Wednesday, January 23, 2013

Persedian Bearded Dragon

بسم الله الرحمن الرحيم

Keputusan dah dibuat, tapi kena bersabar sikit sebab kita kena melalui liku² hidup yang mencabar sebelum mendapat kejayaan,,, heh apa la yang aku merepek,,,haha

Ok, straight to the point! Aku dah buat keputusan nak adopt sepasang Bearded Dragon! ngeh3 
Punya la lama aku memikir dan merancang serta bahagikan duit,,,huhu 

Mula² aku nak perkenalkan apa yang aku nak beli, ini lah Bearded Dragon ^^

Sekor RM280 - RM420

Seterusnya, aksesori² yang perlu ada sebelum memiliki BD ney, jangan terkejut ye...hahaha sama² kita kira bajet modal!

Terrarium Kaca (3 x 1.5 x 1.5 kaki) PT2613 RM570



RM15 - RM30 (makanan baby lebih mahal daripada makanan dewasa)

Ermmm mungkin dalam seminggu cengkerik hidup dalam RM2
Tempat minum RM10

Air Takungan RM33.50

Bukit anai-anai untuk Cengkerik RM40


Bekas makanan RM19

Serbuk Kalsium + D3 RM8.40

Bekas Lampu Kanopi Atas RM91.70

Day Glo Basking Spot Lamp 75Watt RM9.20


Inkubator mesti ada sebab memang nak buat bisnes jika menjadi RM500

Yang ni paling kontroversi, pelbagai pendapat, ada pros n cons RM50

Haaaa tu diaaa... aku rasa macam nak menangis plak tengok harga² dia! hahaha kalau dah nama minat tu, memang la kan. Mengikut perkiraan aku, semuanya RM1***!!! Ya Allah banyak nye??? Jap aku akan minima sebanyak mungkin, terkejut aku! huhuhu bab lampu ni yang mendatangkan mahal,,,errr aku nak skip pun boleh, nanti la aku tanya pakar² dan senior² BD ney,,,huhu

Details akan datang pada post seterusnya.... aku akan cerita kenapa aku perlu beli setiap produk dia atas...

Bearded Dragon Im coming!!!!


11 comments:

-SimPle_Mzrins said...

muezz....hang nak letak kat mana??rumah atau kolej ni??huhuhu..

Miss Guinea said...

Best eh bela binatang ni? Kalau akak suka binatang yang berbulu je..haha

a.r.e.p a.h.m.a.d said...

wahhhhhh....
xsabo.....
:'D

muezz@blaz said...

@mzrin : kat kolej 15,,, L7 ngeh3

@arif : insyaAllah ^^

.f.n.a. said...

wah muez..nak bela yg ni plak dah..dahsyat! :D

-SimPle_Mzrins said...

Terkejut jap...cam x percaya...Huhuhu...p nak tnya law ko balik kg spe nak jg kan ni??jgn ckp ko nk angkut g TBS sekali cam roomate aku arituh..^-^ P pepun moga sgl ursn ko dipermudhkan lah..sbb niat ko nak pelihara makhluk Allah gak kan...>peace<...

muezz@blaz said...

@fna : hehe

@mzrin : aku bwak balek,,, huhu cme bawak hewan tu je...huuh yg len tinggal,,,

Anonymous said...

bro,kalau nak lampu kanopi tu,aq ada..harga terbaik aq bg..

muezz@blaz said...

hehe xpe... dah ade semua dah... terima kasih :-)

Nurul Faidatul Sofea said...

nak tanya mana nak dpt brg2 bearded dragon tu eh? area kl ni.. sy baru berjinak dgn bd, then terjumpa blog ni mcm best je stuff die..

muezz@blaz said...

boleh try cari kat outlet Exoreptile. http://www.exoreptiles.com/my/index.php?main_page=index