Wednesday, December 26, 2012

MAHA 2012 Awesome!

بسم الله الرحمن الرحيم

Pavilion Johor
Alhamdulillah dapat jugak merasa suasana MAHA kali ni... sebelum ni cuma dengar-dengar je, maklum lahh budak sem 1 ni mana la nak pergi kalau takde kenderaan kan... huhu MAHA ni diadakan kat MAEPS, Serdang... sebelah UPM je.. sekangkang kera je! Boleh dikatakan aku pergi hari-hari... haha padahal busy ngan ayam, nak buat camne kalau benda dah minat tu sanggup je! 

Hari 1st pergi waktu malam sebab makcik aku datang, lagipun isteri sepupu aku jaga booth MARDI, bahagian ternakan, siang jaga laman ternakan, malam jaga booth kat Dewan A. Dia gak adalah senior aku gak sebab belajar Sains Ternakan UPM gak,,, tapi sekarang kan banyak perubahan dan improvement kursus aku ni. Pastu esoknya plak aku pergi dengan family aku,,, huhu puas aku pujuk meh la datang sini pergi MAHA selepas aku tahu keBESTan di MAHA ni... hehe Esoknya
lagi aku pergi sebab bekerja bawah MyAgrosis, kerja 4 jam je... huhu ok la tu, not bad dapat rasa pengalaman sikit... huhu jadi promoter!

Jaga bahagian madu, ikan pekasam hehe

Si Penjaga buahan dan air jus...

Esoknya lagi pergi atas dasar WAJIB oleh Fakulti Pertanian... meronda-ronda seawal 8 pagi hingga 6 petang tapi aku balik jam 4 petang... hehehe tak larat kot... huhu time ni la aku meronda sebanyak mungkin... tapi hampa.... tak dapat habis pun... huhu

Sarapan weyhh sebelum berjalan kaki... hoho

Penat tunggu tram ni nak berjalan sebab awal sangat kitaorang sampai,,, huhu

Pameran Ular ni favourite Hakim

Sempat gak merasa mencanting batik... even tak pandai

Sesi penerangan camne nak buat baja...

Rilexx jap kat Pavilion Selangor

Dhab ada kat Dewan C

Kat Laman Florikultur

Saifuddin belanja Pizza tapi sayangnya masa ni aku dah balik awal

Lepastu esoknya lagi... aku pergi dengan Naziruddin.... tu pun pergi lepas waktu kelas habis jam 5 petang... dan nak dijadikan cerita hujan.... so tak dapat sangat nak berjalan... sempat pergi Laman Perikanan je... kat situ lama gak sebab tunggu si Naziruddin pilih ikan laga,,, huhu banyak pilihan sampai tak tahu nak pilih mana...

Antara tarikan iaitu rangka ikan Paus Bryde

Dan esoknya lagi, dengan niat nak habiskan keseluruhan MAHA tapi tak terdaya lagi... huhu hari last pergi ngan Fakhri plak... Dapat habiskan Laman Ternakan dan Mini Zoo...huhu tapi niat yang paling utama adalah nak pergi seminar ternakan... huhu tapi ada masalah plak,,, memang hampeh... haha malas nak citer!

Antara yang menarik aku untuk melihat

Arnab kat sini semua comel dan terjaga

Ayam Silky

Penyu dan anak-anaknya

Bearded Dragon yang behave (coming soon... hehe)

Skunk ni kebosanan kot,,,, kesian

Iguana yang jinak

Ferret yang sedang on heat

Syurga Makanan Haiwan Ternakan!

Terbaik lembu besar-besar ni! Sempat kentut time aku ambik gamba ni, memang hampeh

Terubat gak ngidam aku setelah jumpa nasi Arnab ni... huhu sedap weyh!


So secara kesimpulan, inilah yang dapat aku pergi :
Dewan A - Done
Dewan B - Done
Dewan C - Done
Pavilion Rumah-rumah Negeri - Done
Laman Florikultur - Not Yet
Laman Padi - Not Yet
Laman Ternakan - Done
Laman Ikan - Done
Laman Jentera - Not Yet
Laman Nenas - Not Yet
Laman Sayur & Herba - Not Yet

Haaaa tau tak memang ramai yang cakap MAHA ni bagi seminggu pun tak cukup nak round puas-puas sampai habis, lagi-lagi orang yang jenis budak pertanian macam aku ni... sebab kita faham, so banyak benda nak tanya, curious membuak... Dan lagi best pergi ngan bebudak sama ngan kita, nak tanya pun tak segan... huhu aku pergi 6 kali bersamaan 6 hari pun tak cukup.... wakakakaka takpe MAHA tahun depan ada lagi, insyaAllah ;-)