Monday, July 1, 2013

Liku & Dugaan Mendapatkan Bearded Dragon!

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah akhirnya berjaya aku memiliki Bearded Dragon... huhuuuu Jenis morph biasa-biasa je... tak mahal pun... dapat 50% diskaun okeyh... haha sebab tu lah cepat-cepat beli... ekekeke Sebenarnya masa nak dapat haiwan ni, macam-macam dugaan dan cabaran yang berlaku kat aku... semua memang menguji aku... takde yang gembira melainkan kedukaan dan ketensyenan... huhuhuhu

Hari Jumaat yang indah dimana cuaca redup-redup je... Aku pun sambung tidur lepas Subuh sebab malam tadi tidur lambat akibat study+dota... haha sebenarnya masa ini adalah minggu final exam! Sebelum tu rancang lepas Jumaat nak masak jemput-jemput dan pergi karaoke. Al maklum lah aku duduk terasing dari kawan-kawan aku ni sebab semata-mata nak bela Ferret (duduk blok lain). Sepanjang minggu final exam, aku menjadikan bilik mereka sebagai bilik kedua aku... haha

Ok sedang nyenyak tidur, tetiba dapat mesej dari Helmi! Ohh sangat terkejut aku.
"Petang ni pukul 5, jumpa orang jual BD kat TBS. Jam 4 same-same tunggu naik bas or naik motor kau, pergi stesen KTM Serdang."

Perasaan aku masa tu sangat geram kat dealer tu sebab beritahu secara mengejut! Mentang-mentanglah beli ngan dia murah... haha dah janji kan ngan member petang ni ada progam! So aku buat lah ayat kesian kat Helmi biar dia
pergi sensorang sebab aku dah janji ngan orang lain... huhu nasib dia ok..

Masalah lagi satu ialah aku masa tu takde duit... Serius saya tidak berbohong yang saya tiada duit masa tu.. Ada duit untuk nak balik je nanti naik bas... ohhh terpaksa aku buat muka kesian lagi sekali untuk pinjam duit kat member... haha Nasib baik Anwar dan Nuruddin bagi pinjam... haha (Tu lah semua salah dealer tu sebab mengejut, padahal lama lagi tu)

Ok petang tu hujan sangat lebat, risau plak aku... Helmi balik terus letak Bearded Dragon kat bawah lampu study sebab dia tengok anak-anak Bearded Dragon tu kesejukan... errr menggigil katanya..

Ok sekarang masalahnya makanan camne ni? Ohh baru teringat seyhhh... haha terus pergi cari dan malangnya kedai haiwan kat Serdang dah tutup... ohh nooo... cuak giler masa tuh... ohh aku bercadang nak pergi ke kedai haiwan kat Seri Kembangan plak... huhu jauh sikit... dan alhamdulillah kedai tu sudah siap-siap nak tutup... tapi malangnya dia taknak pilih cengkerik yang kecik sebab dia dah malas nak layan kitaorang... ohh berbulu aku dengan pekerja dia tu!


Terpaksa lah potong cengkerik tu 3 bahagian untuk bagi baby Bearded Dragon tu makan... huhu aku rasa hari pertama je dah kelam kabut >.<

Belum habis lagi cerita aku... huhu selang beberapa hari... aku kena pergi Kem... tup tap Helmi pun kena pergi Kem... aduhh sape nak jaga Bearded Dragon ni kan? ahaha serius masa tu aku buntu dah... tanya orang semua tak boleh tolong... takpelah... tinggalkan je dengan berbekalkan mealworm dan air tanpa yang menjaganya...

Tapi apa yang berlaku, si Helmi tak tinggalkan kunci bilik dia... haha hampehhh camne Bearded Dragon aku kat bilik tu... sebab time tu aku dah nak balik rumah, dia pun dah balik rumah... So langkah terakhir... terpaksa pecah masuk... perhhh memang tak sangka lah... hahaha dah la bangunan blok lain... redah je la...

Bayangkan lah nak balik cuti sem, of kos la barang yang dibawa banyak... dandan la aku bawak baby Bearded Dragon ni dalam kotak kasut.... hoho nasib tak kena check ngan pak guard kat TBS tu...



Sampai je rumah, terus letak bawah lampu.. Dalam kotak tu masih ada mealworm so tetiba esok pagi aku kena bebel ngan mak aku sebab beberapa ulat berjaya melarikan diri dan berada di mana-mana dalam rumah aku... haha Pastu tetiba tengok dalam kotak, ehhh mana lagi sekor???? Dushhh hilang ntah ke mana... huuuuu sedih

Selepas tiga hari, bapak aku jumpa.. ohh alhamdulillah... lepas 10 hari aku terkejut giler sebab dia matiiii... errrrr aku dah mula rasa detik-detik nak give up... huhu kesian sangat sebab Mealworm tu berkerumun dah mula makan si baby tu T.T


Actually ramai yang jeles sebab aku beli Bearded Dragon ni dengan harga murah... Saya beli borong, tapi tu pun kawan saya yang dealkan... saya hanya join sekaki jadi maafkan saya... huhu

Tujuan utama untuk bela haiwan ni untuk bisnes sebenarnya... tapi saya sudah mula kurang bersemangat setelah banyak dugaan dan cabaran yang berlaku... rasa macam takde luck je ngan Bearded Dragon ni... huhuhu

Takpe la saya jaga seekor ni dulu lah... :-)


Sebulan lepas tu, aku dapat tawaran dari member untuk menjual Bearded Dragon yang dewasa! Wahhh sangat teruja sebab dia jual murah sangat... haha ambik masa seminggu untuk berfikir dan membuat keputusan... akhirnya aku ambik juga..

Hari demi hari, terasa kesusahan membela Bearded Dragon ni.. sebab apa?

Pertama, aku terlalu busy untuk melayan pets yang ada seperti Ferret dan Bearded Dragon kerana aku banyak sangat aktiviti kolej sebab masa tu aku berjawatan.

Kedua, makanan Bearded Dragon sangat susah nak menjaganya kerana dia perlukan sayur. Aku takde peti ais jadi beli sayur sangat lah membazir kerana mereka makan sikit dan akhirnya busuk macamtu... Sayur plak kena variasi... so terasa sangat duit tu berlalu macamtu je... Aku taknak cari pasal, aku masih belajar bukan bekerja... huhu Kos bulanan Ferret je pun dah mahal

Ketiga, oleh kerana Bearded Dragon dan Ferret ini adalah Pemangsa-Mangsa jadi aku sangat khuatir bila Ferret dilepaskan dalam bilik, juga khuatir bila Bearded Dragon dilepaskan... errrr kat fikiran aku ni macam-macam aku bayangkan...

Akhir, keluarga aku tak suka.. Tambah lagi sebab dia makan ulat, lipas, serangga bagai... haha

Jadi aku bercadang untuk jual Bearded Dragon aku semuanya... Sebab aku tak mampu beri mereka yang terbaik :-(

So, akhirnya Bearded Dragon tiada dengan saya... hehe Hampir setengah tahun aku berpengalaman menjaga Bearded Dragon... Dapat lah juga experience untuk dikongsikan...


Baby Bearded Dragon ini diberi pada sepupu aku, Mohd Arif dan yang Bearded Dragon dewasa dijual kepada Janggut aka Acap....

4 comments:

ariesha safri said...

having pets mmg kene banyak komitmen kan...tapi xkesah la.. yg pnting dpt experience bela BD... =)

muezz@blaz said...

yup... saya xcukup komitmen untuk haiwan ni... kesian dia... huhu

a.r.e.p a.h.m.a.d said...

Muezz....
Terima Kasih atas sumbangan BD ko...
Terubat duka atas kematian BD aku...
Aku try yg terbaik jaga Traxex...
InsyaAllah....
:D

*Terharu sgt aku baca kisah2 yg berlaku...
Lama kat draft akhirnya terluah juga,...
Kuatkan semangat....
:D

muezz@blaz said...

huhu betul tu... xpe la... rasa memang nak stop wishlist bagai... banyak sangat kekangan...