Saturday, August 31, 2013

Sebentuk Harapan dan Impian

بسم الله الرحمن الرحيم

klik gambar untuk saiz sebenar

Amati dan hayati gambar diatas... Terasa gak diri ini, sentap jugak gambar di atas ni... hehe Bila aku fikir-fikir, betul juga apa yang berlaku di dunia realiti. Kita terlalu obses dengan haiwan, semua nak bela... Kawan bela itu, kita nak juga.. Bela eksotik, kita pun mesti cuba yang eksotik... Sampai di sesuatu sudut waktu, kita terpaksa menanggung dan korbankan masa juga wang demi mereka... Penyudahnya ada yang terkandas... 

Cerita ini juga berlaku pada aku... tengoklah aku dulu banyak pets, sekarang tinggal yang betul-betul aku sayang.... Bukan nak kata yang lain tak sayang, tapi orang cakap... yang berjaya menambat hati ini... First love kan? Cinta sejati..haha Lagipun dulu masih kebudak-budakan.. Fikiran pun tak matang sangat... Actually bukan tak boleh nak bela haiwan banyak-banyak, tapi ia akan berjaya bergantung daripada awal iaitu niat. Jika kita terikut-ikut orang bela, tu yang jadi tak lama... So, lepas ni aku memang berhati-hati untuk membela haiwan... So far setakat ini biarlah Ferret dahulu... Nak tambah? Tunggu dulu biar stabil hidup ni... hehe

No comments: