Monday, May 28, 2012

Zaman Ikan Saya

بسم الله الرحمن الرحيم

Teringin rasanya aku kembali ke zaman ikan aku...hehe dulu kecik-kecik kalau nak bela haiwan, ikan je lah yang mampu,,,huhu ikan laga, ikan guppy dan lain-lain lagi...


1st time aku bela adalah ikan Flower Horn,,, ikan ni bela sebab makcik bagi dengan akuarium sekali,,,hehe masa tu kan tengah popular so memang ramai lah yang bela,,,hehe lepastu mati.... tak ingat bela berapa lama... lepastu akuarium tu
pun bagi orang sebab taknak menyemak kat rumah,,,hehe 


Pastu aku pun mula berjinak-jinak dengan ikan perhiasan ni,,, waktu sekolah rendah lagi aku dah bela,,,, ermmm aku beli sendiri akuarium plastik tu,,, pastu beli batu, beli perhiasan... dan ikan guppy aku bela,,, perhhh lawa... masa nak beli ikan guppy serius lama,,,,haha ye lah,,, ikan guppy dah la banyak warna dan rupa,,, memang mata ni rambang,,,susah nak pilih,,,hehehe lagi satu sampai mencuri pinjam buku pasal ikan lama tak pulang kat perpustakaan sekolah rendah,,,hehe


Dulu aku selalu pergi rumah makcik aku yang membela ikan akuarium... sebenarnya aku tak berapa minat nak bela ikan tapi kat hati ni memang naluri suka kan haiwan,,, sampai satu hari, makcik aku tak larat nak bela ikan,,,hehe dia bela ikan emas macam-macam jenis.... dulu kalau pergi kedai ikan mesti ikut sebab suka tengok jenis-jenis ikan,,,hehe cuma taknak bela je la....
Disebabkan dia dah tawarkan akuarium serta kaki, aku pun merancang la nak bela ikan apa,,, dulu kecik lagi, duit takde,,, tu pun kena mintak izin dulu kat parents nak bela boleh tak...huhu so dapatlah jugak bela ikan emas berlainan jenis... pastu macam biasa la,, ikan emas ni survive dia kurang, cepat mati kalau tak jaga kualiti air... ermmm so terbiar lah akuarium tu bertahun lamanya,,,hehe


Pastu pergi rumah makcik kat Johor plak,,, selalu kena racun dengan ikan-ikan sungai... aku tak minat ikan sungai sebab dia tak nampak kesenian dengan mata kasar atau mata biasa...hahaha lama kelamaan baru lah aku perasan dan sedar akan kesenian dan kecantikan ikan-ikan sungai,,,hehehe lagi-lagi ikan lampam, kelah, jelawat, bawal sungai dan macam-macam lagi...huhu so aku pun tekad lah nak gunakan akuarium tu untuk tema yang baru iaitu ikan sungai....hehe ikan sungai lebih mahal dari ikan perhiasan,,,, mesti korang macam pelik kan,,, padahal ikan tak cantik pun,,,huhu takpe,,, dia ada nilai tersendiri,,,


Dalam masa yang sama, aku pun ada lah jugak bela ikan laga.... yup ikan laga aku dulu banyak,,, macam-macam warna... lepas tahu camne nak breeding kan mereka, aku pun cuba dan Alhamdulillah jadi... perhhh sangat teruja,,,hehehe dan ada lagi satu akuarium satu kaki,,, kecik je,, letak pasir, kayu dan pokok hidup,,, dan serius sangat lawa,,,hehe aku guna konsep air terjun,,, dan beruntunglah ikan laga duduk situ,,,hehe lawa  bila teringat...


Pastu umur aku pun semakin lama meningkat, dan macam-macam aku boleh fikir dah,,, boleh plak terjumpa kedai akuarium konsep banglo kat Batu Pahat... haha memang tak lah kan,,, masa pergi 1st time kedai tu,,, rasa macam tak terkata!!! Angan-angan aku boleh jadi realiti,,,haha semua spesis ikan ada, semua spesis pokok akuatik pun ada... semua citer memang adal lah semua,,,huhu dah beberapa kali pergi ke kedai tu, dapatlah aku pujuk bapak aku untuk beli akuarium untuk aku serta pokok akuatik,,,,huhu masa tu sangat lah excited kerana aku dah beli macam-macam spesis pokok,,,hehe rumput semua bagai,,,hehe dan inilah hasilnya....


Berpeluh jugak nak buat camni,,,, dan nak buat camni sangat leceh dan perlukan kesabaran,,,hehe ok camn gini... pokok akuatik memerlukan cahaya dan sumber karbon dioksida... sumber karbon dioksida dari ikan tak cukup ye so kita perlu beli alat yang menghasilkan karbon dioksida... lagi satu ikan pun tak boleh banyak-banyak sebab nanti air cepat kotor... najis dan makanan lebihan yang jatuh juga akan menyebabkan kewujudan bakteria...huhu so aku bela udang sikit untuk makan serpihan dan bersihkan celah-celah batu dan kayu tu,,,huhu udang ni pun salah satu hidupan akuatik perhiasan,,,,

Sekarang aku sedar aku rupanya boleh ekspesikan kesenian tahap rendah ni kat ikan-ikan,,,,hehe tak pe la bukan masa terdekat ni, mungkin nanti dah jadi suami orang baru aku mula balik,,,hehe ok jom tengok ikan-ikan yang aku pernah bela.... serius mengimbau kenangan :')

Errr lawa ikan ni,,, serius!!! cam ular campur ngan ikan Guppy sangat sesuai

Sekarang ikan ni banyak kacuk2,,,huhu senag citer panggil ikan ni 'ikan tikus'

Ikan ni kuat makan dan setiap kali makan perut dia kembung,,,hehe ikan ni suka terbalik camni,,,

Ikan Tikus albino ni pun best

Ikan tikus yang biasa

Huisshhh lawa ikan ni weyhhh tapi mahal

Aku suka ikan spesis barb,,, sebab bentuk badan dia cantik

Ikan Pedang ni memang stylo,,,huhu

Ikan Pedang tadi mengalami kacukan dengan ikan apa ntah jadi la ikan VeilTail ni,,,

Ikan ni aku suka sebab leper,,,,hehe

Ikan Angle juga senang nak breed tapi tak boleh campur dengan ikan lain

Aku suka ikan ni sebab dia hidup berkumpulan,,,,

Ikan ni pun leper,,,hehehe

huhu ikan ni pun lawa,,, mancing pun boleh dapat

Ikan Sumpit ni aku bela tak lama,,, sebab dia suka lompat,,, nak tangkap serangga punya pasal,,,,

Ikan Lampam ekor merah,,,, nilai tersendiri

Ikan Lumut yang boleh dikatakan mesti ada setiap akuarium,,,huhu

Ikan Lumut versi Pari,,, ermmm ikan ni kena jaga betul-betul,,,

Ikan ni lawa ada ekor hitam terlebih-lebih,,,hehe

Ikan ni pun ada kat sungai,,, boleh pancing,,,,hehe

Ikan tetra neon ni lawa bersinar,,, perhhh bercahaya dan ikan hitam tu

Ikan Sepat yang berwarna-warni

Udang Transparent,,,,, nampak uhh telur dia,,,


Ikan Jelawat boleh makan,,,hehe

OK,,, lepas ni akan buat artikel mengenai penjagaan haiwan akuatik plak,,, insyaAllah
;-)

19 comments:

a.r.e.p a.h.m.a.d said...

buat2...aku pun mcm nk bela plak...kihkhikhih.....
berangan sgtlah bnyk....ko pembakar semangat aku muezz....
:'D

muezz@blaz said...

hahaha ni semua sebab subjek Akuakultur punye pasal -.-'

Cik Ezza. said...

kalau bela udang tu tak kena makan ke?

muezz@blaz said...

tengok la bela ngan ikan ape... yg sesuai ikan kecik2 je... jnis tetra...

muezz@blaz said...

ce la try,,,, hehe nmpak lawa unik sikit lau ade udang ;-)

Cik Ezza. said...

means guppy bole la tu. kan? hehe. thnx anyway. :)

muezz@blaz said...

bole2 ;-)

Cik Ezza. said...

wokeh. thnx again. :)

Anonymous said...

Skang admin bela ikan ape?

muezz@blaz said...

ikan bese je.. ikan koi..

Anonymous said...

Salam dik..nak tya kedai ikan kat batu pahat tu ada lg ke skrg? bkn ape..dgr kata ada 1 kedai kat batu pahat yg jual pokok2 akuatik ni..klu masih ada boleh bg add kedai tu x..xpun nama kedai ke apa2 la ttang kedai tu..send kat email sy k...thanks...
angah_maxcom@yahoo.com.my

muezz@blaz said...

saya xsure sebenarnya kedai tu nama n alamat die ape... huhu tapi kedai die dekat ngan bustand batu pahat tu... dia masih ada lagi...

Syazwi Syazz said...

Bro nak tanya, ikan laga boleh hidup dengan ikan apa tanpa menggunakan oksigen?
Senaraikan please ^.^
*sekali dengan ikan makan kotoran tu boleh ke?

muezz@blaz said...

Syazwi, rasanya ikan yang tak perlu guna oksigen semua tak sesuai bersama dengan ikan laga. Ikan laga memang akan buli ikan lain. Ikan sepat mungkin boleh mencederakan ikan laga juga.

Ikan yang makan kotoran, ikan lumut tu boleh campur. Tapi rasanya tak sesuai sebab ikan tu membesar manakala ikan laga saiznya hanya sekecik itu sahaja.

Anonymous said...

Salam bang... kat ner dapat ikan sumpit tu

muezz@blaz said...

susah nak cari ikan ni... saya dapat kat pontian.. tu dulu sekarang dah takde

mohamad asyraff said...

dulu saya ada bela ikan lampam ekor merah,saya bela dalam 10 ekor.saya beli dalam harga 4.00 sekor,kalau nak datanglah slim river.kedai sebelah taska

syed iskandar said...

Tumpang tanya kalau bela ikan flowerhon perlu oksigen ker jlu tak aada tak pwr ker

muezz@blaz said...

Ikan flowerhorn perlukan oksigen untuk kesihatan yang optimum!