Friday, January 18, 2013

Antara Camp dan Ferret

بسم الله الرحمن الرحيم



Apa kena mengena Ferret ngan Kem? haaaa ni cek nak habaq hang... tapi kejap lagi lah.. Kita mula dengan introduction dulu..huhu Baru selesai Kursus Pemantapan Organisasi yang dianjurkan Kolej 15,UPM bertempat di Kem Berhulu, Jempol, Negeri Sembilan. Kalau nak tahu, aktiviti kat sini semua berkenaan ngan air! Baju, kasut dan stoking sentiasa basah... takde la seTough aktiviti fizikal tapi sangat menguji mental kan? Sebab basah tu... Seperti biasa aku memang lemah ngan air yang bertemperature rendah dan sejuk (mungkin aku elemen Api kot, hahaha) so
masa ni la aku diMantapkan oleh pelatih kat situ...



Kem ni kena cari anak buah sekali untuk join sekali bersama-sama mantapkan apa yang belum mantap agar suatu hari nanti akan jadi orang yang mantap. Tahniah dan terima kasih pada Fahim dan Lisa kerana join kem ni bawahan aku dan Mira... Bertolak jam 11.30 pagi dan sampai 2.30 petang... sebelum tu singgah jap Ulu Bendul untuk makan-makan...



Aktiviti pertama yang kami buat adalah Night River Walk! Perhhh serius r, time ni rasa macam nak balik je rumah, menyesal pun ada weyh... haha Aktiviti dia camni, berjalan dalam hutan waktu memalam camni dengan ikut sungai, bukan lalu tepi sungai tapi dalam sungai dan lampu hanya dibekalkan pada ketua didepan sahaja dan beratur sepanjang alam seramai 48 orang... huhu kasut,baju malam tu basah, pastu ada halangan lagi, kena meniarap, merangkak, turun tangga, masuk dalam terowong, sejuk, gelap dan sebagainya. Ada gak yang maki sumpah serana progam macamni... haha tapi takde ambil gambar sebab tak boleh bawak handphone nanti kena air... huhu dan time ni kena pegang tangan member depan dan belakang, serius first time aku rasa geli geleman.... errr kalau tak pegang akan ketinggalan... belakang aku Ipan... haaa memang lah die ada sikit takut,,, memang kena jaga budak nih... haha

Aktiviti kedua plak Light Jungle Trekking. Ni perkara biasa, jalan-jalan dalam hutan.. Nasib baik aku hanya kena serangan pacat seekor je... huhu tu pun tak perasan ntah bila dia hinggap... yang bestnye aku banyak kali tergelincir -,-' sampai tiga kali weyh... haha adehhh Hisham depan aku geleng kepala sambil gelak, yang Nash ngan Mok kat belakang asyik suruh hati-hati je... haha 

Lepas Jungle Trekking, Rentas Halangan Berlumpur dan Rakit Berkumpulan. Sebelum lakukan aktiviti ni, kitaorang main dua game yang best.













Permainan lalu titian batang kayu. Ada dua kumpulan perlu melepasi laluan batang kayu tu, dua kumpulan ini akan bertembung dan pandai-pandai lah camne nak lepas kan... huhu aku tak sempat pun bertembung dengan pihak lawan dah jatuh sebab Daus pegang aku masa dia jatuh... cis!! haha

Permainan kedua, kena isi air dalam PVC yang berlubang-lubang. Ini sebenarnya senang tapi kumpulan aku paling sikit ahli dan semua kecik-kecik dan sopan.... hehe so kitaorang paling last sekali siap,,,, hehe

Permainan ketiga ni agak tak boleh blah... haha buat satu barisan sepanjang yang boleh tak kisah guna ape pun yang penting dari anggota badan kita... so untuk memanjangkan barisan tu, terpaksa lah tanggalkan kasut,stoking,tali kasut, dan macam-macam lagi... huhu tengok lah sampai masuk ke dalam kolam tu sebab nak paling panjang punya pasal... sampai ada yang bukak baju dalam air... haha


Haaa tau tak, sebelum main Rakit Berkumpulan, kitaorang kena masuk cepat-cepat dalam kolam tu dalam kiraan 10. Semua masuk cepat-cepat dan kena rendam sampai paras leher, pastu kena naik balik dalam kiraan 10 jugak, dah macam rusa kena kejar ngan buaya pun ada... ekekekekekeke






Main rakit ni caranya kena bawak bendera tu, bila dah sampai ke checkpoint kena pacakkan. So time aku, aku kena pegang bendera... haha tau tak kerana Muezzudin dan Naqiuddin lah semua kumpulan kena denda... haha hebatkan nama yang ada DIN kan? tau apa kitaorang buat? haha kitaorang guna bendera untuk mendayung... ekekeke ye lah bayangkan aku takde pendayung, bosan kot... nak gak mendayung... haha denda nya adalah kena rendam dalam kolam tu pastu kena jalan hujung ke hujung... mungkin tu nampak biasa je kan, tapi korang merasa lah,,, bawah tu lumpur dan penuh ngan lumut... ade yang geli dan nak muntah pun ada... huhu sebab bahagian hujung tu busuk penuh ngan lumpur







Dah macam dalam citer Rambo pun ada sebab semua berjalan dalam air sambil berpegangan tangan, yang keluar cuma kepala je.... huhu lepas warm up dengan lumpur ni, baru buat aktiviti Rentas Halangan Berlumpur, aktiviti yang paling dinantikan oleh semua orang -,-'









Memang masa main ni,,, perhhh terasa "Habeslah kasut aku, habeslah baju aku" haha pi lantak lah... dah tak terfikir dah masa tu, nasib baik dah warm up ngan lumpur tadi so dah rasa sikit-sikit... kroihh kroihhh yang seram adalah time menggelusur ke bawah dan terus terduduk dalam lumpur... yang kena denda pun ada sebab tak dapat jawab soalan, kena berendam dalam longkakng lumpur... huhu perhhh pastu ada checkpoint yang kena lari, mula-mula lumpur cetek dan tetiba dalam,,,, memang perhhh... haha Tapi kan, lepas main benda-benda ni, kitaorang dapat lah bermain air di tempat yang bersih... hehe gembira rasanya... hoho



Nampak tak muka gembira kami semua selepas mendapat air yang segar? hahaha Jap tajuk atas Antara Camp dan Ferret kan? haha ok meh sini la aku citer... sekarang cerita pasal LDK plak... Latihan Dalam Kumpulan. Macam biasa akan dibahagi kumpulan... So kesemuanya ada 5 kumpulan... Masa berbincang nak nama kumpulan apa dan cheers... semua dah blur... pastu nama Ferret naik... perhhh aku mula-mula tak setuju, sebab nanti bila perkenalkan kumpulan.. kompem semua pandang aku...hahaha tapi serius r... Virus Ferret ni dah menular dalam kalangan warga kolej 15! Semua yang kat situ tau bila sebut Ferret adalah Muezz, dan bila sebut Muezz teringat kat Ferret... haha 




Masa cheers adalah paling lawak... ekekeke weyh serius memalukan... semua idea Daus! so start hari pertama bermula lah cerita Ferret dan Kem.... huhu dari orang yang tak tahu pasal Ferret, terus tahu apa itu Ferret... huhu pada mulanya Kumpulan Ferret not bad lah,,, menang dalam LDK, tapi aktiviti Fizikal banyak kalah sebab ahli kumpulan Ferret ramai yang lemah lembut serta pemalu.... hehe

Bulatan besar sebelum bentuk kumpulan kecik

Kumpulan pertama hasil random dapat semua MTM.... haha so kena tukar

Ni time present group Ferret... sumpah malu time ni... semua cakap aku penyebab virus Ferret tersebar... haha

Permainan pokok-tupai-gempabumi Haffiz hampir menang

BerBBQ

AKtiviti LDK outdoor

Group lelaki terbaik... haha

Ce tengok macam pesalah je... haha

Kalut masa nak cari tali yang dah terputus tu

Macam banduan pun ada

Kami sedang dalam penyiasatan.... hahha

Muka bahagia pabila mata dibenarkan melihat alam

Bab Gebang dan Goreng boleh bagi Fahim ngan Ipan

Muka gembira sebab dah nak habis kem

Sebelum tidur, meh kita bergambar... hehe

Hahaha nih budak 2 ekor ni.. penat sangat nih

Permainan tradisi (Pang Ping Pong Piang)

Permainan yang best adalah main tutup mata. Mula-mula dibahagi kumpulan ikut haiwan. Aku dapat Cengkerik. Nanti kami akan ditutup mata, cari ahli kumpulan dengan tutup mata, hanya berbekalkan telinga untuk mendengar bunyi cengkerik... Krikk krikk... tapi dengan syarat mesti mencari dengan mencangkung jalan macam itik... hehe Group lain Ayam, Itik, Kucing, Kuda... huhu

Pastu baru lah main game kena buat bulatan bersambung dengan kumpulan haiwan lain tadi dan ikat tali tu... masa ni macam-macam weyh berlaku... haha pulak tu aku plak jadi sasaran... sebab aku je yang sebelah tangan takde pegang tangan sape-sape... so aku terpaksa cari lagi sebelah tangan... Fahim pun jerit dia... agak lama ambil masa... huhu sori ye kawan-kawan... haha last-last suruh dia jerit je sampai aku dapat datang tempat dia dan buat bulatan... 
"Muezz sini!!!"
"Abang Muezz!!!"
"Abang Muezz sayang...sini-sini"
Itulah panggilan si Fahim masa permainan ni, saje nak menggedik... haha

Okeyhhh dah la malas nak bercerita lagi.... ada lagi permainan yang mencabar tapi dah penat nak taip... pheewwww panjang plak post ni...

Kumpulan Harimau Rock

Kumpulan Kapal Api

Kumpulan Sumolah!

Kumpulan Uerembu

Kumpulan Ferret

Trademark kitaorang hahaha


Terima kasih Fahim dan Lisa sebab terima ajakan untuk ke kem ni.... huhu dan sori gak sebab tak beritahu awal-awal bawak kasut kotor untuk main air... sori terpaksa korbankan kasut baru kau Fahim... huhu Terima kasih gak pada Fakhri dan Haffiz sudi gantikan Mira dan orang bawahan Naqi... huhu Dan bawah ini adalah tunjang kepada progam ni...

Fasilitator

Staf Kolej 15

Presiden MTM

Abang Musa selaku pelatih kitaorang

OK kalau nak tengok suasana tempat tidur.... meh sini

Kawasan khemah lelaki

Ampaian

Suasana malam

Tepi ada kolam... bagi makan ikan... hehe



4 comments:

Noor Amirah Mohd Nor said...

waaaaa.. bestnya! tapi game pokok-tupai-gempa bumi dgn yg tutup mata tu aku dah main masa pergi KPO Saujana Asahan. yang rasa rugi sebab tak dapat aktiviti fizikal tu T.T

muezz@blaz said...

huhu xpe,,, nanti kalau ade lg, ko plak pegi,,, aku excuse,,, ekekeke

Berhulu Camp said...

terima kasih kerana sudi ke berhulucamp. Boleh tak kalau kami ambik gambar2 xtvt u all tu... sgt cantik shotnyer....utk di muatkan pada album xtvt berhulucamp. Tq

Bangmir
Berhulucamp jempol

muezz@blaz said...

>> Bang amir

Boleh je :-)
Rasa la jugak camne aktiviti lumpur tu dan aktiviti2 lain... lain daripada yang lain!