Tuesday, November 12, 2013

Bukti Ferret Bermesra dengan Hewan Lain

بسم الله الرحمن الرحيم

Kebanyakkan rakyat Malaysia membela kucing sebagai haiwan peliharaan berbanding haiwan lain. Bila dah minat bela Ferret, mesti takut dan tertanya-tanya boleh ke campur dengan kucing kat rumah tu?? Jawapannya boleh dan tidak boleh.

Boleh apabila personaliti Ferret kita boleh terima selain spesis sendiri.
Tidak boleh apabila kucing yang sudah dewasa.

Sebenarnya semuanya bergantung pada personaliti memasing. Cuma jawapan atas tu adalah kebiasaannya. Contoh pengalaman aku, Mikii sedia maklum memang tak suka berkongsi, dia suka sesorang. Jadi, aku try jumpa kan dengan kucing, kucing tu elok je tapi Mikii sangat biadap!!! haha dia gigit sekuat hati kat tengkuk kucing tu sampai kucing tu menjerit.... adoiiii kesian kucing tu...

Untuk makluman, senjata Ferret ialah gigi. Dia menggunanakan gigi untuk menyerang. Dia juga guna gigi sebagai komunikasi antara Ferret lain dengan bermain atau marah dan sebagainya. Ferret yang baik akan gigit hanya di tengkuk, memang itu cara dia bermain atau menyerang. Berlainan dengan kucing, kuku adalah senjata terhebat kucing, juga dikatakan mengandungi toksin.

Kalau Zerra plak, dia ok untuk bermain dengan kucing, dia juga ok untuk berkawan dengan spesis sendiri... Selain tu, tips yang lain, kucing tu mestilah diajar dari kecik, sebab Ferret suka bermain, dan anak kucing juga suka bermain. Kalau kucing dewasa dah kurang aktif untuk bermain, so dia tak interesting untuk berkawan dengan Ferret. Selalunya kucing akan lari dari Ferret walaupun sebenarnya Kucing vs Ferret, Kucing akan menang! Gambar bawah ni menunjukkan Ferret boleh ngam dengan kucing tetapi bergantung pada situasi iaitu personaliti Ferret dan kucing itu sendiri.




















Nak tahu cerita lain tentang Keeva & Zerra boleh lawat laman sesawang www.diskusiferret.blogspot.com

2 comments:

Wan Ahmad Izudean said...

comel gila tidur sekali...
boleh gurau2 lagi tu :)

muezz@blaz said...

yup, memang geram... bila hewan berlainan spesis jadi macamni,,, sape yang tak teruja... huhu