Thursday, August 29, 2013

Rombakan Wishlist Petz

بسم الله الرحمن الرحيم

Kalau korang sebelum ni perasan, wishlist pets aku banyak sampai berbelas dan sekarang tinggal 8... Itupun berbaki 4 lagi haiwan yang belum dapat.. hehe aku nak buat kronologi sebenarnya... Sekarang dah ada Ferret dan Hedgehog... Lepas ni giliran Maine Coon > Skunk > Rakun > Stripped Opposum.. InsyaAllah.. Ok cukup!!!






Seperti sedia maklum, rumah aku
bukan lah lagi zoo mini dimana dahulunya pernah digelar seperti itu... haha aku sebenarnya dah bersara nak bela pets... sebab tu taknak tambah apa-apa pets even orang bagi free.. tengok je la kucing orang nak bagi free pun aku tak mampu nak menerimanya.... hoho sungguh kebal hati aku menahannya... rasa dah nak kebas dah ni.. haha

Bukan apa, kita kena tengok kemampuan kita... aku perlu keluarkan duit bukan ke arah pets sahaja tapi banyak arah aku kena keluarkan... sebab aku punya minat bukan sahaja pets, malah gajet, teknologi, figura, games dan macam-macam lagi... ditambah lagi kehidupan di Serdang tu memang tinggi... so aku memang tak sama macam kawan-kawan pets aku kat luar sana... at least 5 jenis/spesis diaorang bela, itu pun bukan seekor setiap spesis... kadang 2,3 ekor... kalau 2 ekor X 5 jenis = 10 ekor.. haha

So, aku mencari solusi bagaimana aku nak selesaikan masalah kewangan ni... fikir punya fikir,, tetiba memang Allah bagi aku jalan... masa tu dah nak masuk tidur dah.. terus segar... haha Aku perlu buat bisnes sampingan... aku tengok ramai kawan-kawan bisnes online barang pets.... so itu lah yang merasuk ke dalam minda aku... tapi aku lain sikit daripada mereka.. aku nak jual barang yang berkonsepkan Ferret sahaja... 



Barang-barang macam kat atas tu lah... hehe nasib baik ada kawan sudi tolong aku dalam bisnes ni... then parents pun sokong dari belakang... yang tolong promote tu pun terima kasih!!! huhu so insyaAllah coming soon yee :-)

OK ni ada pesanan dari Keeva & Zerra (Ferret) kepada anda semua :
Keeva Zerra berbesar hati nak buat pertandingan "Bergambar Bersama KZ" pada awal bulan Disember 2013! 

Syarat-syarat :
-Terbuka kepada semua lapisan masyarakat dan umur
-Mestilah bergambar bersama Keeva/Zerra/Mikii
-Haruslah Senyum tanpa ketakutan
-Nyatakan perasaan anda apabila bersama Ferret
-Yang Penting Tutup Aurat!

*Jadi, anda ada masa lagi untuk berjumpa Keeva/Zerra sehingga akhir bulan November ini. 
*Boleh jumpa Keeva/Zerra ketika MAHA 2013 di Maeps, Serdang
*Penyertaan boleh dihantar melalui mesej.
*Pemenang akan dinilai dari segi kekereatifan gambar dan perasaan anda terhadap Ferret.
*Hadiah akan diberi pada tiga gambar yang menarik!

Sila like page Keeva & Zerra (Ferret) untuk mengetahui lebih lanjut.

KZ juga telah menetapkan jika mahu berjumpa, pada hari minggu di Bukit Ekspo, UPM. Boleh ajak rakan-rakan untuk join sekali... 

Sekarang ni aku mengharapkan sokongan dari keluarga, pecinta Ferret dan rakan-rakan... Semoga Allah permudahkan jalan ku... :-)


No comments: