Thursday, July 26, 2012

Owhhh Kucing

بسم الله الرحمن الرحيم


Ramai tertanya-tanya aku ni banyak(dulu) haiwan dibela tapi Kucing takde plak... Semua yang pelik-pelik...hahaha Sebenarnya aku memang nakkkk sangat bela kucing... dulu beberapa kali aku bela kucing.. semua mesti tak lama.... dari aku kecik dah beberapa kali dah aku bela kucing sampai la aku pindah rumah yang terakhir ni masa tingkatan 5.... Sebab apa tak bertahan bela kucing? huhu Cerita
sebenarnya family aku alah dengan bulu kucing ni.... ermmm kalau ada kucing nanti gatal-gatal kulit.... tu la faktor utama yang memang tak dapat nak dielakkan... jeles ok tengok orang lain ada kucing.... Even aku ada Ferret, sebenarnya Kucing adalah haiwan peliharaan yang tiada tandingan sebab banyak keistimewaannya. Ditambah lagi dengan haiwan kesayangan Rasulullah s.a.w. kita. Takpe la.... Tunggu akan datang, bila dah ada rumah sendiri, dah kahwin... haaa baru boleh bela kucing....hehehe



Bila tengok kat Facebook iklan kucing free untuk diadopt sebab terbuang dan terbiar... rasa macam nak je ambek mereka....wuuuu tak boleh... Rancangan aku nanti... nak cari sekor kucing terbuang dan sekor lagi breed maine coon... Sekurangnya aku menyahut apa yang aku sokong selama ni tapi tak semulia orang-orang yang kutip kucing jalanan sampai berbelas ekor... Aku tak mampu...Harap akan datang, orang luar faham situasi kita kenapa perlu mandulkan kucing atas maslahah yang diharuskan hukumnya. Aku tak mampu nak kutip kucing jalanan tapi sekurang-kurangnya aku buat pencegahan dan sampaikan benda ni kat orang lain... Sedih sangat tengok kucing yang mengiaw kelaparan... kalau kat kedai makan, kat pasar.... hurmmm


Nak kongsi cerita sebelum ni aku sangat puas merasa bela kucing,,,hehe tapi kat Matrikulasi la... sebab masa tu dah besar, so dah faham dan dapat lah rasa experience nya... bila teringat kat Bawang... owhh rindunya kat dia... Bawang tengah buat apa agaknya... dulu anak-anak dia selamat diadopt oleh orang... tak sempat kami membesar bersama,,,,hehe kat KMM bagus sikit makcik-makcik cleaner situ... nak tahu cerita dia camne? jom baca sini Detik Cemas Bersama Bawang!!! Sebelum balik meninggalkan KMM selamanya, kawan-kawan dan roomate suruh je aku bawak balik Bawang ni... Aku memang nak sangat bawa balik, nak bela dia kat rumah, tapi Family tak kasi... lagi skali kecewa..huhu




Kucing gambar atas ni aku jumpa kat kedai makan di Serdang... Sekali tengok, mata dia sangat minta simpati, macam Puss in Boots tu,,,haha tengoklah mata dia tu memang minta simpati...haha sekali pandang Betina, tapi ni Jantan,,,, kalau manusia kita gelar lelaki Jambu,,, ni Jantan Jambu la ni,,,wakakakaka tapi aku tak dapat nak adopt kamu,,, maaf >.< Gambar bawah tu Betina, lokasi di Kafe Serumpun... Ni kucing Legend nih,,,hahaha Banyak kisah kucing nih, ada manis dan duka... tragis-tragis >.< nanti kawan aku kisahkan cerita kucing ni, aku bagi link,,,hehehe bibir dia sumbing tu...

*Kat Malaysia ni, Haiwan Jalanan Terbiar adalah Kucing dan Anjing tapi berbeza luar negara, haiwan terbiar yang perlu diselamatkan adalah Ferret. Mereka mengawal populasi Kucing dan Anjing sebab mereka ada polisi mereka. Haiwan peliharaan dimandulkan dan yang breeder sahaja boleh breed. Manakala Ferret, mereka percaya bahawa Ferret adalah haiwan untuk bersama manusia, bukan biar di hutan atau kebun. Setiap hari, rescuer akan selamatkan Feret-ferret dan akan membuka adoption...

Bawah ni koleksi gambar-gambar Kucing Breed Maine Coon...






Sebenarnya kucing-kucing sekarang yang lawa-lawa tu hasil dari manipulasi genetik oleh manusia... Sebenarnya banyak terkorban sebelum menghasilkan yang cantik camni... Kesian pun ada... Takpe, kalau ada masa aku akan cerita berkenaan isu ini... Orang yang tegar mempertahankan hak asasi haiwan menentang perbuatan ini. Anyway, jenis Maine Coon ni adalah breed asli yang berasal Amerika Utara diamana waktu dahulu dijadikan sebagai pekerja di ladang.

10 comments:

Noor Amirah Mohd Nor said...

aku pn xmampu nk kutip smuanya.. jd mne yg dtg tu bg je la mkn..

muezz@blaz said...

Alhamdulillah hati kamu sungguh suci...hehe

NuMeeQah said...

aku pun nk bela kucing..nasib kita sama..family xkasi huhuhu

muezz@blaz said...

huhu ape boleh buat.....

Wan Ahmad Izudean said...

kat rumah aku ada 10 ekor kucing :D

muezz@blaz said...

untungla bnyk kucing....huhu

Anonymous said...

I can not thank you adequately for the posts on your web site. I know you'd put a lot of time and effort into them and hope you know how much I appreciate it. I hope I'll do exactly the same for someone else at some point.

a.r.e.p a.h.m.a.d said...

kat umah ade sekor je kucing...nama dia QT....mcm2 tragedi berlaku kat QT...tu je yg mampu kami jaga...huhuhu...
bnyk2 xmampu....
:'D

muezz@blaz said...

@anonymous : ok, btw I was not noble as the others who adopt cat street, if i afford it, then i do it... at least i do not pretend to be kind & hipocrite ;-)

muezz@blaz said...

@arep :huhu QT da balek, lau x msti xde kucing trus da...haha