Saturday, August 18, 2012

Antara Kad Raya dan Rendang Arnab

بسم الله الرحمن الرحيم

Tahun ni dapat kad raya satu jerk,,,haha dari Tajul aka Saifuddin. Aku tak mengharap pun nak dapat banyak sebab aku pun bukan hantar kad raya kat orang... tapi mungkin tahun depan insyaAllah nak cuba sebab tetiba rasa kad raya ni macam bernilai kan? sebab dek telan zaman, sekarang semua guna e-Kad Raya.... kat Facebook berlambak aku tengok... yang kreatif dan ucapan yang puitis tu memang terbaik... tak lupa jugak yang membuat video wish... haha ni aku tak
bape berkenan sikit... kalau muka market boleh la kan...huhu




Tengok betul-betul kat kad raya tu tulis ape? hahaha sangat motif dengan aku ok... tapi takdela sampai camtu okeyh...haha ni belum tengok dalam lagi... meh sini.. sangat sarkastik!


Memang pandai dak tu cari kad raya ni....haha bukan main over lagi yer dialog kartun kat atas tu....haha siap tulis watak nama Muezz lagi kat situ....hahaha siot jerk.... seperti sedia maklum memang aku dikenali dengan Tong Sampah dalam kalangan dak Sains Ternakan.... memang hampeh kan nama tu?! Sebab aku akan habiskan sisa makanan kawan aku, eh bukan sisa, tapi lebihan sebab tak habis. Aku memang pantang sebenarnya kalau makan tak habis ni... SERIUS! Adik aku memang selalu kena bebel ngan aku... aku memang tak suka. Anyway thanks pada Tajul....hehe

-------------------

Hari ni dapat lah aku masak Rendang Arnab hasil air tangan aku...hehe Alhamdulillah.... lama dah aku mengidam benda ni... plak tu tahun ni nak cuba skill sendiri camne kan.... Pada yang kesiankan Arnab, takyah korang makan,,,huhu tahu tak, haiwan makin comel, makin berkhasiat....hehehe takpe la, jom aku tunjuk serba sedikit camne aku buat... mungkin ramai yang tahu, tapi saje nak kongsi... hehe

Berat Bersih 1.2kg - 1.8kg

Pastu potong jadi camni,.,, nak buat rendang kan,,,, tak sedap la kalau ada tulang...

Bahan-bahan Utama termasuk Santan

Selepas dipotong dan dihiris. Siap sedia untuk blend untuk tumis

Potong Daun Kunyit dan Limau Purut perlu ikut petua... potong haruslah melintang baru ada bau

Tatkala menunggu rendang Arnab siap dimasak.

Wahhhh syok giler, happy giler sebab menjadi....hehe Alhamdulillah sesangat... tengah masak, orang kat depan semua mention, "Sedapnye bau" hahaha then dua orang adik aku makan macam esok aku tak boleh buat lagi je.... hahaha wekkkk cuma yang hampanya Parents aku tak makan pun sebab bapak aku memang tak makan daging dan emak aku plak takut nak makan benda yang baru... tak semua orang boleh makan daging Arnab ni.... 


Ni lah rupa Rendang Arnab versi Muezz. hahaha yang hias-hias tu mak aku yang buat... simple je kan... tak reti weyh....kehkehkeh haaa sambil menelan air liur tu, ada sikit info nak kongsi pasal daging arnab ni... Meh kita buat perbandingan dengan daging lain :

Sumber : JPV Infoternak, Sungai Siput Perak

Kalau nak tahu, Daging Arnab ni boleh dijadikan diet special untuk orang yang sakit macam penyakit jantung, diet untuk orang berusia, diet natrium yang rendah, diet penurunan berat badan dan lain-lain lagi. Korang nampak tak? Arnab salah satu diet untuk menurunkan berat badan? hehehe Tengok saja kandungan Lemak, Kolestrol tu...huhu tapi daging Rusa memang tak dapat lawan la... sebab dia haiwan yang aktif, lari sana sini so daging dia sihat. Senior Dayat, tolong betulkan kalau ada salah...hehe

Info :
Daging arnab amat sesuai untuk menghangatkan badan serta mengeringkan badan.Manakala, bahagian daging arnab yang terbaik adalah daging di pangkal pehanya yang sebelah kanan. Dengan memakan daging arnab, seseorang boleh mendapat struktur perut yang lebih kecil (perut yang kecil mampu mengawal pengambilan bahan makanan yang terlalu banyak sekaligus mengurangkan risiko obesiti (berat badan melampau) serta kencing manis).Pengambilan daging arnab yang terkawal juga boleh melancarkan aliran air kencing dan menghancurkan batu karang pada salur dan pundi kencing. Pengambilan daging arnab di bahagian kepalanya secara terkawal mampu menjadi penawar kepada seseorang yang mengalami penyakit menggeletar.
Berikut adalah maksud sepotong Hadis berkenaan kebolehan memakan daging arnab;

Dari Annas bin Malik RA, ia berkata: “Meloncati kami seekor arnab, maka mereka berusaha mengejarnya dan berhasil menangkapnya. Lalu Abu Talhah mengirimkan pangkal pehanya (arnab itu) kepada Rasulullah SAW, lalu Baginda menerimanya”.
(Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)(Asy-Syaikhan)


Oh ye, lupa.... semalam aku tibai plak Kebab Arnab....hehehe



P/s : So sekarang ni, dah terjawab persoalan aku selama ni... nak libatkan bidang apa dalam industri ternakan.... InsyaAllah ada jalannya....


No comments: