Friday, November 9, 2012

Sukarelawan Zoo Negara

بسم الله الرحمن الرحيم

Gambar semua yang join, aku paling hensem kat situ... haha sila klik gambar untuk lebih jelas

Alhamdulillah kerana dengan izin Allah, progam aku dan Mira dibawah Sekretariat Kebajikan dan Perpaduan berjaya dilaksanakan... Ye lah, sebelum ni Progam Semai Bakti Zoo Negara ni dibatalkan atas masalah kenderaan yang tiba-tiba berlaku,... Ambek kau FRUST giler!!! haha

Tentatif Progam
  • Seawal 6.30 pagi kitaorang kena berkumpul dan bahagikan sarapan
  • Jam 7.15 pagi bas bergerak dengan jayanya, dan terdetik rasa syukur serta gembira.. hehe
  • Sampai di Zoo Negara jam 8 pagi.
  • Sedikit taklimat dari pihak Zoo.
  • Pembahagian tugas.
  • Mulakan kerja!
  • Berehat jam 10 pagi.
  • Ronda-ronda zoo dengan happy nya kerana percuma.... hahaha
  • Buat kerja balik.
  • Makan dan solat
  • Kerja lagi
  • Habis kerja, ronda-ronda lagi kat Zoo
  • Berkumpul dan sedikit tutup majlis dengan pemberian cenderahati kepada pihak zoo.
  • Settle alhamdulillah~




Pembahagian tugas tu atas pihak Zoo.... nasib lah korang dapat kumpulan dengan siapa, kerja apa dan kandang apa... dan bernasib aku dapat kandang Landak Raya, Capybara, Memerang, Hyena... Ok la not bad... merasa experience dimana aku perlu membersihkan kandang Landak... pada mulanya agak cuak... haisshhhh sebab Landak tu nak bergurau dengan aku... dah la tengah sapu daun-daun berguguran tu, ramai plak yang datang mengelilingi aku... hahaha tapi sebenarnya takde pape pun,... just jangan buat dia takut atau terkejut je... rilex-rilex je... hehe dia hanya curious kat aku kerana zookeeper baru ni baik sangat... bersih selicinnya kandang mereka... huhu



Yang paling best jadi sukarelawan ni, time bagi makan untuk diaorang... mula-mula potong segala buah dan sayur... wahhh serius kecomelan terserlah apabila bawak makanan dalam kandang tu, semua kejar... haha seriau pun ade.. hahaha dah la seluruh badan Landak tu tajam... huhu Capybara pun sangat comel.... dia suka sangat kacang panjang,,, benda lain tolak tepi dulu... huhu Memerang tu plak... haishhh bising giler memekak! Masa tu tengah bagi Capybara makan,,, Zookeeper tu cakap, sebab dia lapar... huhu bunyi dia je lah masa tu... tau tak camne bunyi memerang ni? hahaha aku pun tak reti nak cakap... macam bunyi budak menjerit... lepastu bagi plak Memerang ni makan... perhhh nampak ketamakan haloba dia... haha dah la makan banyak. Bayangkan ikan kembung saiz kecik tu dalam satu bungkus plastik roti gardenia yang besar tu hanya untuk diberi kepada dua ekor memerang sahaja sekali makan?! Giler banyak! Aku tanya Zookeeper tu, apsal banyak sangat? Memang camtu katanya, kalau bagi separuh plastik tu pun nanti kita tinggalkan dia, siapkan lah telinga itu untuk mendengar pekikan si Memerang yang over manja ni!



Di tempat Hyena plak, aku berpeluang melihat Hyena dirawat. Hyena ni mudah membiak, plak tu Betina adalah Dominan... So, memang ada pergaduhan lah dalam kandang mereka. Kesian giler tengok sekor Hyena tu cedera... Masa tengok Hyena tu nak kena rawat, susah kot sebab pedih kan,,, huhu aku plak yang ngeri tengok , adehhh mereka guna kaedah Pasung untuk merawat. Kalau tengok Hyena ni, memang besar! Betina lagi besar daripada Jantan. Oh lupa, Hyena yang aku maksud kan ini adalah Striped Hyena.... 1st time aku tengok Hyena ni... hahaha depan mata! Badan gagah seakan kuda, muka macho seperti anjing... Kata Zookeeper tu, ia tergolong dalam keluarga anjing, sebab air liur dia pun melekit macam mentega katanya... so memang dia lepas kerja akan sertu...



Haha nak citer sikit lah, ada sorang peserta sukarelawan tu, kena patuk dengan burung... huhu kesian plak... dengar mereka bercerita kelakar gak,,uhuhuhu so, memang kena hati-hati je la bila dah bekerja dengan haiwan nanti.... Haiwan liar ni unexpected! Dan pastikan jangan rasa takut sebab haiwan suka kacau manusia yang mengeluarkan aura takut nih.... Gambar atas ni lah burung yang patuk peserta kitaorang tu.... hehehe



Tak lupa juga peristiwa Rusa mati depan mata peserta kitaorang... Sangat sadis! Rusa tu baru sampai ke Zoo... Seperti yang korang tahu, Rusa ni tak boleh stress... Bila stress dia akan membahayakan diri sendiri dan akan mati... Begitu lah yang berlaku... Akibat takut atau terkejut mungkin dengan suasana baru, dia lari dengan sekuat hati dan merempuh kandang... Tak lama kemudian, mati.... Tak sempat nak sembelih :-(


Bieha-Kiah-Amin-Mira-Muezz

Ini adalah kumpulan aku... hehehe jumlah sukarelawan kitaorang hampir 80 orang. So, kat situ apabila dibahagikan kumpulan, memang kena ikut arahan Zookeeper kat situ... Tak boleh nak pilih kumpulan... huhu kebiasaanya satu kumpulan 5 atau 10 orang. So setiap orang mempunyai Zookeeper memasing yang akan mengawal dan menyelia kitaorang. Dan aku dapat Zookeeper yang best dan sporting.... hehe Takde nak memarah, takde nak mengarah semata-mata ;-) Setiap kumpulan of kos la tugasnya berbeza.... So, nak cerita semua bahagian dan kumpulan pun tak termampu...huhu Aku sibuk kat bahagian aku je... Jom tengok muka bebudak buat kerja.... hehehe

Main atas bumbung

Takut roboh je bumbung tu... huhu

Banyak giler daun

Hembus nafas lega hampir siap

Sesi memberi makan kepada Landak

Landak suka Sengkuang


Tukar air untuk Capybara

Capybara lebih suka Kacang Panjang

Sesi potong memotong makanan

Sapu jangan tak sapu

Kita kasi angkat bersih

Kambing kan suka bergurau,,, hehe

Kumpul dedaun kering

Lawaa owh tempat nih

Kawasan Kurungan Haiwan Kuarantin

Tempat burung yang patuk orang tu... huhu

Tak silap aku, junior belah kiri tu yang kena.... hehe

Bersihkan kawasan Zirafah

Zirafah memang Jinak!

Jaga kaunter tiket

Kat Kandang Badak Air

Rajin nya dia buat kerja... hehe

Group Junior

Antara Zookeeper yang termuda kot

Sampah banyak owh

Sempat berdiskus tengah buat kerja tu

DIY tempat permainan haiwan

Cat mengecat

Memang bagus kerja mengecat diaorang

Tengok tuh, panggil dia datang

Kutip sampah...

Zookeeper paling tough... kerja pun tough... haha Bekas askar tuh

Bagi susu pun ada taw



































Yeayyy ada Ferret!!! haha seperti sedia maklum, aku terkenal dengan Muezz Dan Ferret... so bila ada Ferret ni semua nak mention aku, panggil aku... huhu Kandang Ferret ada dua, 1 dalam akuarium dan lagi 1 yang dalam gambar atas tu... Cuma rasa kesal dengan Ferret yang ada dalam akuarium tu.... Tak semua haiwan sesuai letak dalam akuarium atas faktor pengudaraan... lebih-lebih lagi Mamalia...












Alhamdulillah settle segalanya. Done progam bawah Sekretariat Kebajikan & Perpaduan K15. Terima kasih pada semua AJK dan yang turut join dan memberi sokongan ^^

6 comments:

Fatihah Mustapa said...

Waaa bestnya!! akak teringin gila nak jadi sukarelawan zoo. tapi takde rezeki lagi..:(

muezz@blaz said...

huhu akak kena try... kalau nk tau pape leh tnye saya... :-)

Fatihah Mustapa said...

muezz ada organise program mcm ni lagi tak dlm masa terdekat? tapi program ni untuk serumpun je kan?

muezz@blaz said...

xde la kak... kalau ade pun mungkin dak sesi baru nanti, kalau dieorang nk truskan tradisi ni la...
tp kalau nak buat pun, just kolej 15 je..

Akak boleh je nak wat sendiri sbb bnda ni senang je, yg susah utk cari tarikh je... sbb tarikh tu kene ikut tarikh zoo...

syuhadaa said...

THIS. IS. AWESOME!

Tahniah sebab berjaya organize progrem mcm ni.

muezz@blaz said...

alhamdulillah... thanks akak... mira n saya smue perlukan kerjasama kawan2 len gak utk berjayakan progam ni...