Thursday, March 1, 2012

Mengapa? Kenapa?

بسم الله الرحمن الرحيم

Sementara takde assignment minggu ni, aku update blog jap,,,hehe ramai orang tertanya-tanya aku ni banyak je nak bela haiwan itu ini tapi tak bela-bela gak kan... pastu sibuk citer benda yang sama,,,, hahaha ok la,,, gini sebenarnya,,, kalau nak diikutkan, boleh je aku nak bela Ferret, Sugar Glider, Bearded Dragon dan haiwan lain... hehe tapi as a human, u must think masak-masak... hobi ni bukan
senang dan bukan mudah serta murah!!!! Once korang dah beli, banyak tanggungjawab menunggu,,, kalau terabai, tertulis lah satu dosa.. haaaaa jangan anggap benda-benda ni mudah....

  1. Perbelanjaan : Sebelum beli, kena fikir dulu bajet hidup korang sebulan camne, selama ni cukup-cukup makan atau ada baki lebih. Kalau lulus, fikir plak nanti dah ada pets kena beli makanan diaorang tiap bulan, minggu atau sehari. Pastu makanan tambahan seperti vitamin, vaksin dan sebagainya. Kos permulaan biasanya akan tinggi sebab nak beli sangkar dan barang-barang keperluan lain. Makin mahal pets yang korang bela, makin mahal la perbelanjaan tiap bulan so fikir betul-betul adakah anda mampu
  2. Penjagaan : Dulu, kemudahan internet tak meluas sebab tak ramai ada kemudahan kat tiap rumah. Aku terfikir orang dulu-dulu bela haiwan kebanyakkan tak tahu sebenarnya cara penjagaan tiap haiwan, yang tahu hanya bagi makan, bersihkan sangkar, main-main. Tu je kowt...huhu betul tak? Sebab aku pun pernah berada di situasi tu,,,hehe tapi sekarang sebelum ambil keputusan nak beli sesuatu haiwan tu, tolonglah kaji dulu kat internet... Sekarang berlambak pasal tips penjagaan haiwan, kalau nak tanya orang yang berpengalaman pun ramai, sekarang ramai ada blog, group kat Facebook. Boleh tanya.... 
  3. Sensitiviti : Nak bela haiwan pun jangan fikir diri sendiri je, selfish tak fikir orang sekeliling kita. Sebagai contoh, burung spesis Parrot. Burung ni jenis bising, kalau duk rumah berjiran dinasihatkan tanya dulu jiran ke atau bela haiwan lain. Begitu juga anjing, sekarang ramai pemilik anjing sedar akan sensitiviti ni. Pernah berlaku kat aku, jiran sebelah bela anjing sekejap je sebab anjing dia asyik bising je, dan menghormati family aku,,,,huhu
  4. Masa : Setiap haiwan keperluan masa yang perlu diluangkan berbeza. Ferret hanya dua jam sehari untuk bermain, Iguana kena selalu dipegang, Bearded Dragon fleksible, Sugar Glider luangkan masa bermain pada waktu malam... Tapi paling senang kucing la kan,,,hahaha kalau masa dari pagi sampai malam kerja, pastu penat balik terus tidur... hmmm takyah bela apa-apa haiwan la senang citer.... Bila dah bela, kita kena anggap dia cam anak kita sendiri, tu cara nak wujudkan bond antara haiwan, baru lah jinak!!! hehehe
  5. Ruang : Ni selalu berlaku pada pelajar yang masih belajar la,,,hehehe kena fikir kalau nak bela haiwan tu ada ke ruang atau tempat yang sesuai nak letak dalam bilik tu,,, lagi-lagi kalau ada roomate... kat rumah pula, camne? Jangan sampai ruang tempat pets kita tu mencemari permandangan rumah *sangkar kotor* ataupun letak kat dapur, bila nak makan tak tahan bau haiwan ke..... haaaaaa
  6. Pasangan : OK ni mungkin ni susah sikit untuk orang bersetuju dengan aku. Kalau boleh seelok-eloknya beli lah sepasang ye... Kalau aku bela haiwan, mesti bela sepasang! Walaupun dia dah mandul... Jangan pernah beli seekor sebab haiwan ni dijadikan Allah s.w.t. sebab nafsu semata-mata iaitu mencari makanan, mencari pasangan, mencari tempat tinggal. Kesian owhh kalau single memanjang, melalui pengalaman aku, si Jantan ni kalau lama membujang dia akan puaskan diri dia,,,, ermmmm serius tak tipu tapi ada cara dia sendiri la... huhu dan melalui pembacaan di internet boleh dapat penyakit if mating process not occur.... jangan halang fitrah haiwan ye.... ;-)
  7. Komitmen : Tolong jadi manusia yang berkomitmen. Jangan hangat-hangat tahi ayam. Komitmen ni bermaksud korang sanggup la korban kan masa, tenaga, wang untuk pets tu....

Tujuh perkara tu cukup berat nak kasi lulus bagi pelajar macam aku,,,hehehe setakat ni Perbelanjaan, aku masih mengira-ngira supaya aku nanti takde la sengkek sangat... markah Perbelanjaan aku dah 80% lulus lagi 20% tu insyaAllah sem depan,,,hehehehe

Tentang Penjagaan tu plak insyaAllah aku dah bersedia 100% sebab banyak dan lama dah aku mengkaji kat internet, tanya orang bagai,,,, fuhhhhh rasa puas hati bila apa yang diberitahu tu sama macam yang aku baca.... 

Sensitiviti ni masih dalam permohonan,,, hahaha mak aku tak kasi bela haiwan-haiwan ni,,, aku jenis ikut cakap mak... *hahaha ye ke?* dan berkenaan dengan jiran memang takde menggangu langsung dan markah Sensitiviti ni akan bertambah apabila aku tukar bilik single sem depan nanti sebab tak perlu nak jaga sensitiviti roomate nanti dah,,,hehehe

Berkenaan Masa ni insyaAllah juga sebab even kita perlu anggap pets cam anak kita tapi cara luangkan masa tu berbeza... kita just perlu bersama dengan pets time bermain ataupun bawak je kemana kita pergi seperti Sugar Glider... berbeza dengan anak manusia, kita kena luangkan masa mengajar mereka, pergi makan angin dan lain-lain lagi,,,hahahaha so nanti kalau aku dah ada Ferret, takkan takde masa langsung kowt nak balik bilik? Nampak beno tipunye....hahaha

Ruang ni aku ambik kira juga sebab bilik aku yang sekarang tak sesuai untuk Ferret, sebab tu tunggu dapat pindah bilik single,,,haha tapi kena tambah RM200 duit yuran....fuhhhh

Pasal Pasangan plak aku insyaAllah memang nak beli sepasang....hehehe tapi sangat sedih mana-mana aku cari Ferret kebanyakkan Ferret akan dimandulkan sebelum dijual,,,hmmm tapi sebab dia boleh diterima sebab Ferret akan dapat penyakit.... tapi tengok lah nanti kalau aku dapat slow talk penjual tu,,,huhu lagipun ramai otai cakap newbie cam aku ni kena mandulkan kan sebab kena ada pengalaman dulu baru boleh breed Ferret... ianya tak semudah yang anda sangka... banyak konflik kesihatan... Pemandulan ni sesetengah diharuskan pada sesuatu haiwan.... tengok maslahah dia camne la... rujuk pada yang alim...

Haaaa Komitmen ni penting sangat..... aku taknak lah hangat-hangat tahi ayam....hehehe so aku uji diri aku dengan bersabar berkurun lamanya tapi tetap terbayang-bayang Ferret je,,, kalau pets lain ikut musim.... maknanya komitmen aku dah capai tahap klimaks 100% huhuhu



5 comments:

Noor Amirah Mohd Nor said...

aku pun bosan gak duk single ni.. ahaha

tp mmg btul apa yg ko ckp.. 7 aspek ni penting klau nak bela haiwan.. terutama sekali komitmen. sebab klau xde komitmen, nnti smua bnda wat serat jln.. last2 haiwan tu buang je

muezz@blaz said...

haha ko tu manusia,,, boleh fikir pasal jodoh ni,,,,haaaaa

tq krana memahami aku,,,tehheee

a.r.e.p a.h.m.a.d said...

muezz......
:'(

muezz@blaz said...

;-)

Anonymous said...

arwah kucing2 sy dulu jantan betina sy biarkan dia duduk outdoor sb mudah cari pasangan masning2,hi3