Saturday, January 26, 2013

Details Tentang Barang Bearded Dragon (2)

بسم الله الرحمن الرحيم

Kali ni nak cerita pasal Barang Bearded Dragon yang rumit serta kontroversi. Kalau orang yang bela Bearded Dragon, Iguana yang biasa-biasa je, mereka tak perlukan pun benda-benda ni... terutama Lampu! Disebabkan aku mahu Bearded Dragon aku kekal kelihatan lawa dan baka yang baik (untuk bisnes) jadi benda ni diperlukan... Kenapa penting sangat Lampu ni pada mereka? Sebab pertama sekali Reptilia ni berdarah sejuk, makanya mereka perlu panas kan darah mereka supaya fungsi badan boleh berlaku. Jangan tanya kenapa dah diciptakan darah sejuk tapi still kena panas darah... Ada sebab Allah jadikan camtu... huhu ok ni aku nak citer sikit pasal Lampu untuk Bearded Dragon aku...






Glo Suria EXO Terra adalah penyelesaian kepada salah satu aspek yang paling penting dalam memelihara Reptilia dan Amfibia iaitu menyediakan manfaat cahaya matahari semula jadi. Cahaya ultraungu yang stabil (termasuk UVA dan UVB), cahaya penglihatan dan cahaya inframerah (haba) dalam satu mentol membuat Suria Glo EXO Terra adalah pilihan profesional untuk pembiak Bearded Dragon. Suria Glo adalah spektrum cahaya penuh dengan secara teliti ditala untuk memastikan selera makan, melakukan aktiviti dan penyerapan kalsium melalui pengeluaran Vitamin D3 serta untuk mencegah penyakit tulang metabolik. Glo Suria EXO Terra boleh didapati dalam dua watt iaitu 125 W dan 160 W. 

*Harga RM100 dan perlu tukar 4 bulan sekali





Repti Glo 10.0 EXO Terra mempunyai output UVB yang tinggi sama dengan persekitaran padang pasir. Lokasi gurun yang menerima lebih cahaya matahari secara direct kerana kurang awan, udara kurang kelembapan dan tiada tumbuh-tumbuhan atau pokok-pokok untuk memberi teduhan. Oleh itu reptilia padang pasir adalah lebih terdedah kepada Sinaran UV seperti Bearded Dragon. Mentol ini juga boleh digunakan pada terrarium dengan skrin tebal untuk memastikan penembusan UVB. Skrin tebal boleh menapis sehingga kepada 50% daripada sinaran UVB. Tukar mentol Terarium ini 4 bulan untuk memastikan keadaan cahaya dan sinaran UV yang optimum untuk menjaga kesihatan reptilia.

*Antara lampu yang sangat kontroversi yang hangat diperkatakan... Aku research kat internet ramai yang banned benda ni, ada yang kata produk ni sebenarnya baik dan buruk dari kita. Kalau pandai guna, baik lah dia. Ada yang kata mereka guna ok je... Ada yang kata sekarang dah upgraded. hoho entah lah... aku pun ada rasa takut gak... RM35







Lampu ini direka khas sebagai lampu tempat berjemur. Pancaran yang terhad diarahkan tepat pada kawasan untuk mewujudkan tapak berjemur (thermoregulation). Pancaran haba dan cahaya meningkat sebanyak 35%, membolehkan lebih jarak antara mentol dan tapak berjemur. UVA cahaya untuk menyumbang kepada kesejahteraan fisiologi reptilia. Ianya juga boleh merangsang kelakuan pembiakkan.

*RM10




Mentol ini menyerupai cahaya bulan semulajadi untuk membolehkan tontonan waktu malam tanpa mengganggu hari haiwan dan kitaran malamnya. Cahaya yang dipancarkan adalah kebiruan disebabkan  penggunaan kaca biru. Haba yang dihasilkan oleh mentol adalah minimum tetapi cukup untuk menyediakan suhu waktu malam tropika.

*Kata orang tak payah bagai lampu malam ni... hahaha tapi benda ni RM10 je...

---------------------------------------

Bahagian yang kedua ni plak, benda yang support lampu-lampu di atas tadi.





*Sesuai digunakan bersama Lampu Solar Glo / Sun Glo Tight Beam / Intense Basking Spot / Night Glo dan harga RM80






Salutan memantulkan lebihan sinaran untuk mengelakkan pembaziran cahaya dan sebagai tempat simpanan tenaga cahaya pada waktu siang dan perlahan-lahan akan melepaskannya pada waktu malam Ini menyebabkan  kecekapan tenaga digunakan. Jadi tak payah la nak pakai Night Glo.

*So aku lebih prefer ini lah sebab dia 'multi-purpose' semua jenis lampu dia boleh pakai. Harga RM80






*Sesuai untuk lampu yang menggunakan Light Dome / Wire Light. Harga RM35



Ok secara keseluruhan camne ek? Haa bab lampu ni saja je aku kasi khas sebab memang banyak dan sebenarnya info yang aku bagi ni pun belum cukup... Kalau lampu camni, Watt yang camni, berapa jarak dari lampu dengan haiwan tu... Semua tu bergantung pada haiwan itu dan juga kelebaran Terrarium tu... so ia agak rumit sikit... Kos untuk lampu sahaja makan sampai RM300... haaa jangan memain ye... ini salah satu gak kenapa Bearded Dragon mahal selain faktor variasi warna.


4 comments:

Anonymous said...

boleh buat entry tunjuk enclousure setup BD you ?

muezz@blaz said...

hai anonymous... saya tak jadi buat enclosure BD sebabnya ada banyak kekangan study di kolej. AKan datang jika dah free, saya akan tulis kat blog ini :-)

alif zainuddin said...

Kedai kat mana bos..?
Cara pembelian...?

muezz@blaz said...

Alif, saya takde kedai. Entry ni hanya untuk menerangkan barang-barang sahaja.