Thursday, February 9, 2012

Skunk Mula Menapak

بسم الله الرحمن الرحيم

Mesti korang tahu kan Skunk tu binatang apa? hehe kali nak citer sikit tentang  Skunk. Sebenarnya Skunk  ni sangat rare atau jarang kat Malaysia,,,, susah nak cari kat kedai dan kalau jumpa pun harga sangat mahal!!! Sebelum ni, aku pernah usha Youtube pasal Skunk ni... perghhhh sangat adorable... berbekalkan badan yang gemuk, bulu yang lembut... perhhhhhh mantap beb buat peluk!!! hahaha serius masa tu aku naik gila dah tengok video tu,,, hahaha


Skunk ni sensitif, pintar. Skunk  cenderung untuk menjadi sangat
ingin tahu (curious). Skunk  akan membuka almari yang dibiarkan tidak berkunci. Skunk  juga cenderung untuk menjadi sangat ramah, penyayang, menghiburkan dan suka bermain. Walau bagaimanapun, mereka juga boleh menjadi degil dan keras kepala. Beberapa pemilik Skunk  perasan bahawa Skunk  ni boleh berbau sesuatu yang tumpah di atas permaidani walaupun dah lama, dan cuba untuk menggali untuk mencari apa yang dimakamkan disitu. Seperti Ferret, rasa ingin tahu mereka boleh membawa mereka ke dalam bahaya, terutamanya jika mereka merangkak di dalam kerusi berbaring atau mesin lain.


Semakin kerap kita bersama dengan Skunk , semakin jinak dia dengan kita. Selalu lah ajak Skunk  anda untuk bersama-sama menonton televisyen, buat kerja rumah dan kerja-kerja lain kerana ia menambahkan perhubungan Skunk  dengan pemiliknya. Nak ajak bermain pun tak boleh kasar seperti FerretSkunk  jenis lembut kalau diajak bermain kerana ia mempengaruhi otak apabila dewasa nanti... Tidak sesuai diajak bermain bersama Ferret dan KucingSkunk  juga boleh diajar untuk membuang najis di tempat yang disediakan tapi dia lebih prefer corner dinding.... so pandai-pandai lah korang buat tempat pembuangan najis. Kalau tetiba tengok dia dah membuang tanpa disedari, nak bersihkan taik tu dengan letakkan cuka putih tepu untuk menghilangkan bau.... Dan Skunk  juga tak suka bilik air dia kotor....hehe


Skunk juga kurang sesuai jadikan pet outdoor kalau korang dah buang kelenjar busuk dia tu... dia akan jadi lemah dan mudah ditangkap oleh pemangsa... lagi satu dia ni pun macam Ferret sebab naluri untuk balik rumah sikit sangat....hahaha payah ni,, jangan biar terlepas, merana la korang~ hoho Selain tu, Skunk  ni Omnivor. Diet dia ni sangat kontroversi dalam kalangan Veterinar...huhu tapi kita ikut majoriti la... Kebanyakkan Veterinar syorkan bagi makan Kibble Ferret Berkualiti Tinggi pastu bagi sayur tiap hari, dengan susu, kacang, telur dan makanan yang berkalori tinggi... Banyak percanggahan pendapat tentang diet   Skunk ni sebab kena pastikan nutrient yang tepat untuk Skunk sebab kalau terlebih atau terkurang mudah dapat penyakit.


Bab bau ni kalau nak dibandingkan dengan Ferret, lagi busuk si Skunk ni tapi Skunk akan kentut kalau terasa terancam atau cedera... tapi boleh buang kelenjar tu dan tak bau lagi. Berbeza dengan Ferret kalau dah buang pun still ada lagi bau, cuma bau berkurang je lah...

So camne? Korang nak bela Skunk tak? hehe tapi diingatkan siapa yang dah simpan impian tu, kena ada pengalaman bela haiwan yang eksotik seperti Ferret, Musang, Racoon.... untuk amatur bimbang akan mati cepat...hehehe fikir-fikirkan.... lagipun punya la susah aku cari info pasal Skunk ni kat internet,,,perhhh

4 comments:

Noor Amirah Mohd Nor said...

comel.. tp ak nak rimau jugak.. haha

muezz@blaz said...

alamatnya keje kat zoo la mira...hahaha

a.r.e.p a.h.m.a.d said...

macam best.....
tapiii....

ferret dululah....
ngeeeee~~~~~
:'D

*angan2 mesti ade...

muezz@blaz said...

hehe ofkos la... jap agi nk citer pasal ferret lg,,,hoho