Saturday, November 16, 2013

Peminat Pizza Domino's

بسم الله الرحمن الرحيم


Aku kenal Domino's ni apabila aku masuk ke alam universiti. Ye la Domino's ni tak sepopular PizzaHut sebab tempat aku banyak cawangan PizzaHut, Domino's tak pernah jumpa. Masa kawan aku nak belanja Domino's, aku tertanya-tanya sedap ke sebab tak pernah dengar... huhu bila orang nak belanja so aku on je la... hehe

Dan sejak terlibat dengan organisasi Majlis Tertinggi Mahasiswa, mereka belanja dan makan reramai, baru aku sedar bahawa Domino's ni sedap dan sangat
mampu dibeli oleh kebanyakkan pelajar. Sebab boleh kongsi duit beli Domino's ni... Jadi Domino's ini sangat popular dalam kalangan pelajar! So lepas ni kalau siapa nak beli Domino's boleh la guna akaun aku sebab benefit akan dapat kat aku... haha kalau selalu beli, akan dapat kupon free... Dan aku selalu jugak dapat pizza free!!! hehe

So, kalau keluarga datang melawat atau nak jemput balik, boleh lah belikan diaorang Domino's ni.. hehe Sangat mampu dan boleh makan reramai...


Aku cuma keluar duit RM29.50 untuk 2 regular pizza, Onion Ring, Twisty Bread dan 2 air tin.. kalau tengok resit kat atas, satu pizza regular dan onion rings aku dapat free... so sebab tu dapat harga camtu...


Ni antara kupon yang aku dapat... hehe Domino's ni canggih la jugak sebab kalau kita order online, ada GPS Tracker, so kita tahu mana kedudukan Pizza kita... haha Dan penghantaran adalah percuma, takde caj tambahan pun...


Dan kalau dia lambat sikit hantar lebih 30 minit even terlebih 10 saat pun dia akan minta maaf dan bagi kupon free pizza regular untuk order seterusnya... hehe


Post ini tidak ada kena mengena membezakan antara produk lain ye... Just nak beritahu apa bestnya Pizza Domino's ni :-)

4 comments:

cikbunge said...

Erm erm, mohon hantar sekotak dua kalau order lagi. hehe

Wan Ahmad Izudean said...

aku pun tahu masa masuk upm jugak, masa asasi dulu..
lagi sedap dari pizza...roti dia lagi lembut..

muezz@blaz said...

Kak hanym : lama xmakan domino sesama kan...huhu rindu plak suasana mtm dulu

muezz@blaz said...

yup... makan pun xcepat muak... roti dia sangat awesome even nipis...