilik Deerland. Encik Abdullah juga merangkap Presiden P4PHM. Banyak ilmu yang aku dapat dari dia isu-isu tentang flora fauna di Malaysia. Jadi tambah lagi setengah jam... tetiba sembang dengan encik tu best plak kan... haha padahal kereta dah start enjin masa tu.

Selfie beramai-ramai dpan Deerland... 


Malam pergi tengok wayang Teenage Mutant Ninja Turtle. Hari tu memang hari yang paling penat antara 3 hari ada kat Pahang. Tapi bila Halimi dah beli tiket, kita layankan je la. Aku sedaya upaya menahan tidur, nasib lah cerita tu best, ada kelakarnya.

10 Ogos : Pagi tu sarapan di rumah kawan Sufi Aflah. Ohhh menn, bukan sarapan tapi sekali dengan lunch!!! haha adehhh malu sebenarnya sebab rumah orang kan, tapi apakan daya dia pelawa... Tolak kang kata tak sudi... huhu Sarapan satay, lunch ikan patin tempoyak dan puyuh goreng... hmmmm sedapnya!



Lepastu, singgah ke pasar di mana Halimi membuat jualan pets kat pasar Temerloh. So, tiap Ahad pagi dia akan menjual pets yang simple macam Budgie, Hamster dan yang sekutu dengannya. Target pembeli adalah bebudak kecik. Tapi sampai lambat, dah tutup dah... haha hari ni adik Halimi yang jaga kedai... masyuk katanya hari ni sebab bebudak baru dapat duit raya,...


Ok, settle semuanya hari ni. Maka aku pun berangkat balik ke UPM... Mereka 3 orang masih belum habis berjalan, sempat singgah ke rumah geng sehobi juga dan Ladang Uncle kat Segamat. Mereka bermain landak kat situ, ada sepasang yang jinak siap main pegang belai-belai lagi... huhu


Pengakhiran perjalanan kami, dapatlah kami tapau :

  1. Sun Conure
  2. Button Quail

Lepas ni ke mana plak ye destinasi bajet kitaorang? haha


No comments: