Friday, August 30, 2013

Pelbagai AJK, Luas Pengalaman

بسم الله الرحمن الرحيم

OK sekarang dah tak jadi MTM, tapi masih lagi kena organise 1 progam... hehe Untuk sem akan datang ni, aku dan rakan-rakan batch perlu buat majlis makan malam khas untuk Pelajar Tahun Akhir Sains Ternakan... Sebenarnya pada aku agak sukar sikit sebab kawan-kawan aku semua ni ramai yang tak pernah join progam, tak pernah ambil jawatan untuk sesuatu progam... Cuma harapnya mereka boleh dan bersedia untuk merasai pengalaman ini, sampai bila kan kita just datang progam tanpa mengetahui apa dan bagaimana majlis itu berjaya dilangsungkan? Disebalik tabir? Susah atau senang? Mesti lah nak tahuuuu, so kena la try join... hehe

Rehersal untuk progam kedua aku join, Majlis Hari Raya Bersama Bonda

Anyway selama aku join progam, paling banyak jawatan yang aku merangkul adalah
AJK Teknikal Audio dan Video!!! Unit ini lah yang menaikkan aku sampai jadi MTM. Teringat lagi waktu aku freshie UPM, aku dilantik untuk menjadi AJK Peralatan. Tapi disebabkan AJK Teknikal Audio Video ketika itu tak tahu, terus aku jadi bidan terjun, rasanya esoknya majlis, hari ni aku terima jawatan tu bersama Aini, budak K17 sekarang... haha

So, sepanjang setahun aku menjadi pelajar tahun pertama, aku selalu dipanggil untuk jadi AJK TAV... Sebab apa? Sebab semua orang taknak cuba unit tu, taknak tahu unit tu camna... hmmm masa tu aku agak tensyen gak sebab aku kalau boleh nak elak join progam... haha tapi biasalah bila dipujuk, aku pasti mengalah... huhu

AJK Pendaftaran pernah sekali untuk majlis Malam Apresiasi Gemilang (Makan Malam Bersama MTM dan Perlantikan MTM Baru). Apa yang susah dalam unit ni, kita perlu mengetahui siapa tetamu, perlu cari orang untuk datang ke majlis tu, perlu sistematik dalam bekerja sebab nama kena susun, jangan sampai tertinggal sebab nak kira juga bilangan siapa yang hadir... huhu

Hanya Tag nama yang tinggal, gambar takde... haha

AJK Tajaan adalah paling teruk aku pernah ceburi... haha Sebab tak dapat satu apa pun syarikat untuk mengsponsor progam aku masa tu... haha :-p OK Unit Tajaan ni sebenarnya lagi susah berbanding unit yang pernah aku ambil... Kita perlu berhubung dengan syarikat-syarikat untuk minta sedikit sumbangan, so korang mestilah pandai bercakap, the best way to get success, we must speak fluently in English!!! 

Perlu bawa First Aid ni kemana-mana kotkot ada pelajar yang sakit/cedera

AJK Kebajikan plak ada susah senangnya. Inilah unit pertama aku dapat ketika bergelar MTM. Aku jadi AJK ni ketika jadi fasilitator untuk pelajar baru. Masa ni, aku banyak buat kerja belakang tabir, partner aku Mira je banyak buat kerja depan. Yang menjadi kesukaran dalam unit kebajikan adalah sebab kedegilan orang lain, kita yang dapat nama.. Sebagai contoh, kita perlu jaga kebajikan pelajar-pelajar ni, bila ditanya siapa sakit, siapa belum makan, siapa itu, siapa ini... Lepastu bukan nak jujur, bila dah sakit, bila dah lapar baru nak mengadu... kan susah kan... kita ni marah, marah juga tapi nak buat camna... anak orang... hoho kekadang tu sebab jaga kebajikan orang lain sampai kebajikan sendiri tak terjaga... haha ingat lagi.. aku ngan Mira sibuk jaga orang lain, hantar orang sakit ke klinik tapi tak sedar diri sendiri ni pun sampai sakit... nasib lah Pengurus Kolej ngan rakan fasi lain tegur, kalau tak, memang tak perasan la aku ni rupanya pun tak sihat... 

Fasilitator Kebajikan, check maklumat pelajar untuk diberi zakat

AJK last yang aku cebur semasa MTM adalah AJK Teknikal Audio, Video dan Pencahayaan dalam Majlis Malam Pesona Bintang (Makan Malam Kolej) Ini adalah kemuncak selama aku berada dalam dunia Unit Teknikal Audio... Sebelum ni, biasa-biasa je tapi bila dah masuk ada tetamu VIP, TNC bagaiiii... haaaa memang bertambah la nervesnya... semua orang berharap majlis tu berjalan lancar tanpa cacat cela... Kali ni aku pegang ketiga-tiganya iaitu Audio, Video dan Pencahayaan!!!  Pada mulanya aku sorang-sorang je dalam unit ni, pastu aku fikir kena cari anak buah ni... So, aku cari junior, Faiz dan Fakhri... Bila dah ada dieorang, kerja aku yang dah separuh tu aku bagi kat dieorang suruh siapkan... Ya Allah memang terasa bila satu pasukan bekerjasama, kerja jadi mudah... Anyway, mereka lebih hebat daripada aku... Semasa majlis, aku hanya kawal pencahayaan, Faiz mengawal audio dan Fakhri mengawal video...

Belum mandi masa ni...

Inilah harta aku masa tu... kena jaga elok-elok supaya nanti masa majlis dia behave ngan aku... huhu

Ini adalah teammate bawah unit aku, AJK TAVP

Sebelum majlis bermula, sempat posing dari atas tabir

Lepas majlis habis, legaaaaaaaaaa

Haha terbanyak plak gambar masa dinner.. Ye larr, progam last aku jadi AJK Teknikal ni... hehe So, untuk progam yang akan datang ni, aku masih nak menjawat AJK Teknikal untuk Majlis Makan Malam Pelajar Tahun Akhir Sains Ternakan nanti. Jika diizinkan Allah :-)

*Terima kasih kepada partner AJK Teknikal Audio Video Pencahayaan selama ini yang sanggup menenangkan aku kerap kali majlis dah nak mula...haha Qayyum, Fakhri, Mira, Mok, Piji, Taqi...

No comments: