Saturday, August 31, 2013

DoTA 2 Mula Dapat Perhatian Dari Menteri Sukan

بسم الله الرحمن الرحيم

Dewan Benaroya di Seattle, Washington, USA
Kali ni nak cerita pasal game DoTA sebab dah ramai kenal dah game DoTA ni gara-gara pemain Malaysia berjaya mengalahkan pemain-pemain hebat US, China dan negara lain sehingga Malaysia berjaya mendapat tempat ketiga dalam dunia!!! Kumpulan hebat dari Malaysia adalah Duskbin Esports, MUFC eSports dan Neolution Orange. Yang berjaya menembusi sehingga ke top 3 adalah Neolution Orange yang diketuai Mushi dan terdiri daripada XtincT, kyxy, Net, Ohaiyo...


Kumpulan DoTA Orange ni telah ditubuhkan pada 2011. Dengan serta merta nya mereka mencapai kejayaan mendapat tempat kedua dalam The Games Expo dan selepas itu dalam MSI Gaming Tournament(MGT). Akhirnya mereka berjaya meraih juara dalam ESTC dan dapat 5904 USD!!!!








Sebelum ni mungkin ramai tak tahu team Malaysia ada jugak mewakili untuk ke peringkat antarabangsa, tapi sekarang sejak zaman teknologi semakin moden, orang pun makin ramai berminat dengan DoTA ditambah lagi pemain Malaysia yang berjaya ke peringkat separuh akhir, ambek kau ada tayangan perdana kat BRJ Bistro Wangsa Maju... huuu live tuuu... kalau lah aku duduk sana, mesti dah pergi!!! Tengok tu ramai kan... haha sekarang ni ramai minta kat KJ Menteri Belia dan Sukan untuk tayangkan permainan DoTA 2 nanti live kat tv... aku sangat ternantikan saat itu!!! Kalau korang nak tahu, masa ditayangkan secara live tu sama dengan waktu Lee Chong Wei berentap badminton dengan Lin Dan haritu... huhu 

OK la jom tengok suasana kat dalam dewan tu camne... aku tengok kat youtube pun rasa bahangnya... mesti best kalau dapat pergi sana...




Suasana dari belakang dewan

Terpancar kemeriahan dan kegembiraan apabila Orange berjaya melangkah ke top 3!

Suasana di dalam kotak

Suasana dari depan pentas!

Aku budak teknikal, tetiba rasa nak upload jugak projector yang mahal gempak ni... hahaha

Piala Aegis menjadi milik juara

Bangunan Dewan Benaroya




OK gambar atas inilah kumpulan yang berjaya di tempat pertama... Tengok hadiah dia dapat berapa? hhehehe Kumpulan Alliance dari Sweeden


No comments: