Monday, November 26, 2012

Pasai Pa Nak Kurus?

بسم الله الرحمن الرحيم

Haha terKEDAH sikit disitu... adehhh ramai benorrr orang sekeliling aku orang Kedah.... nak je semua aku cakap ada 'Q' kat belakang... hahaha :-p
ok la berbalik pada tajuk kita, Sebab apa nak kurus? Soalan ini ditujukan khas pada aku sesangat!

Orang dok sibuk habaq awat hang nak kurus sangat sebab hang dah ok da... haaaa
tu pasai la... fokus utama sebenarnya nak turunkan berat badan. Tapi orang lebih mudah untuk cakap nak kurus,,, sebab berat ceq dah tak normal daa. Walau nampak ok, tapi tak ok pada badan yang ditanggung dan pada orang yang pakar (doktor)...

Paling utama untuk turunkan berat badan adalah untuk kesihatan.... bukan untuk cantik(kurus) semata-mata ye... Tak ramai orang tahu aku hampir kena darah tinggi... aku mudah terkena sebab keturunan so cara untuk prevent adalah jaga pemakanan! Sangat susah nak kawal sebab aku ni jenis suka makan apa ja yang ada depan mata.... huhuhu kekdang rasa diri ini sangat hina dan lemah benda yang senang camtu pun tak terdaya.... huhu ermmmm

So antara langkah yang perlu aku ambil adalah menjadikan daging arnab sebagai menu diet aku.... Walaweiii arnab tu memang dah favourite dah tapi yang susahnya sebab nak cari sumber tu kemain susah bak hang!!! huhu

Langkah kedua adalah minum Cuka Epal aka Apple Cider... benda alah ni memang berkesan tetapi rasa dia tu menyebabkan kita rasa nak amalkan... huhuhuhu masam giler! Cuka Epal ni juga adalah sunnah Nabi s.a.w. ;-)

Langkah ketiga, amalkan juga minum air Teh Hijau... Ni Asma Nasuha yang syorkan. Aku ni memang tak malu sebab haritu sesaje mintak kat dia tetiba dia nak bagi 3 paket... perhhh Alhamdulillah....

Dan langkah yang paling mustahak yang juga dapat membantu aku pulih dari sakit adalah berjoging pada waktu petang dan senaman kardio... hehehe dah lama ceq tak buat naa... tu pasai la penyakit mudah datang.... huhu

Tatkala kawan-kawan seperjuangan saya sedang bergembira membuat bubur asyura, aku duduk di bilik berehat tanpa buat apa-apa... Ohh rasa jeles pun ada... mesti best kan reramai bergotong-royong, bergossip dan pelbagai lagi... hehehe lepastu bubur asyura tu pun aku tak ambek, sebab malu... huhu yela, tak tolong pun kan...

Alhamdulillah, Fitri tolong aku carikan supplier arnab kat MAHA.... hehehe akhirnya dapat juga... lepas ni harap berjalan lancar lah diet aku.... huhu tak dapat hari-hari pun takpe, seminggu beberapa kali pun dah ok.

Ni citer lawak aku dulu,,, hmmm suka sangat aku ni sahut cabaran dan cabar-mencabar orang ni kan... haha heshhh bila la nak insaf =,='


Benda ni buat aku cuak.... haha baru teringat aku ada perjanjian ngan dia,,, haha sengal punye Muaz! tak habes-habes nak kacau hidup aku.... cerita sebenarnya macamni...



Sebenarnya lagi 5 tahun... tapi aku tercabar kali kedua untuk tengok raya akan datang nanti... adehhhh sengal-sengal =,='

haha k fine...


No comments: