Sunday, June 15, 2014

Pengajaran Marah Kawan

بسم الله الرحمن الرحيم

Post ni nak bagi pengajaran sebenarnya walaupun kita marah sebab kawan kita tu buat salah, tak perlu lah sampai marah gila-gila. Ini berlaku kat aku. Pertama kali ada orang minta maaf kat aku camtu.. adehh nak terharu sampai nangis dalam hati ni bila baca mesej dia... huhu


Sebenarnya peristiwa itu memang aku marah. Lepas puas aku marah dia, tetiba terdetik kat hati ni macam keterlaluan... aduhh aku sedar benda tu semua hanyalah gurauan... aku marah kat dia masa kat kedai makan, tengah makan masa tu... balik tu memang tak bercakap pun... haha

Bila dia hantar mesej tu, terus rasa bersalah... memang tak terniat pun
nak marah sangat... sedih aku tetiba... hohoho lepas mesej ni, dia berubah sikit. Jadi baik kemain. Buat salah sikit, minta maaf. haha sighhhh 

Terima kasih kekawan sebab jadi kawan aku. Sem ni banyak aku kenal kekawan aku. Banyak yang makin rapat. Boleh dikatakan suasana di matrik dahulu, berlaku kat UPM ni. Boleh dikatakan semua boleh jadi sahabat aku. Teman sembang, main game, makan, jenjalan dan lain-lain mesti nak ada kawan-kawan aku ni...

Pernah juga bertanya apa yang mereka fikir masa first jumpa aku. Yup memang tak dinafikan ramai orang takut/tak suka berkawan dengan aku sebab muka. Punca paling utama orang tak suka. Bila dah kenal, rapat macam susah nak renggang... haha kata dia, aku ada "Law of Attraction" tersendiri.

Kita kalau nak kawan ngan orang, memang kena masuk sekali. Kena join apa aktiviti bersama-sama barulah kenal perangai memasing. Kalau selalu duduk dalam bilik memang tak dapat apa lah...

Ni dengan senior pun sekejap je dah kenal macam geng sendiri. Selalu nak lepak bilik aku huhu keluar jenjalan pun boleh ajak gitu je... takde nak rasa janggal atau malu...

Oh ye.. memang pun bilik aku ni jadi platform bebudak ni lepak pagi, siang, malam. Memang rasa bersyukur aku duduk blok L1 ni daripada blok L7 haritu... haha

Aku ngan 4 orang kawan aku ni siap bincang lagi pasal masa depan berkenaan dengan ternakan ni. Alhamdulillah tak sangka kawan-kawan aku ni baik. Memasing akan bukak bisnes sendiri tapi mesti tolong sama-sama untuk 'market'kan. Aku rasa hebatnya hidup aku dikelilingi kawan-kawan macam diaorang ni. Nak kekalkan hubungan ini, memang kena jaga perangai lah. Jangan sesekali tikam dari belakang dan buat hal. Itu je lah...

Pergi kedai makan, pun masih berbincang benda yang sama. Memasing punya minat memasing. Minat kuda lah, ayam kampung lah, lembu lah, arnab lah... so memang saling berkongsi je antara kami.

Aku harap... kami semua berjaya mencapai impian memasing terutama dalam bidang yang diceburi (ternakan). Ya Allah, semoga kau berikan kami kejayaan dunia dan akhirat... aminn


1 comment:

Anonymous said...

Thank you for the auspicious writeup. It in fact used to be a amusement account it.

Look complex to more introduced agreeable from you!
However, how coulld we communicate?

Feel free to surf to my website Payoneer Review