Wednesday, January 8, 2014

Hedgehog Malaysia Khazanah Kita!

بسم الله الرحمن الرحيم


Siapa pernah dengar nama haiwan ni? Orang yang duduk dengan hutan atau selalu main dalam hutan mesti tahu haiwan ni. Tikus Ambang Hutan atau Moonrat aka Gymnure adalah haiwan pemakan serangga/omnivor dan ia tergolong dalam keluarga Erinaceidae dimana ianya adalah sama keluarga dengan Hedgehog. Kita juga menggelar haiwan ini sebagai Hedgehog Malaysia. Tengok lah rupa dia lagi-lagi bahagian hidung ngan muka memang sebijik macam Hedgehog kan... hehe Tapi kena
faham, haiwan ini bukan spesis tikus. Dia dipanggil tikus sebab rupa dia seakan tikus atau oposum.

Perbezaan Hedgehog

Berdasarkan nama dia, Tikus Ambang Bulan ni mesti aktif pada waktu malam. Ketika siang ia bersembunyi di bawah akar pokok, batu atau di dalam gua. Kalau nak tahu keluarga Erinaceidae ni jenis suka hidup bersendirian. Hedgehog dan Tikus Bulan ni memang hidup sorang-sorang dan bila tiba musim mengawan baru sibuk mencari pasangan. Si Jantan tidak akan jaga anak mereka. Kebiasaanya Betina akan melahirkan anak 2 ekor. Tempoh bunting dia lebih kurang sama dengan Hedgehog. Setiap Tikus Bulan Dewasa akan menandakan kawasan mereka dengan rembesan bau. Bau dia antara terkuat dalam keluarga Erinaceidae


Tikus Bulan ini tidak dikategorikan sebagai spesies yang terancam. Tapi ancaman utama mereka adalah aktiviti penebangan hutan akibat pembangunan manusia. Selain itu, penduduk daripada Penan,Borneo menjadikan mereka sebagai makanan dan perubatan tradisional. Hal ini menyebabkan kekurangan populasi Tikus Bulan di Borneo. Tapi spesies ini juga terdapat di dalam kawasan yang dilindungi seperti Taman Negara Matang dan Taman Negara Wetland Kuching, Sarawak. Status haiwan ini tergolong dalam senarai IUCN dan kurang bimbang. Rujukan (http://www.iucnredlist.org/details/40603/0) Oleh sebab itu, kat US terutamanya menjadikan keluarga Erinaceidae ni sebagai haiwan peliharaan.. Borneo plak menjadikan pengimportan daging Tikus Bulan. Tetapi di Malaysia, kita totally protect dan tak boleh bela.

Sesape yang suka explore hutan, boleh cari dia kat hutan hujan dan biasa hidup berhampiran sungai atau paya bakau. Tapi jangan tangkap lah ye, dapat tengok depan mata pun kira awesome pengalaman tu... hehe Dia ni omnivor tapi lebih suka makan serangga. Sumber wikipedia mengatakan ia juga boleh terapung di atas air untuk mencari ikan kecil dan katak. Kadang-kadang ia turut memakan buah yang jatuh di atas tanah. Ia menggunakan deria bau untuk mencari makanan.

Ok tahu tak Malaysia pun pernah jadikan haiwan ni model dalam setem yang harganya 30 sen... huhu


Sebenarnya aku baru tahu tentang spesis haiwan ni ada kat Malaysia. Terima kasih pada geng sehobi yang jumpa haiwan ni dan share gambar kat kami. Mereka yang tahu terus berkongsi cerita mengenai haiwan ni. Orang pantai timur panggil haiwan ni pok bong.


Jemput baca sini : Ferret Malaysia Khazanah Kita! Ferret pun ada yang berasal dari Malaysia :-)

No comments: