Thursday, January 19, 2012

Kenapa dengan Kamen Rider?

بسم الله الرحمن الرحيم

Hahaha kali ni aku nak citer sikit pasal Kamen Rider Jepun yang aku minat,,, kahkahkah Nasib la Kamen Rider ni cerita Jepun, sebab cerita Jepun ni penuh dengan moral, pengajaran, humor, sedih serta jalan cerita dia sangat baik! Mesti ramai yang pelik apsal Muezz ni suka sangat ngan Kamen Rider, asyik-asyik Kamen Rider, status nak Kamen Rider, gambar pun nak Kamen Rider, ringtone pun nak Kamen Rider, hardisk pun penuh ngan cerita Kamen Rider melebihi 50%  memori,,, hahaha dan sekarang aku ada Group Kamen Rider kat FB,,,hahaha style tak aku? group tu penuh dengan lelaki yang dah berumah tangga serta ada anak,,, errrr kehkehkeh sebenarnya cerita Kamen Rider ni bukan untuk kanak-kanak pun sebab remaja yang dewasa macam aku ni pun still tak paham sesetengah cerita tu. Lagipun, cerita fighting-fighting ni elok ke untuk kanak-kanak tengok? Ditambah lagi dengan kostum boleh berubah, ada raksasa nak musnahkan bumi? hahaha serius buat kanak-kanak pendek akal, tak berkembang kowt! Cerita Kamen Rider ni sebenarnya untuk kita fikir apa cerita ni nak sampaikan... Jom aku cerita sikit sinopsis cerita Kamen Rider yang aku tengok :

Kamen Rider Den-O


Ryotaro Nogami adalah seorang lelaki muda yang selalu bernasib buruk. Satu hari, dia terjumpa 'pass' dan terjumpa Imagin. Di situ lah bermulanya dia.......
jadi Kamen Rider Den-O untuk melawan Imagin. Imagin pertama yang dia jumpa adalah Momotaros, hahaha tu pun si Ryotaro yang bagi nama.  Kemudian bertemu Yuto Sakurai misteri dan kikuk rakan Imagin Deneb. Yuto bukan sahaja Kamen Rider Zeronos tetapi penjelmaan muda tunangnya, lebih tua  kakak Ryotaro, Airi, Sakurai, yang secara misteri hilang dan adalah terikat dengan misteri-misteri yang melibatkan Imagin dan orang yang dikenali sebagai Point Junction.

Ryutaros - Kintaros - Ryotaro - Momotaros - Urataros

Kesian Ryotaro ni sebab Imagin ni ada banyak: kalau Momotaros masuk dalam badan dia, dia jadi mata merah tu, dan seterusnya... berubah-rubah perangai, style rambut semua berubah.... hebat lakonan dia!

Momotaros : Ryotaro akan jadi gangster, sombong serta belagak dan tak peduli orang kata
Urataros : Ryotaro menjadi sangat kreatif, manipulasi orang serta kasanova... pakai spec
Kintaros : Ryotaro menjadi kuat dalam seni mempertahankan diri(martial arts) serta macho
Ryutaros : Ryotaro jadi ketua break dance, selalu gak jadi bodoh, out of control dan perangai seperti kanak-kanak

Aku tengok cerita ni serius kelakar,,,,hahaha dalam train tu tak habes-habes gaduh sesama sendiri,, mulanya semua tak suka antara satu sama lain dan tunggu masa je nak suruh keluar dari 'rumah' mereka,,, tapi last-last semua tak sanggup,,,, ni yang datang part sedih! hehehe benci aku.

Inilah Imagin yang ada pada Ryotaro

Dan setiap cerita Kamen Rider mesti ada watak Kamen Rider Pembantu ataupun takde cerita sendiri, just menumpang, Kamen Rider Zeronos! Sakurai Yuuto ni dari masa lampau datang masa sekarang untuk bantu menyelesaikan misteri Imagin ni... Yuuto ni ada Imagin gak iaitu Deneb. hahaha sangat sweet dia dengan Deneb ni.... Deneb ni Imagin yang sangat baik, friendly, berlemah lembut serta pemurah. Tapi tuan dia, Yuuto ni sebaliknya.... hahaha memang sangat sweet asyik bergaduh je padahal dua-dua sayang,,,, haha

Imagin Deneb dan Tuan dia, Yuuto

Rupa Yuuto apabila Imagin Deneb masuk dalam badan tuannya


Kamen Rider Den-O ni plot cerita dia main dengan masa, past-present-future so agak pening dan konfius sikit la nak paham,,,, memang kena teliti tengok cerita ni....

Ax - Zeronos - Sword - Gun - Rod

Ni lah jenis Kamen Rider Den-O. Kalau Ryotaro kena rasuk dengan
Imagin Kintaros - jadi Ax Form
Imagin Momotaros - jadi Sword Form
Imagin Ryutaros - jadi Gun Form
Imagin Urataros - jadi Rod Form


Kamen Rider Kiva



22 tahun selepas kehilangan ayahnya, Wataru Kurenai tinggal di "rumah berhantu" di mana dia ditakdirkan sebagai Kamen Rider Kiva untuk memerangi kehidupan-penyaliran raksasa yang dipanggil Fangires, menyambung kerja bapanya. Wataru juga perlu berurusan dengan Kamen Rider IXA yang merupakan sebahagian daripada sebuah organisasi yang cuba untuk memusnahkan ancaman Fangire dan Kamen Rider Kiva sendiri . Kisah ini berpecah antara tindakan-tindakan Wataru sekarang (2008-09) dan bapanya Kurenai Otoya pada masa lalu (1986-1987), perlahan-lahan mendedahkan hubungan antara Keturunan Fangire dan Kiva. Hero dia ni serius macam aku,,,haha bukan muka tapi karakter dia.... kehkehkeh kalau nak tahu sila lah tengok,,, aku malas nak citer,,,,hehehe

Kivat 3rd

Kivat 3rd ni kelawar keturunan Kiva... dan Kivat ni jugak ada bapak serta kakak dia dan gak anak,,,haha stylo kan... dia gigit tangan Kurenai, baru dapat jadi Kamen Rider Kiva. Hanya orang tertentu je dapat jadi Kiva.

Dogga - Bassha - Garulu - Kiva - Ixa - Ixa Upgrade

Inilah antara Form Kamen Rider Kiva... ni pun hasil dari keturunan raksasa lain. Dia jadi hamba kepada Kiva. Kiva ni sebenarnya Raja antara manusia dan Fangires serta raksasa lain... so memang banyak konflik cerita ni sebab plot cerita dia juga main dengan masa -.-'

Kiva Emperor Form yang jadi raja baik

Dark Kiva adalah raja keturunan Kiva yang jahat

Kamen Rider Kiva banyak plak watak yang nak bantu,,,, haha antaranya Kamen Rider Ixa dan Kamen Rider Saga. Cerita ni ada kaitan daripada Dracula, kelawar serta watak dalam chess, King, Queen, Bishop serta Rook....


Haaa lawa-lawa tak watak dalam Kamen Rider Kiva ni? hehehe aku cukup terpesona dalam series Kiva ni la....hehe gambar atas ni Kamen Rider Saga, abang kepada Kiva


Kamen Rider Decade



Cerita ini berkisar sembilan alam semesta sebelumnya semua Kamen Rider bergabung menjadi satu, sesuatu yang akan memusnahkan semua dunia. Untuk mengelakkan ini, Tsukasa Kadoya bertukar menjadi Kamen Rider Decade dan diberitahu bahawa untuk melindungi dunia sendiri, dia mesti berjalan dengan Natsumi dan datuknya untuk sekalian alam Kamen Riders yang lain dikenali sebagai AR Sekalian alam (Dunia Satu lagi Rider atau Dunia Realiti Ganti) dan menghapuskan atau membantu anomali di dunia itu. Sepanjang perjalanan, yang dihadapi Narutaki misteri dan pencuri Daiki Kaito, Kamen Rider Diend disertai oleh Yusuke Onodera dari Dunia Kamen Rider Kuuga dan Kivala(adik kepada Kivat 3rd tadi) dari Dunia Kamen Rider Kiva.

Motif percetakan siri ini, Kamen Riders utama siri ini mengikuti model warna dakwat: Decade adalah magenta, Diend cyan, dan Kuuga (Peningkatan Borang Ultimate) adalah berwarna hitam dan kuning.


Kamen Rider Decade ni lah kena merantau ke dunia-dunia Kamen Rider lain untuk dapatkan kad kuasa mereka untuk selamatkan dunia Kamen Rider daripada bertembung,,,errrr susah aku nak explain kowt sebab cerita dia ni juga main masa gak,,,haihhh -.-' So setiap dua episod, Decade akan mengembara ke dunia Kamen Rider lain,,, sebenarnya 1st Kamen Rider aku tengok adalah Kamen Rider Decade ni lah,,, lepastu baru aku tahu watak-watak Kamen Rider lain...

Kamen Rider Decade Final Form


Kamen Rider Diend yang turut membantu Decade,,, tapi dia ni orang gelar pencuri,,, haha ada sebab kenapa ramai orang sangat memusuhi dia....huhu tengokla kalau nak tahu...


Kamen Rider W


Di bandar Futo rakyatnya yang berfikiran ekologi, terdapat kincir angin dan rakyat hidup dalam suasana harmoni. Walau bagaimanapun, Keluarga Sonozaki menjual peranti misteri yang menyerupai USB flash memandu dipanggil Memori Gaia kepada penjenayah dan pihak-pihak berkepentingan yang lain yang menggunakan mereka untuk menjadi raksasa yang dipanggil Dopants, melakukan jenayah dengan pasukan polis yang tidak berkuasa untuk menghalang mereka. Untuk memburukkan lagi keadaan, Memori Gaia membawa toksin berbahaya yang menyebabkan pengguna mereka untuk pergi gila ke titik di mana mereka boleh mati dari peranti yang mengancam nyawa. Selepas kematian bosnya, detektif Shotaro Hidari mengisytiharkan dirinya Detektif Hardboiled (sebenarnya separuh masak) dan bekerjasama dengan Philip misteri, yang mempunyai Memori Gaia benar, untuk menyiasat jenayah yang melibatkan Dopants. Menggunakan Memori Gaia mereka sendiri, Shotaro dan Philip menggunakan tali pinggang Pemandu Double untuk mengubah dan bergabung ke dalam Kamen Rider Double untuk melawan ancaman Dopant dan mengekalkan keselamatan Futo. Cerita ini turut dibantu oleh Ryu Terui, Kamen Rider Accel untuk menyiasat misteri masa lampau Philip, berhubung Keluarga Sonozaki, dan organisasi Museum mereka didedahkan.


Antara Form  Kamen Rider Double ... haha sebenarnya agak kelakar la kostum kali ni,,, entah la macam tak kena tapi dia nak buat lain dari yang lain, aku nampak still style....hehe


Nilah pendrive yang menjadi kunci pertukaran mereka,,, hahaha setiap pendrive Gaia Memori ni mestilah ada ciri masing-masing kan,,,, hahaha stylo seyhhh


Kamen Rider Accel ni turut membantu dalam cerita ini, tapi ego dia tinggi sikit... Tema dia motosikal



Kamen Rider W Extreme ni final form Kamen Rider W lah,,,,hohoho nak dapat camni kena ada unsur-unsur persahabatan yang sangat kuat antara mereka ni,,, pehhhh


Cerita ni paling banyak beri aku impak kerana pengajaran yang disampaikan melalui cerita ni,,, serius weyhh antaranya gambar atas tu, Philip dan Shotaro ni detektif, masing-masing mempunyai keistimewaan masing-masing. Mereka ni adalah sahabat. Hmmm banyak kenangan yang diaorang lalui sampai satu saat dia nak dipisahkan walhal  Kamen Rider W  tak boleh nak jadi kalau salah sorang takde.... perhhhh even si Shotaro ni hati ni cam keras sikit dan ego,,, tapi di sudut hati ada taman untuk pertahankan sahabatnya tu,,,, aku tengok cerita ni lagi banyak bergenang air mata dari cerita-cerita lain,,,,kahkahkah hmmmm banyak lagilah pengajaran, korang tengoklah kalau nak tahu lebih lanjut ;-p


Kamen Rider OOO



Eiji Hino adalah seorang lelaki yang takde tempat tinggal dan sejarah yang tragik. Apabila duit syiling berasaskan homunculi dikenali sebagai Greeed menyedarkan selepas mereka mengantuk 800 tahun untuk menyerang manusia dan memberi makan kepada hawa nafsu mereka, cabang yang berasingan dari badan Ankh Greeed memberikan Eiji tali pinggang dan tiga Core Medal untuk melawan Greeed lain sebagai Kamen Rider OOO . Ankh misteri mendekati  Eiji Hino dan mula membantu beliau di dalam perjuangan menentang Greeed, walaupun motif sebenar mereka tidak jelas.


Ni lah forms  Kamen Rider OOO .... serius  Kamen Rider OOO  ni sangat style pada aku! Kali ni dia menggunakan tema duit syiling atau core medal...


Nak dapat kan syiling ni, kena kalahkan raksasa Greed yang level tinggi....huhu tapi Ankh, Greed berbentuk burung bersama  Eiji Hino ,  Kamen Rider OOO ni salaing bantu membantu memusnahkan raksasa Greed yang lain, so apa motif sebenar Ankh untuk hancurkan bangsa sendiri? hehehe tengok la nanti....

Eiji dan Ankh

Sebenarnya Ankh ni tinggal tangan je, pastu guna badan orang lain... tengok kat atas tu.... so ada gak konflik antara mereka sebab guna badan kawan Eiji Hino sendiri.... so tapi last-last mereka tak dapat terima hakikat bahawa mereka ni sebenarnya saling memerlukan even raksasa dengan manusia, timbulah satu persahabatan kat situ,,,,hahaha ntah apa-ape je kan,,,, memang tak sesuai untuk budak-budak


Paling bebanyak Kamen Rider Protogonist, ni lah pada aku paling upgrade sikit sebab dia banyak fungsi dan banyak form,,,,huhu tapi nama je tak stylo,,, Kamen Rider Birth,,,,hohoho


Kamen Rider Fourze yang terlatest akan menyusuli sebab belum lagi final episod... hehehe
___________________________________


  1. Kamen Rider yang paling aku minat = Kamen Rider Kiva
  2. Watak Hero yang paling minat dan style = Ryotaro(Urataros) dalam Den-O
  3. Hero yang paling bodoh *yang buat cerita tu kelakar dan best* = Ryotaro dalam Den-O
  4. Ciri-ciri Hero sama dengan aku = Kurenai Wataru dalam Kamen Rider Kiva
  5. Watak sampingan Kamen Rider paling minat = Kamen Rider Saga dalam Kiva
  6. Final Form paling stylo = Kiva Emperor Form
  7. Jalan cerita yang paling baik = Kamen Rider OOO
  8. Kostume paling style = Kamen Rider OOO
  9. Driver Henshin paling style = Kamen Rider Kiva
  10. Cerita paling banyak pengajaran = Kamen Rider W
  11. Cerita paling banyak quotes = Kamen Rider Decade
  12. Cerita paling kelakar = Kamen Rider Den-O
  13. Cerita paling sedih = Kamen Rider W
  14. Lagu paling best = Kamen Rider Den-O
  15. Heroin paling minat,,,hehehe = Natsumi Hikari dalam Kamen Rider Decade

So Kamen Rider Kiva adalah paling berkesan duduk dalam hati aku ni,,,hahaha dan seriusly aku sangat tak suka Kamen Rider Kabuto! hahaha burok kowt....kehkehkeh tapi ramai kawan-kawan aku minat Kabuto dan perli Kiva aku,,, how dare mereka kan,,,,hahaha

OK, atas tu aku tak bape nak citer sangat apa pengajaran kan, aku just cerita sikit-sikit dan sinopsis supaya sape yang berminat boleh tengok,,,,hehe Hahaha ok, apa yang aku nak sampaikan kat sini :


  1. Tak sesuai untuk cerita kanak-kanak sebenarnya
  2. Cerita untuk orang yang berfikir
  3. Banyak pengajaran dan moral, setiap episod
  4. Mempunyai quotes-quotes menarik setiap watak menampakkan stylo nya watak-watak tu
  5. Kekreatifan cerita dan plot cerita yang sangat dipuji even berunsurkan tidak logik
  6. Bab jadi Kamen Rider dan musnahkan raksasa je yang tak logik, yang lain sangat membuka minda kita yang sempit dan sama je pemikiran orang Malaysia
  7. Lawak dia sangat best dan menjadi
  8. Part sedih memang berjaya menggugat orang yang tengok cerita ni... bayangkan yang tengok cerita ni mestilah lelaki yang terejal atau yang nakal kan,,,,hahaha
  9. Kalau sedih tu means kita faham la apa mesej yang nak disampaikan melalui cerita ni...
  10. Lebih lanjut, baca artikel I Luv Islam ni tentang Kamen Rider ^^

6 comments:

eazy_fizz said...

ak pon ad tgok kamen rider gak...tp br dgr kamen rider ooo. t ak nk carik gak

p/s: law ak da bli hardisk t, ak nk copy cite kamen rider bebyk dr ko wey. siyes ak jelez giler ko ad copy kamen rider bebyk. (ak nk kumpul duet x-tra....hehehe)

muezz@blaz said...

OOO latest,,, tp skrg ade yg baru,,, tak habes lagi episodnye... Kamen Rider Fourze.. sangat GEMPAK!!!

nurulfarhanirozali said...

ahhh, serius ini entry terpjg ko.! haha, entahlah.sakit tengkuk baca..haha..oooooo
KR kiva mmg hnsem.hoho

muezz@blaz said...

xde la hensem mne hero dy... aku suke KR kiva bnyk aspek,,,,
entry kali ni panjang sbb aku citer banyak Kamen Rider,,, org len cter 1 entry 1 Kamen Rider,,,,haha aku 5 in 1

Mohammad Nor Azlan said...

Hmmm.Kamen rider memang.gempak.Tetapi yang heisei jela.Yang lame tu serius buruk.Semua kamen rider Heisei aku suke,melainkan Hibiki ngn Fourze.

muezz@blaz said...

haha kita generasi sekarang memang akan kata begitu... orang yang generasi sebelum kita memang suka showa punya... kalau vote antara hensei dan showa, showa menang kot...