Sunday, February 26, 2012

Cerita Sahabat Untuk Dikongsi

بسم الله الرحمن الرحيم

Kali ni nak citer sikit cerita yang agak membuat kita rasa bersyukur kerana apa yang kita nikmati ni tak semua orang lain dapat.... 


Nama sahabat aku A. Aku dan dia selalu bersama kemana-mana. Kali pertama
kenal dia pun mudah ngam dan sekepala... mungkin sebab dia aliran Hayat kowt... tapi bukan tu yang aku nak citer,,,hehe waktu balik dari merantau dengan si A dalam kereta, dia pun cerita kisah hidup dia sewaktu dulu-dulu... Sebelum ni aku nak tahu gak ayah dia meninggal kerana apa... tetiba dia pun cerita... mungkin sebab dia percaya kat aku kowt,,,, hahaha nonsense.. ok ayah dia meninggal disebabkan adanya perasaan hasad dengki oleh orang lain... dulu mereka hidup susah, tapi ayah dia sangat bekerja keras membuka warung demi mencari pendapatan untuk si isteri dan anak-anak... melihatkan zaman semakin lama semakin canggih, ayahnya gigih lagi untuk bekerja lebih sikit untuk dapat extra pendapatan. Alhamdulillah, warung ayah dia la yang paling ramai pelanggan.... tapi satu hari, ayah nya ditimpa penyakit dan sudah pergi ke mana-mana hospital dan doktor cakap takde sakit apa-apapun... agak lama ayahnya merana sehingga badannya susut, akhirnya diizinkan Allah pergi ke Hospital kat KL untuk terapi kerana ada kanser.... hmmm hampir dua tahun ayahnya di hospital dan akhirnya menghembuskan nafasnya di hospital itu juga.... Si A cakap dia bersyukur kerana dapat juga rasa kasih sayang seorang bapa, cuma kesian kat adik dia yang waktu itu belum berumur setahun pun,,,, hmmm tersentuh aku dengar cerita dia,,, perhhhh 

Pengajaran : Hargailah ibubapa anda selagi mereka ada... dia tak dapat mengadu pada bapanya waktu sekarang, banyak sangat yang dia nak cerita kat ayah dia... *Si A ni selalu dapat result tinggi
Orang Melayu ni memang suka camni, aku pun heran dengan bangsa sendiri,,, haihhhh kenapa nak ada dengki kat kaum sendiri, nape la tak boleh nak tengok orang berjaya.... dia berjaya sebab izin Allah, sebab dia buat benda baik....hmmmm aku cakap ni pun bukan sebarangan sebab pernah berlaku juga atas dasar keluarga-keluargaku sendiri.... Melayu oh melayu,,,, -.-'

----------------------------------------


Yang ni plak aku tak bape nak kenal tapi cukup buat aku rasa bersyukur dan tersentuh dengan penceritaan dia,,,, dia masuk matrikulasi dua tahun (PDT) dan pabila dapat result ok dan UPU yang ok, tup tap mak tak kasi pergi sebab jauh sangat, akak plak taknak backup walhal si akak tu patutnya tahu, dua tahun di matrikulasi selama ni buang masa je la kalau tak ambik peluang seterusnya,,, last2 dia kena pergi Politeknik,,, diploma plak tu... hmmm tak pe la,,, Allah dah tetapkan jalan dia camtu.... insyaAllah... besar hikmahnya tu... ;-)

Pengajaran : Tengok tu, tak semua orang dapat masuk Universiti atas sebab-sebab tertentu.... kita ni bila dah masuk Universiti, ponteng je keje nya, pastu buat hal kat kolej,,, hmmm dan lagi satu tak semestinya universiti itu penentu kejayaan kita.... rezeki Allah di mana-mana... cerita diatas hanya untuk pengajaran bagi orang yang tak bersyukur,,,, ;-)

-------------------------------------


Kisah si C ni plak pasal kelebihan... Si C ni juga adalah kawan yang paling banyak kongsi masalah selepas si A... Si C ni kelebihan dia adalah mempunyai rupa yang boleh dikatakan ramai perempuan terpikat ditambah lagi dengan perangai dia yang suka buat orang ketawa.... camne la perempuan tak happy kan lau bersama lelaki camni... disebabkan kelebihan itu, ramai perempuan bagi dia hadiah, kalau pergi rawatan gigi, nurse siap minta no. telefon lagi.... errrr tapi disebalik muka dia tu, merana sebenarnya sebab tak bebas dan penat nak layan semua perempuan,,,, tak pasal-pasal perempuan sana sini jeles padahal tak declare apa-apapun,,,, haihhh kalau tak jaga hati susah la nak bekerjasama dalam group or kelas... baru-baru ni aku rasa takut sangat dengan dia sebab dia naik rimas dan benci ngan perempuan,,, adoiii parahhhh sampai mencarut.... jarang dia mencarut.....hmmmmm bahaya kalau lama-lama benci.... korang tahu-tahu je la kan,,,,

Pengajaran : Tengok tu orang hensem pun tak tenang,,, tak perlu bangga dengan kelebihan rupa... susah-susah kalau asyik kena tackle dengan perempuan kan,,,,ahahahaha rasa macam tak tenang.... betul tak? hehehe so bersyukur la dengan rupa yang Allah bagi.... muka kita ni just untuk suami/isteri je,,,,hehe

No comments: