Sunday, June 24, 2012

Ceciter 23 Jun dan Last Exam

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ni 23 Jun 2012 berlangsungnya 17th Super Mega Gathering Pets anjuran Pets Parrot Club Malaysia dan We Love Animals serta group-group haiwan yang lain turut memeriahkan dan memajukan kali ini. Dan hari ini juga adalah last paper exam aku Biochemistry. Alhamdulillah dengan berkat doa, aku langsung tak teringat hari ni ada event pets tu.... mungkin Allah nak suruh aku fokus pada exam ni. Alhamdulillah jugak aku boleh dikatakan dapat jawab kalau nak bandingkan dengan paper Anatomi dan Fisiologi Haiwan Domestik serta Perakaunan...haha 

Lepas habes exam, terus hantar motor aku ke rumah Fitri seperti yang dirancang sebelum ni, nak tumpang simpankan motor...huhu tapi sebenarnya memang dah rancang dak-dak laki nak ambik gambar muka-muka happy lepas abes exam guna kamera DSLR tapi malangnya tidak dibawa.... so terus gerak ke
Dengkil.... Happiz ikut sekali dan tetiba ada perkara yang tak dapat dielakkan, Happiz tak dapat ikut...

Fitri bawak aku jenjalan ke ladang kuda! Dekat dengan rumah dia... De Dengkil Stable and Arabian Park. Sangat terpesona okeyh... sebab tak pernah pergi ladang kuda yang banyak kuda dan terjaga serta lawa camni. Selama ni kalau aku pergi, mesti tak terjaga, kotor dan kuda pun sikit jerk...huhu Fitri plak memang rapat dengan pemilik situ. Kalau ada event untuk lumba kuda, Fitri memang akan dipanggil untuk jadi wakil. Kuda kat sini ada yang untuk tunggang dan untuk baka. Giler bapak r kuda jantan dia besar seyhhh,,,,hahaha dan kuda-kuda ni jinak ngan Fitri, kuda tu kenal dia, dengan aku, kuda tu lari,,,hahah haaa lagi satu, aku tak pernah jumpa lagi ladang kuda yang mempunyai kuda yang jinak,,,, ermmmm mungkin aku belum pergi banyak ladang kuda so tak boleh nak cakap jugak kan....huhuhu 

Kuda ni orang punya, dia sewa paddock ni tuk jagakan

Mungkin kuda ni jinak sebab dia ikut kemana aku pergi

Cuma aku tak pergi dekat ngan dia,,,huhu tatau kenapa masa tu tak cuba mendekati dia >.<

Antaran Kuda Jantan Besar untuk baka

Aku takut nak dekat ngan kuda Besar ni,,,huhu

Ni baik dua ekor ni, main jilat-jilat plak,,,hahaha

Ni Kuda Bonsai

Baru tahu nama Kuda Bonsai ni,,,hehe

Kuda paling cantik kat situ, kuda Arab

Ni semua kuda UPM bagi,,, memang terbaik UPM bagi

Fitri Bersama Kuda Putihnya

Selain ladang kuda, jenjalan jugak tengok-tengok dan menikmati bumi Putrajaya. Banyak tempat yang aku nak ambik gambar kat situ weyhhh.... lawa! OK la untuk menggantikan event aku tuh... jeles kowt tengok gambar-gambar semasa event... serius... wuwuwu meninggalkan aku,,,hahaha takpe,,, aku yang tak boleh pergi kan,,,,haha 

Sebelum bermulanya exam Biochemistry, aku dan Happiz belajar kat luar memandangkan suasana di bilik adalah suasana bebudak yang semua dah habes exam, yang selalu memekak dan menjeleskan orang lain yang belum habes ni,,,hahaha 

Best giler study sini dengan suasana angin dan redup serta berterbangan daun-daun gugur
Kat sini kitaorang study.... actually malam tadi dah study, 90% habes study dengan Anwar, Happiz, Fitri, Nuruddin... yang siang ni just nak cukupkan 10% lagi... hmmm kalau selalu study dengan diaorang, memang gemuk la aku, sebab tempat mereka selalu ada sumber makanan yang berat pada waktu malam-malam selepas 12 malam! Nak dijadikan cerita, tengah kami study di tempat yang indah ni sambil menikmati angin, datang segerombolan pakcik dan abang duduk bentang tikar kat situ dan lepak kat bawah pokok ni,,,haha tetiba datang bangla jual aiskrim... mereka pun panggil dan belanja kami aiskrim,,,haha sebenarnya aku taknak, bukan malu-malu... sebab tadi baru lepas makan aiskrim,,,huhu dan aku bukan suka makan aiskrim sangat pun,,,,huhu last-last terima je la... huhu insyaAllah murah rezeki abang tu... hehehe abang tu pun sporting dan kuat ngolok ye,,,,hahaha siot je.... kesian bangla tu,,,,hahaha


Dan malamnya, aku nak prepare untuk packing barang... tapi aku tahu malam tu Fitri, Anwar dan Arep memang ada cakap nak jenjalan, ajak aku,,, tapi aku tak dapat ikut... padan muka sebab sebelum ni taknak packing barang dah tahu nak pergi jalan kan,,,hahaha T.T perhhhh serabut-serabut tatau nak kemas camne,,,,hahaha tatau nak mula camne,,,, akhirnya berjaya gak kemas... Tetiba rasa lapar giler dan bosan tatau nak buat apa, terus buat status :


Memandangkan Fitri pakai BBM... so aku nak jimat kredit, sampaikan pesanan aku ni melalui facebook je la,,,hahaha dan dia plak balas balik saje nak jeleskan aku,,, tu laaa sebelum ni nak pergi tapi aku tak jadi kan,,,,wuwuwuw


Aku lupa yang mereka memang cakap nak balik pagi esok,,, errrr so dengan ini aku tidur dengan kelaparan,,,hehehe takpe la.... Alhamdulillah segala-galanya apa yang terjadi hari ini Allah ;-)


7 comments:

Hidayat MY said...

untunglaa..terus balik bercuti..wakakak..org kena stay upm masuk lab run final year projek T_T..huwaaaaaa

muezz@blaz said...

haha xde la,,, tunggu lagi 3 ari,,, ade KPO,,, xboleh balek gak,,,balek 27 T.T

Noor Amirah Mohd Nor said...

tme kasih muezz :')

muezz@blaz said...

Terima kasih utk ape?

Noor Amirah Mohd Nor said...

sbb kwn dgn haffiz.. at least aku tau dia ada kwn yg bek dgn dia.. yg bleh tlg dia blaja n wat bnda2 lain.. =)

muezz@blaz said...

sme jerk mira,,, yg len pun study sesame... tu study luar sbb dy xde moto,,, so dy nek aku

Noor Amirah Mohd Nor said...

xkisah la muezz.. jnji dia ada kwn utk study.. klau aku nk pejam mte pn.. aku bleh pejam mata dgn tenang.. tme kasih sbb jd kwn yg bek.. xsenang nk dpt kwn sebaik ko yg snggup susah senang bsame2.. =)