Monday, May 21, 2012

Jadi Fasilitator Untuk Darjah 6

بسم الله الرحمن الرحيم

Barisan Tenaga Fasilitator, Guru dan Pelajar Darjah 6
Klik gambar untuk lebih jelas

Alhamdulillah aku dapat merasa menjaga budak-budak sekolah darjah 6. Baru la aku tahu nak jadi cikgu sekolah rendah pun bukannya senang dan bukan mudah. Pada mulanya group Baksis 15 aku nak buat projek Mega bercirikan haiwan dan sukarelawan,,, nak pergi zoo negara tapi memandangkan dalam group tu hanya la aku yang tergila-gilakan haiwan ni,,,hahaha aku sorang je Fakulti Pertanian.... aku pilih group Baksis 15 sebab aku yakin mesti ada kelainannya....ececeh...haha faktor utama sebab taknak group dengan orang kenal lagi-lagi classmate, bukan berlagak tapi aku nak uji diri aku,,,ececehhhh hahaha hasil dia sangat memuaskan! Pertama aku dapat jadi low profile, kerja yang banyak tak diserahkan kepada aku, aku biasa-biasa je... kawan dengan semua orang pun biasa-biasa je... takde cakap belakang...hehehe

Di akhir perbincangan kami, kami ingin membuat program motivasi untuk
budak Darjah 6 SK Semenyih. Dan kami namakan program itu 'Breaking The Barrier' Banyak pengalaman yang aku dapat dalam program ni dan serius ianya sangat seronok! Aku tak pernah rasa seronok macam ni kalau buat program *mungkin sebab takde tekanan*.


Hari Sabtu 12 Mei jam 8.30pagi sampailah pelajar darjah 6 dari SK Semenyih dan Alhamdulillah tiada sebarang masalah transport. Aku selaku AJK Kerohanian takde banyak kerja so memang tak penat sangat lah. Pagi tu aku jadi photographer jap pastu kena baca doa dalam majlis pembukaan,,,, serius keNERVOUSan tak terkira, aku membaca doa macam tak cukup nafas...hahaha

Sebelum majlis bermula, kitaorang conduct budak-budak ni, bahagi kumpulan,,,,haha antara situasi yang kelakar bagi aku ;

Budak A : Alllaaaa tak suke la kumpulan hijau!
Fasi Teha : Nape tak suke hijau? Warna hijau lawa ape...

Budak A : Taknak,,, tak suke hijau!
Budak B : Weyhh hijau warna Nabi tau...

Fasi Teha & Fasi Muezz : Haaaahaaaa dengar tu, warna Nabi taw
Budak A : Abes tu apsal akak pakai baju warna merah plak???!
*Situasi di bangunan pentadbiran UPM dan budak ni la paling gangster dalam kelas ni =,='*

hahaha budak ni kecaluran sebenarnya,,, pastu dia berdegil nak tukar kumpulan, kitaorang pun abaikan,,,hahaha biar kan je... tengok, pastu kumpulan Hijau selalu menang,,, haha baru dia suka kumpulan Hijau setelah beberapa permainan berjaya dimenangi kumpulan Hijau.

Sesi Pendaftaran dan pembahagian kumpulan

Aku tak sabar nak sarapan sebenarnya,,,hahaha

Kumpulan Merah aku,,,,haha

Lokasi Pertama adalah Bilik Pentadbiran

Sedang breaking ice tatkala guru mereka di belakang memerhati

Cari kumpulan yang telah berpecah,,,,haha

Permainan yang agak sukar, melepaskan ikatan tangan yang berselirat

Kumpulan ni menang dulu walaupun dikatakan main tipu,,,,haha

Lepas sarapan, terus pergi ke Kompleks Akademik A ataupun Kompleks Mahasiswa senang citer... kat sini  kitaorang bagi ceramah tentang Kemahiran Insaniah. Di sini juga tempat kami semua tidur....hehe kat sini lah kitaorang sebagai Fasilitator kena menari sporting dengan budak-budak nih,,, dalam cerita apa ntah rancangan kanak-kanak kat TV tu,,, pastu chicken dance r...haha syok!!! kalau dengan budak classmate memang aku takkan buat ahh jawabnya,,,haha salah satu faktor gak,,,haha

Muka-muka budak yang tak sabar apa agenda yang akan kami buat,,,ececehhh hahaha

Main rebut-rebut kerusi

Yang dah tersingkir, tetap sokong team masing-masing supaya dapat menyumbang markah 

Main ambik getah guna straw,,, ini sangat seronok dan kelakar

Masa untuk menari,,,hehe

Tuuu diaaaaa

Fasi paling penat adalah mereka sebab mereka yang conduct aktiviti

Fasi pun menyibuk tolong buat baju guna surat khabar,,,kehkehkeh

Fitri ni mengingatkan aku semasa darjah 6. Saiz badan dan tinggi sama macam aku dan dia lah budak paling tinggi dalam kelas, dah macam budak tingkatan dah

Ikmal yang paling otai

Buat aktiviti kat luar jap selepas asar

Sesi Fashion Show

Budak Adam ni lah paling comel dan cissss!!! dia dapat mengalahkan kumpulan fesyen merah aku

Manis je budak ni,,, budak perempuan kebanyakkan dah matang,,,hahaha

Ni overall semua,,, kumpulan aku kanan... laki dan perempuan kalah =.='

Lakonan yang diberi idea oleh aku,,,hehehe

Tahan senyum walaupun kena marah dengan cikgu disiplin,,,haha

Even sketsa ni tak berapa nak bagi pengajaran tapi mereka menang sebab ramai terhibur -.-'

Malam tu, lepas Isyak... mereka dikehendaki show off baju yang dibuat tadi.... lepastu ada sesi lakonan ataupun sketsa... Malam tu serius tak terkawal kerana suasana bising yang amat... lokasi di Dewan Serbaguna KAA... so aku selaku Fasi Kumpulan Merah kena tolonglah bagi idea camne nak berlakon bertemakan BULI. aku bagi idea terus terima,,,,haha tapi yang masalahnya semua taknak jadi budak baik,,,,hahaha pelik aku... semua berebut nak jadi watak si pembuli,,,,haissshhh merah, merah... dan tatkala masa habis, dah tak sempat nak practise, aku just briefing jalan cerita dan merek pandai-pandai spontan,,,,huhu alhamdlillah semua dengar kata.... nasib baik berkualiti lakonan korang,,,

Okeyh malam ni ada gak budak touching ngan aku,,,haha aku pun ada tolong gak kumpulan Hijau sikit, aku duduk sebelah kumpulan Hijau,,,haha pastu time Fashion Show nak pilih sape pemenangnya kena dengar bunyi tepukan paling meriah,,,,hahaha time kumpulan Hijau aku tepuk tangan ala-ala je dan bila time Kumpulan Merah aku tepuk tangan sekuat tidak,,,haha

Budak A : Abang sokong la jugak kumpulan kitaorang...
Fasi Muezz : Yelah,, abang sokong jugak lah...
Budak A : Abang tak tepuk pun tadi 

Fasi Muezz : hahaha abang sokong semua kumpulan gak lah,,, eh tadi tepuk la,,, tapi tak kuat,,, abang kan kumpulan Merah,,, nak kasi Merah menang,,,hehe
*huhu harap dia tak sentap,,,,haha *

Nak cerita pasal kerja yang aku buat... tugas aku hanya bawak dan bimbing budak-budak ni pergi masjid, kena jalan kaki sikit la.... macam biasa lah, suruh budak beratur dan kira semua cukup ke tak, pastu jalan sama-sama.... dalam perjalanan, macam-macam lah berlaku... yang aku nak kongsi sikit ni ;

Budak A : Bang, nak tanya sikit boleh tak?
Fasi Muezz : Nak tanya apa,? tanya je la
Budak A : Macamne ek orang blaja kat sini tak kerja tapi ada duit nak makan?
Fasi Muezz : Owh, cam gini.... kitaorang kat sini ada yang buat pinjaman dari kerajaan, ada yang dapat biasiswa, ada yang makbapak bagi....
Budak A : Owh,,, tak habis ek?
Fasi Muezz : Haaaa sebab tu kena pandai berjimat-cermat nak guna duit

*Serius pemikiran budak ni sangat jauh, soalan dia bukan calang-calang, dah fikir pasal duit untuk belajar nanti, salah satu contoh anak yang baik fikir masalah kewangan untuk belajar*

Sampai je kat masjid, semua terpegun melihat suasana dan keadaan masjid UPM,,,haha "Wah besarnya masjid ni!" salah satu mereka terpegun. Kat situ ada water cooler, sungguh terpesona dan mereka anggap benda tu hanya boleh digunakan oleh orang-orang masjid je,,, aku cakap minum je la,,,, untuk semua orang awam nak minum, boleh... dan setiap kali pergi ke masjid, 5 kali pergi... setiap tu mesti akan pergi ke water cooler berebut nak minum,,,,hehe
Antara soalan yang sangat bagus pada aku ;

Budak A : Abang, nape tak sembahyang jemaah kat depan tu je?
Fasi Muezz : Owh tu sebab nak jimat bil elektrik...
Budak A : Eh ade plak camtu,,,

*sebenarnya jawapan paling tepat yang aku nak jawab adalah sebab membazir je buat depan-depan tu sebab bukan ramai je, satu dua saf je,,, buat belakang, senang orang sekejap je da sampai kat saf dan boleh terus sembahnyang,,,,huhu tapi tu la,,, aku tak disediakan satu slot untuk tazkirah,,,masa tak mengizinkan...huhu kekadang tarik nafas lega gak,,,,hahaha sebab rasa cam tak layak plak nak bagi tazkirah kat mereka*

Lepas Solat Zuhor

Water Cooler sentiasa berkhidmat untuk orang Muslim

Ni jelah tempat yang dapat pihak kami sediakan,,hehe anyway macam hotel 5 bintang kowt,,, ^^

Selain itu, tugas aku adalah untuk mengejutkan mereka untuk sembahyang Subuh....hehe ni peristiwa yang agak kelakar gak la,,,,huhu mereka bangun lagi awal dari aku dan fasi-fasi yang lain,,,hahaha bagus la ye adik-adik ni tak payah disuruh,,,huhu dan kerja yang lain kena teman adik-adik ni pergi mandi ke masjid,,, yang demand nak selesa sikit nak mandi shower....hahaha
Masa main game, aku cakap kat sorang budak ni ;

Fasi Muezz : Ehh, korang buat betul taw, abang sokong kumpulan Merah
Budak A : Betul ke bang?
Fasi Muezz : Betul (sambil senyum)
Budak A : Weyhh,,,weyhhh abang ni sokong kumpulan kita (sambil muka bangga panggil team dia)

*Saja bagi semangat,,,hehe lagipun aku memang jaga Kumpulan Merah*



Masa explorace, semua kumpulan Merah, Hijau, Kuning dan Biru dibahagi dua... so kalau Merah, ada Merah 1 dan Merah 2. Setiap kumpulan dikehendaki memilih dua orang Fasi untuk follow sama... So, aku dan Hajar kena guide dan tolong sikit-sikit lah kumpulan  Merah 1 ^^
Dapat task pertama je dah tak tahu,,,,hahaha bayangkan kertas tu tulis 'ZYZMT XLNVO' ce teka ape tu? hahha aku pun tak dapat nak tolong, so aku cakap pergi lah tanya Fasi yang jaga checkpoint permulaan ni,,,hehehe macam biasa la, kena denda kan,,haha checkpoint pertama paling seksa...haha sebab denda dia sangat la seronok!!! haha permainan dia adalah 'Hangman' , teka huruf untuk selesaikan satu perkataan yang diberi dan kalau salah, inilah jadinya untuk satu huruf yang salah,,,hehehe

Abang Perancis suka siram budak-budak ni

Pastu aku kesian, adoiii dah basah kuyup, aku pun tengok curi jawapan,,,haha pastu kat belakang bisik bagitau ape jawapannya,,,kahkahkah kesian weyhhh pastu selesai pergi ke checkpoint seterusnya.... bila dah nak tamat, aku rasa dah penat!!! Bayangkan la Bukit Ekspo tu besar camne weyh!!! haha secara tak langsung aku berexercise gak,,,hehehe sampai sorang dak ni cakap camni ;

Budak A : Abang, jom lah ikut sama...
Fasi Muezz : Malas lah, korang pergi dulu...
Budak A : Alaaa... abang cepat lahh,,, abang kena tolong kitaorang nih,,,
Fasi Muezz : Jap la,, penat dah ni...
Budak A : Jom la abang,,, jangan malas,,,, dah nak habis ni
Fasi Muezz : Amboiii~ ye la,,, nak pergi la nihh

*Haha budak ni semangat nak sampai ke destinasi terakhir tapi aku dah kehabisan stamina,,,,haha*

Buat bulatan untuk warm up

Lepas warm up, main game jap,,,hehe cowboy

Mengharapkan Adam dari wakil Hijau untuk menang game cowboy ni,,,hahaha

Menunjukkan ketidakpuasan hati sebab terkeluar,,,haha

Lepas tu, bawa jalan-jalan keliling bukit ekspo untuk tunjuk jalan yang bakal dilalui oleh Explorace

Tibalah untuk pecahkan setiap kumpulan berwarna menjadi dua

Cuak weyhh game ni,,,haha baling belon masuk dalam baldi guna plastik ni,,,haha

Mereka ni dah sesat agaknya berada kat tengah-tengah rumput ni

Kena masukkan kaki kedalam Ais Batu untuk ambik barang,,,hehe

haha tengok la aku ketinggalan kat belakang tu,,,huhu baju merah tu,,, tak larat

Sesi soal menyoal dan bertanya serta komen terhadap komitmen mereka terhadap explorace tadi,,,

Fasilitator Perempuan

Sebelum balik, kami solat Zuhur berjemaah kat surau je kali ni sebab masa tak mengizinkan kerana bas lagi 20minit akan sampai, nasib baik surau kat KAA tu muat untuk budak lelaki 18orang dan Fasi 2 orang,,, lepas solat, pakai kasut dan Azwar cakap ;

Budak A : Alaaaa esok dah sekolah,,, dah takde aktiviti yang macamni,,,
Fasi Muezz : Eh ye je ko ni,,, bukan selalu program camni korang nak cepat balik ke?
Budak A : Takde la (sambil tersengih)
Fasi Muezz : Owhh aku tahu,,, memang lahh,,, korang dapat program ni Fasi tak garang, takde ragging... have fun je kan,..
Budak A : Aah kan,,, tahu takpe (sambil senyum)

*Budak ni memang suka senyum dan aku rasa macam happy giler sebab dia nak lagi teruskan program ni,,, dia sedih nak tinggalkan program ni,,,huhu*

Sebelum Zuhor tadi, ada majlis penutup.... Guru Besar sekolah mereka sangat best dan sporting serta berilmiah,,, dia beri ucapan, tak lupa gak menasihat kami para Fasilitator dan mengharapkan program ini terus berjalan dan memanggil sekolah mereka lagi disebabkan dapat respon yang baik dari para guru pembimbing dan adik-adik darjah 6 tu,,,, bila tanya ada sape taknak balik.... ramai taknak balik tu,,,, perhhh aku rasa macam WOWW hahaha tak sangka... Alhamdulillah berjaya program kali ni,,, bermakna budak tu enjoy, seronok disamping mendapat pelajaran ilmu...

Apa yang ilmiah sangat dan motivasi tentang program 'Breaking The Barrier' ni? Yup, kami setiap aktiviti mesti menyelitkan apa objektifnya kepada meraka ni,,, dan lepas bermain kitaorang akan bertanya apa yang mereka dapat.... kata guru-guru mereka, kat sekolah pendiam, dengan kitaorang sporting habis,,,,huhu

Air yang comel untuk kami semua

Tempat makan kitaorang,,, best sebab makan dengan budak-budak, makan dengan fasi yang lain dan  fasi kitaorang sendiri,,,,hehe macam-macam boleh berbual,,,

Lepas explorace, kami bertanya apa yang mereka dapat input dari aktiviti explorace ni,,,

Muka tensyen kowt sebab biru kalah? hahaha

Ni memang sesuai jadi cikgu,,,

Perangai dia sama macam adik aku yang lelaki masa kecik

Kecik tonet ni ade ke patut pergi mengorbankan air minum dan mandi...haha 

Ni pemalu sikit...

Azwar(atlit sukan) dan Zammir(anak ustazah)... dari kumpulan Merah,, yeahhh!!!!

Haziq dan Fakhrul juga dari kumpulan Merah!!!! yeahhh

Terima kasih pada pihak SK Semenyih kerana bagi hadiah ni,,,hehe thanks ^^ walaupun pinky tapi aku guna kat rumah je la untuk kenangan,,,,hehe

Dan ini adalah pengarah program kami 'Breaking The Barrier'

Dan ini adalah kumpulan Merah yang aku sayang,,,,hahaha


2 comments:

a.r.e.p a.h.m.a.d said...

gilerrr ah....
bagus2...new experiences...

watermark xtahan tu.....
:'D

muezz@blaz said...

watermark baru,,,,hehehe