Friday, November 9, 2012

Lumba Kuda!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Fakri-Arep-Kuda-Fitri-Muezz

Ok tak sangka berpeluang dapat menonton perlumbaan kuda depan mata sendiri... hehe aktiviti ni terjadi masa cuti Raya Haji... Fitri mesej ajak untuk tengok dia berlumba kuda... huhu terus ajak Arep ngan Fakhri sebab masa tu cuma mereka je yang ada kat UPM yang tercinta ni... haha Pertandingan ni sebenarnya kecil-kecilan je... orang Melayu yang buat... sejarah dulu mereka organise hadiah pertama cuma periuk nasi, blender je... sekarang dah makin maju dan membesar.... Hadiah pun dah RM1000... Alhamdulillah... ada peningkatan... Penganjur pun sangat menitik beratkan kebajikan Kuda... memang terasa hati sejuk je kat situ... huhu bukan kerana nak menang semata-mata... Ok lah... jom tengok suasana kat sana


Sebelum berlumba, kena tatoo dan ukur saiz kuda untuk dibahagikan ikut kategori

Fitri sedang bersiap sedia

Kuda ni kena tutup mata

Ni lah kuda yang digunakan untuk bertanding

Fitri guna kuda yang ni

Dua ekor kuda tu asalnya dari Ladang UPM.... Kuda perang cair tu tak ada pengalaman berlumba manakala Perang Gelap tu memang power sebab banyak pengalaman... Ok masa yang dinantikan adalah waktu perlumbaan bermula!











Saat gembira apabila menang... yeayyy 

OK sangat cuak bila tengok ada orang jatuh, ada terseret, kuda lontar si penunggang dan macam-macam lagi peristiwa berlaku ketika berlumba... huhu Bak kata pengacara situ, benda ni semua adalah normal bagi penunggang kuda, biasalah kan kawal benda hidup, kawal haiwan... Sedangkan kawal mesin pun ada yang luka... Katanya mengikut Mitos Greek, Kuda ni asalnya memang dari Pegasus. Kalau kita lihat kat setiap bahu kuda ada parut, memang dulu kuda ada kepak... Itu semua mitos ok... hehe

Pertandingan ni kat Pedas Linggi Negeri Sembilan. Malam tu stay rumah Fitri sebelum pergi... Pergi balik sepatutnya Fitri yang pandu, tapi tetiba dia kena panggil ada job kat majlis Befday Anak Linda Jasmine... Hebat kan kawan aku ni kerja ngan artis? haha So terpaksa lah aku pandu kereta balik.... Dah lama tak memandu, rasa syok gak... hehe tu pun kalau tahu jalan la kan....



No comments: