Sunday, June 17, 2012

Cerita Pasal Jodoh

بسم الله الرحمن الرحيم

Memang betul jodoh kita dah ditentukan sejak kecil lagi,,, ditentukan oleh Allah s.w.t. Tapi kenapa kita kena berusaha juga untuk dapatkan jodoh? Kenapa kita perlu berdoa jugak? Haaa ni sama jugak konspenya rezeki yang Allah dah tetapkan juga kematian kita... Kenapa kita perlu berdoa? Sebab.... sebab kita kan tak tahu rezeki tu camne, bila, jodoh kita sape dan macamne.... sebab tu kita perlu berdoa.... Allah kan suka hambanya meminta dan merintih kepada-Nya... So jangan la malas untuk berdoa ;-)

Berkenaan jodoh... nak kongsi sikit yang terjadi pada sahabat aku ni... aku mudahkan nama lelaki ni Bin dan perempuan ni Binti,,,hehe sahabat aku ni si Bin manakala si Binti ni aku kenal disebabkan si Bin ni,,,hehe

Dulu, Binti suka sangat dengan Bin tapi Bin tak ambik endah langsung... si Bin ni ramai peminat, secret admire... Binti ni kalau jeles tak reti nak cover muka... ye lah kalau tengah group discussion, kalau ada perempuan tegur Bin, boleh tengok riak muka dia tu,.,.,

So, Bin pun minta pendapat aku camne nak mengatasi masalah ni sebab taknak buat dia suka.... ye la,,, Bin taknak Binti suka dia,,,lagipun Bin suka orang lain.... disitulah aku mula mengenali Binti... So aku pun cakap dengan Bin, lebih baik dia terima je si Binti berbanding perempuan yang dia suka... sebab apa ? Sebab pertama adalah dia perempuan yang baik,,,, menutup aurat, tidak bergaul sangat dengan lelaki dan juga nampak lawa serta manis... si Bin tetap berdegil...ok biarkan lah keputusan dia....haha

Hari demi hari, sikit demi sedikit, Bin pun jatuh hati gak pada Binti.... tapi baru-baru ni baru dapat berita Binti ni dah in relationship,,, tahu tak betapa rasa menyesalnya?!!! hmmm ok... aku pun rasa sangat sangat sangat sedih walaupun tak terjadi pada aku,,,, memang lahhh,,,,huhu kesian~~~ so kat sini aku nak sampaikan, hargailah benda yang baik.... ;-)

Bila tengok lelaki tu,,, geram plak,,, sahabat aku lagi baik serta hensem kowt.... tapi takpe la... macam sebelum ni aku ada tulis kat status Facebook :

Betul tu,,, cukup-cukup la kita ni sibuk mencari cinta manusia lain sedangkan cinta pada Allah dan Rasul tu tipis sangat. Kerana manusia, kita sanggup buat itu ini tapi demi Allah dan Rasul langsung takde... nak contoh? ok contoh camni.... Bila nak berdating atau nak berjumpa, tepat masa bila nak berjumpa. Kalau dah lambat kelam kabut, kalau bangun lambat macam apa dah... takut si dia marah. Tapi kalau sampai seru untuk solat, lambat-lambat, kalau bagun lambat pun saje-saje je... tak takut Allah marah...
Lagi kalau dah bergayut tu boleh lama-lama, tapi kalau baca al-quran, berzikir takpun solat sunat sekejap je dah mengeluh,,,, Boleh nampak kan cuma kadang kita tak sedar...

Lagi satu cerita, sahabat aku yang lain... aku guna terms Boy dan Girl je eh.... Boy ni sudah lama sukakan Girl tu tapi dia gunakan orang ketiga... macam biasa, Boy ni jugak ramai peminat,,, tapi yang bestnye cerita mereka ni, mereka tak pernah berjumpa dan jarang contact... baru sekali la jumpa tu pun sebab nak habis matrik... sampai satu hari ade sorang perempuan lain yang suka kat Boy,,, perempuan lain ni kira nak jugak kat Boy ni even dia dah berpunya...hmmm aku pun naik geram... tolong la jangan kacau kawan saya tuh,,,huhuhu mereka kawan baik saya,,, kalau boleh nak tengok mereka berkahwin dah bahagia sampai akhir hayat,,, pernah jugak cakap, kalau kau nak sangat kat dia, dan akhirnya kau dapat... berhati-hatilah sebab hati dia boleh berubah. Kalau sebelum ni hati dia berubah kepada kau, tak mustahil,,, akan datang hati dia juga akan berubah kepada perempuan lain,,, ingat tu,,,, sampai sekarang dah takde dengar citer,,,,hehehe Paling aku jaga adalah hubungan mereka ni la... sebab kerana aku, mereka bersatu,,,haha so if ade apa-apa berlaku aku turut sedih macam putus cinta,,,seriuss! Mereka pun saling berdoa agar mereka bersatu,,, even masing-masing menahan kerinduan untuk berjumpa atau stalk sebab sekarang dah berpisah sebab lain universiti.

Memang kekadang aku pun terfikir bestnya ada awek, boleh makan sama-sama, keluar sama-sama... tapi bila fikir balik,,, bersabar la wahai Muezz... hehehe insyaAllah aku dapat jodoh yang diidamkan... dan ciri-ciri tersebut antaranya : tettttttt Tapi sebelum tu persiapkan lah dirimu Muezz sebelum melamar si dia... Tak salah untuk berterus terang pada si dia,,,hehehe ingat... pastikan kita lelaki(suami) banyak ilmu agama di dada, nak didik isteri serta anak... 


Aku nak kongsi sikit satu citer doodle dakwah ni,,, berkenaan dengan couple!!! Yup, bacalah,,, serius membuatkan anda tersentuh,,, lagi-lagi kalau dah ada pengalaman,,,haha ni link dia Aishiteru

Sejak dulu aku ni jadi pakar motivasi cinta monyet diaorang,,, aku pun pelik,,, dari sekolah menengah sampailah sekarang.... Tak kurang jugak jadi orang ketiga. Jadi orang ketiga sangat perit if mereka bergaduh...haha aku pun naik tensyen.... Tapi sekarang aku taknak dah,,,malas! Kalau nak mintak nasihat,,, zaman matriks banyak,,, tanya pasal couple, jodoh... bila tengah baring, tengah takde kerja, tengah lepak... Alhamdulillah masa kat matrik aku makin lama timba banyak ilmu tentang couple dan jodoh dalam Islam,,, sebab tu aku tak galakkan kawan-kawan aku bercouple... ada caranya,,, cam yang aku guna ni,,,ekekekekeke insyaAllah diredhai oleh Allah s.w.t.

4 comments:

syuhadaa said...

Trust me, I've been there & done that. The truth is, that is the most regrettable thing I've ever done.

Just please guys, avoid from relationship before nikah. Seriously don't.

Ahah. tetibe skeaping London ar pulek. Haha.

muezz@blaz said...

of kos kak ada... u hve the experience so can u share with me? wakakaka

Betul tu,, penyesalan xsudah yg akhrnye hidup susah nk tenang

No comment huhu

eazy_fizz said...

aku sangat bersetuju dengan entry ko kali ni muezz.

1) menjadi org tengah atau yg seangkatan dengannye mmg boley buat kite kene tempiasnyer. (dahlah masalah sendiri pon byk...ni pulak nk pikir tok org lain...SERBIA wey)

2) couple menjurus kite ke arah kemaksiatan.....so fikir2 kan lah bg yg bercouple

3)jgn kita jalinkan sesebuah perhubungan tanpa niat utk menikahi pasangan kite tue...


p/s; aku nak komen pepanjang pon x ley...coz ilmu ngn pengalaman aku pon cetek lagi

muezz@blaz said...

btul tu faiza....xpe kte sme2 share ilmu,,, aku pun xtau bnyk lg,,,but ak rse nk share if dpt ilmu,,,huhu