Friday, September 14, 2012

Manis Pahit Surprise Fasilitator Universiti

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah selesai sudah Minggu Perkasa Putra UPM (orientasi) setelah pelbagai dugaan, cabaran, manis dan pahit berlalu. Tak sangka dapat juga aku tempuh walau berbekalkan hanya tidur seminima 1 jam sahaja. Aku diberi tugasan untuk menjadi Fasilitator Universiti dengan berjawatan Kebajikan dan Keselamatan. hahaaha okeyh rasa-rasa tugas kebajikan ni senang tak? 


Balik ke UPM seawal dua minggu dan terpaksa meninggalkan keseronokkan di kampung untuk beraya. Balik awal sebab nak prepare sebelum menjadi Fasilitator... walaupun dua hari je kursus tu tapi pack dan busy... penat pun boleh tahan... Pada 31 Ogos kami 'disuruh' pergi ke stadium untuk menyambut tweet
kemerdekaan walaupun ramai yang taknak pergi... kesian pada Fasi Kolej yang bertugas esok hari....balik dah la pukul 11 malam,,, dengan penatnya,,,, nasib lah kolej aku hari lusa baru bertugas....

Luar stadium

Tak sempat berkelah...hehe

Lokasi stadium Hoki

Pengunjung yang datang dengan baju berwarna merah adalah pelajar IPT

Boleh dikatakan hari tu Syurga Makanan tapi sayangnya aku makan sikit je... sebab sakit...

Pizza Hut Barbecue

Aku tak henti-henti minum air akibat sakit tekak dan batuk 




Kalau nak suruh bagi bintang overall 10... boleh tak aku jujur nak bagi berapa tentang event ni? seriously 2/10 je... kehkehkeh tiada faktor luar ye... sangat teruk jika dinilai dari pagi sampai kemuncak... Pertama, solat Jumaat dan solat Fardhu.... Pengajur langsung tak ingatkan tentang solat Jumaat, tapi kalau bab lain kemain ulang announcement... pantang larang stadium, etika, kelakuan... tapi yang paling utama tak sentuh langsung... ok la baju dapat dua helai, makan sehari ditanggung Pizza Hut dan KFC... Ok stop pasal tweet merdeka.... hahaha

Esoknya kami diberi peluang untuk berehat, tapi tu pun pukul 9 pagi ada meeting untung bincang tugas yang sebenar pada esok hari... Aku ditugaskan untuk guide makcik, pakcik, pelajar baru naik ke bas dan arahkan kemana tempat mereka perlu mendaftar.... Macam-macam pengalaman yang aku dapat... hari tu aku longgarkan muka untuk senyum sepanjang hari dan jadi peramah sekejap untuk melayan mereka.... Ada yang menyakitkan hati, ada yang membuatkan minda terbuka dan ada yang membuatkan aku seronok untuk sambung berbual....hahaha kerja ni dari pagi sampailah ke petang sangat busy.... pukul 5 baru lah redaaa sikit... Kawasan aku adalah sepanjang Lebuh Silikon,.... siapa yang tahu,,,, yup sepanjang Lebuh Silikon aku berjalan kaki cari dan tunggu parents dan arahkan mereka untuk naik bas, dah macam polis trafik dah... tapi aku berjalan kaki.... bayangkan laaaa

Ni lah antara kerja aku

Dan akan berjalan sepanjang Lebuh Silikon ni...

Orientasi selama seminggu dan setiap malam ada post mortem... hari pertama aku tidur satu jam je... rekod dunia untuk aku selama ni,,,,hahaha sebab pukul 6 pagi dah kena kerah bebudak untuk berkumpul dan terus solat Subuh.... Alhamdulillah aku bertahan untuk hari kedua dengan berbekalkan tidur sekejap je... 

Lepas pendaftaran, semua Fasilitator menjalankan program bersama Junior tapi aku terus pergi ke bilik MTM. Kerja 1st aku adalah mencari maklumat peribadi junior K15 yang layak menerima zakat.... hehehehe ni lah untungnya jadi Kebajikan sebab data ni dapat dilihat hanya yang terlibat dengan Kebajikan iaitu aku, Mira dan Mok je yang boleh tengok peribadi junior... hahaha 

Bajet buat kerja je ni...hahaha

Mula-mula kitaorang selaku Fasilitator Kolej 15 sangat pening dan tensyen dengan perangai bebudak yang dah besar tapi nak kena kawal macam budak sekolah.... Post mortem demi post mortem dan masalah dapat dikenal pasti dan ada penambah baikkan... Alhamdulillah mereka dapat memberi kerjasama... semakin lama kitaorang semakin timbul rasa sayang kepada pelajar baru Kolej 15. Serius! Tak sangka benda ni boleh timbul dari lubuk kami.... hahaha ye lahhh bayangkan dari mula sampai lah ke akhirnya,,, penat lelah dan pengorbanan kami terhadap mereka, akhirnya mereka sedar dan behave... bukan senang nak jadi Fasilitaotr Universiti ni... 

Secara keseluruhan, pelajar lelaki Kolej 15 hanya 12% dan selebihnya adalah pelajar perempuan... Tak puas hati jugak lelaki sikit giler! Nanti muka yang sama je lagi-lagi bab sukan... hahaha tapi yang mudahnya Fasilitator lelaki senang sikit kerja untuk kawal budak lelaki yang sikit ni...

Selain kerja mencari data maklumat pelajar, sebagai Fasilitator Kebajikan dan Keselamatan, aku haruslah jaga kebajikan mereka serta keselamatan mereka.... Hari-hari kena tanya siapa ada sakit, nak pergi klinik, aduan kekurangan kemudahan kat bilik... Serius kerja camni pun menguji kesabaran,,, tak sangka... ingatkan Kebajikan & Keselamatan ni senang je... adoiiii kekadang ada yang mengada-ngada kita terpaksa tanggung dan selesaikan masalah tu... huhuhu kadang hal remeh je kowt...

Acara Rasmi di Dewan Besar UPM

Program di Kolej santai-santai je

Pada hari terakhir orientasi, kami meminta pelajar junior untuk membuat satu majlis khas Bersama MTM yang sepenuhnya dianjurkan oleh mereka sendiri pelajar junior... Alhamdulillah ramai giler volunteer untuk turut serta menjayakan majlis tu,,, rasa macam tak percaya! Serius aku katakan, mereka sangat lah hebat sebab kebanyakkan memang buat kerja sendiri siap tak benarkan kami pergi ke dewan, katanya nak surprise sebab mereka hias dewan bagai... hati aku cukup tersentuh melihat mereka punya kerja. Satu malam tu aku turun lah kejap tempat mereka meeting mana tahu perlukan bantuan... Masa ni lah baru aku tunjukkan diri sebenar,,,hahaha baru lah nak berbual dan bergurau dengan bebudak baru ni... sebelum ni aku tak banyak cakap dan banyak mengarah je... hahaha

Melihat tatkala pelajar junior busy menyiapakan event untuk kitaorang :')

Semasa majlis berlangsung, baru rasa diri ini VIP seyh... hahaha MTM bersama pegawai K15 masuk disambut dengan tarian... memang kreatif mereka nih... huhu kad jemputan pun stylo... Sebenarnya Majlis Bersama MTM ni adalah  medan untuk kami setiap AJK MTM promosi dan tarik mereka untuk masuk ke sekreteriat masing-masing. Alhamdulillah sekreteriat aku mendapat sambutan... hampir 100 orang yang mendaftar ke Sekreteriat Kebajikan & Perpaduan... ni semua sebab Mira... sebab ramai bebudak ni sayang 'akak Mira' diaorang.... hahahaha dah la aku naik pentas je nak present, semua jerit siap buat ombak lagi... bertambah nervous la aku...hahaha tapi tu semua bukan sebab aku tapi sebab 'akak Mira' yang popular tu....hehehe  


Malam tu kami semua Fasilitator kena buat persembahan untuk mereka... even tak bersedia semua kena spontan... huhu aku memang lemah bab camni... haihhh walaupun tak seberapa mereka semua tepuk support kitaorang.... tepuk tangan dan bersorak seakan gembira dengan persembahan yang tak seberapa... bila dah habis, nak turun dari pentas, tetiba lampu terpadam.... OK surprise!!! Bawak kek siap nyanyi 'We Love Fasi' adoiiii dengan music background 'Kenangan Terindah' ,,,, secara jujur, hati tersentuh tapi aku tak tunjuk macam budak-budak lain sampai ada keluar air mata... hahaha ye la,,, diaorang lagi rapat dengan budak baru.... aku sikit-sikit je...hehehe 



Aku takkan lupa majlis malam ni... sangat terkesan di hati... hahaha Ok la, jom tengok gambar-gambar sepanjang minggu orientasi kami ni....

Ni je yang sempat ambek seramai ni...





Antara pelajar lelaki harapan kami semua untuk mengharumkan nama Kolej 15 

Budak dua orang junior ni yang suka main dengan Zerra... bagus diaorang ni



Ni lah antara Fasi kesayangan Junior,,, Abang Nashrol hahaha





Malam tu happy je... hahaha gambar atas ni adalah ucapan-ucapan mereka untuk kitaorang.... tetiba terkejut plak aku baca, 
"Kepada abang Fasi Muezz............"
hahaha ada sikit ucapan kat situ....
Ni video tatkala lagu "Kenangan Terindah dialunkan sambil sesi memotong kek dan suap menyuap





Esoknya ada Gotong Royong Serumpun yang terdiri daripada Kolej 12, Kolej 14, Kolej 15 dan Kolej 16... kami semua digelar Kolej Serumpun... hehe sangat istimewa sebenarnya kolej kami ni dari segi ukhuwah.... ececehhh hahaha Aku bawak bebudak ni untuk bersihkan kawasan kolej lelaki... haaaa time ni la aku bawak turun Zerra... tak sangka eh ada gak yang minat dan tahu pasal Ferret... maksud tahu ni, dia baca pasal Ferret apa yang boleh dan tak boleh.... siapa yang ikut aku bersihkan kawasan kolej, dapat lah main dengan Zerra...hehehe ni video yang sempat dirakam... sempat buat dokumentari pasal Ferret.... hahaha http://www.facebook.com/photo.php?v=4605524105974

Antara ucapan-ucapan mereka di FB....








Alhamdulillah semua dah habis.... Terima kasih kepada semua rakan-rakan seperjuangan yang turut menjayakan Minggu Perkasa Putra ni bersama-sama... susah senang pening tensyen kita hadapi bersama... dan kepada Pelajar Junior... ya Allah terima kasih juga atas penghargaan korang untuk kitaorang.... hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian...

Harap korang kekal di Kolej 15 sampai tamat pengajian.... aminnnnn

8 comments:

Noor Amirah Mohd Nor said...

klau ak x garang mesti lg ramai join sekretariat kita.. haha

Anonymous said...

hey hey!! this is a very nice website here and I just wanted to comment & say that you've done a great job here! Very nice choice of colors & layout, very easy on the eyes.. Nicely done!…

muezz@blaz said...

mira : haha kalau ko xgarang, rse budak ni xkan jadi hebat cam sekarang... huhu

muhammad sufi saadon said...

hye abg fasi..hehehe..enjoinyer ko~~best2!!!

muezz@blaz said...

bole la enjoy... hehe
macam sebelum ni,,, kalau kte rase bnda tu pahit, sabarlah... manis itu akan datang... ia setimpal... ececehh

a.r.e.p a.h.m.a.d said...

bagus2...xsemua orang dpt experience cmni....syukurlah....
yg penting...
"terkesannnn dihati"...
hahahaha.....
:'P

muezz@blaz said...

hahaha mse tulis ni pun tergelak,,, terima kasih kt fendi sbb bagi ayat tu haritu,,, hahaha

Anonymous said...

sangat menyeronokkan pengalaman yang telah dikongsikan,,harapnya kongsi lagi..