Friday, January 6, 2012

Why Girls?

بسم الله الرحمن الرحيم

Hehehe tajuk english tapi isi bahasa Melayu eh,,, dah lama aku nak citer pasal ni...actually dah lama dah aku perhati selama aku hidup di alam student life dari sekolah menengah sampailah ke universiti ni... satu hal yang aku rasa tak puas hati la dengan perempuan ney,,, serius weyh,,, perempuan suka hidup berpuak-puak! Am I right? hehehe

Berpuak dan geng adalah berbeza... Geng tak salah, tapi berpuak adalah satu kesalahan sosial. Geng adalah boleh dikatakan kawan rapat,sekepala dalam kuantiti ramai, maksudnya kira kawan rapat jugak la tuu... manakala berpuak ni, dalam sesuatu keadaan, mereka berkumpul secara puak, sini puak lain, sana puak lain, dan bila ada sesuatu hal, yang lain kurang mengetahui...huhu 

Mengikut apa yang aku diberitahu oleh perempuan-perempuan sekalian,,, perempuan ni memang ada
dua personaliti, takpun berbagai-bagai personaliti dengan perempuan lain, dengan lelaki lain... yup, mereka juga suka cakap belakang-belakang

Hmmm apa kata anda wahai perempuan yang baca entry kali ini,,? hehehe

Katanya lagi, perempuan kalau dengan lelaki baik, tapi bila dengan kawan perempuan sendiri,,, macam *&!@^&))=_+&(& hahaha entahla,,,

Pertama-pertama aku nak cakap, susah sebenarnya bila sekelas kita macam tu, berpuak-puak... yang majoriti terus berkuasa dan yang minoriti terus menunduk diri dan mengata belakang, dan yang dipulau, terus dibiarkan... cuba tengok dak lelaki macamne cara mereka bergaul? even tak rapat pun takde lah sampai berpuak-puak ataupun mengata belakang,,,hmmm dan Alhamdulillah aku dari dulu still fleksible boleh berkawan dengan puak-puak perempuan yang berbeza, dengan group ni aku boleh masuk, dengan group ni aku boleh ajak pergi jenjalan...

See, aku tengok kehidupan perempuan ni sesaje buat rumit padahal boleh je nak jadi simple... beruntunglah aku jadi lelaki sebab takde masalah camni,,, kalau difikirkan, perhhh aku memang tak boleh nak masuk la lau camni,,,hehehe 

Kepada perempuan, kenapa nak bermasam muka dalam hati sesama jantina anda? Perempuan sepatutnya faham antara satu sama lain, bila korang bersama-sama takde maknanya kena buli dan kutuk dengan lelaki,,,hahaha ada backup gak kan...

Golongan majoriti atau berkuasa, teruskan pergi bercampur atau masuk ngan golongan yang menunduk diri, dan golongan yang dipulaukan tu bantulah dia agar betulkan kesalahan dia atau ubah menjadi lebih baik, dan korang kaum wanita akan timbul kekuatan di situ... sama-samalah bekerjasama sebab kita semua satu kelas, takde istilah ni budak baik, tu budak jahat...

Kalau rasa tak sekepala, masalahnya dah cuba ke masuk? Setakat gitu-gitu memang tak jadi la... melainkan memang taknak cuba dan taknak terus...hehe so semua yang puak-puak tu kena masuk antara puak lain supaya takde salah faham dan mengata dari belakang... once korang dah ok, nak geng ngan sekepala takde masalah... yang penting, takde kutuk belakang ye....hehehe
Tapi kalau puak lain yang taknak terima, ok let it be~ yang penting kita nak perbetulkan apa yang tak betul, nak buat baik.... usaha dah ada, its ok... Allah yang menentukan segalanya~

Macamna aku tahu cerita wanita-wanita ni? hehehe yup sebab aku kan fleksible boleh masuk semua group, if aku nak berbual dengan group ni hari ni, esok nak bergurau plak dengan group lain,,,hahaha so dari pemerhatian dan pertanyaan aku tu aku simpulkan jadi satu konklusi,,,hehehe

Ingat, Islam tak mengajar cara hidup sebegini... perlu berkasih-sayang antara satu sama lain terutama sama jantina. Jangan fikir jauh-jauh secara merepek sudah... ;-p
Dan ingatlah setiap manusia takde yang sempurna, so walaupun dia buruk atau lemah atau walau apa sekalipun, terima je la~ nak geng boleh tapi taknak berpuak-puak...

Dan Alhamdulillah kehidupan waktu matriks aku, praktikum aku sangat fleksible dan takde berpuak-puak ni,,,hehehe senang aku nak bagitau sesuatu info atau menyakat....hahaha

Perempuan suka hidup berpuak-puak... tu konklusi dari saya... mungkin lelaki ada tapi sangat jarang kowt
Assalamualaikum ^^

Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal. surah al-hujurat;13

walauapapun korang-korang yang baca entry ni jangan la sentap ok,,,haha aku tak menuding jari, ini adalah untuk kita semua, amar makruf nahi mungkar... sama-sama berubah kearah kebaikan... dan jika aku salah, tegurlah aku dengan berhikmah,,,,hehe

P/s: kalau ada cerita pasal kehidupan lelaki plak, mai kongsi naaa,,, aku nak perhati untuk kaum lelaki tak reti sebab entah-entah aku tergolong antara dalam topik yang nak disampaikan ke,,,haha so biar cerita lelaki, perempuan yang sampaikan,,,hehehe


3 comments:

Ana Farha said...

lame aku x komen2 kat blog ni.
aku tak nafikan. macham normal jumpe puak di kalangan dak pmpn.even aku cube elakkan tapi kadang2 mmg manusia tuh yg nak macham tuhh.. kat matrik x sgt. kat u laaagi banyak. puak yg dominan adalah puak 'bajet hot'. aku lalu kat sbelah pon jeling macham hape je tau x? lol. :P

muezz@blaz said...

hehe tu la fana...
ape2 pun ko da cbe nk elakkan its okay...
sbb susah bg pihak lelaki sbnarnya sbb nk wat kputusan, puak sne xstuju, sini stuju,, pastu nnt kate belakang... mmg aku xbole blah r...huhu

eazy_fizz said...

nice observation and sharing bro...santai n relax entry

nk share kt fb ley? saje nk share ngn org laen plak