Wednesday, January 18, 2012

Kecewa Dengan Rakan Seperjuangan

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri kali ni ingin meluahkan rasa kecewa dan sedih kat kawan-kawan aku yang digelar Pecinta Haiwan. Sebenarnya diaorang dah terpesong dah... entahlah, aku bagi pendapat berasaskan ilmu dan veterinar sendiri tapi dibalas dengan huruf besar dan tetap berdegil. Aku dah buang dah komen tu,,,kehkehkeh dan lepas ni aku malas dah nak bersuara dengan 'orang-orang' tu,,,, siyes fedup ngan orang camtu.... malas nak timbul pergaduhan je...



Antara yang aku rasa terkilan, mereka bela haiwan semata-mata nafsu dan lepastu dah malas nak jaga, jual... Alasan sebab dah MALAS? hmmm entahla... lain la kalau alasan takde masa ke, faktor kesihatan, dah penuh kat rumah ke... orang camni nak cakap ape ek? hmmm mungkin dia ada sebab tersendiri dan bernasib baik lah dia tanya kat orang-orang pecinta haiwan, so ada gak la tergerak hati nak selamatkan haiwan tu nak beli,,,huhu walauapapun dia still kena marah,,,,hahaha



Lepastu, bab makanan... jangan lah korang nak tukar makanan diaorang tu. Maknanya kalau dia secara natural makan daging, jangan lah bagi makan sayur atau buah. Kalau sikit-sikit takpe la, tapi still sebenarnya tak boleh.
So, bila korang dah bela haiwan yang camtu, itu tanggungjawab korang untuk bagi makanan yang sepatutnya! berdosa tau tak kalau korang ubah sampai camtu... contoh Ferret dan Iguana. Ferret kalau makan selain daging, sistem badan dia sebenarnya tak dapat nak terima makanan tu, so lelama dia akan sakit dan terus mati. Sama juga Iguana, jangan bagi serangga kerana dia 100% herbivor... kalau tengok dia suka tu memang sebenar nya haiwan tu dah sakit da... pernah dengar penyakit Mad Cow tak? lembu makan daging... haaaa tu sebab penyakit la... kekadang tengok memang dia suka makan, sebab kita pun kalau makan makanan segera suka kan? tapi tak elok selalu kan? haaaa dan lagi satu, kalau boleh bagilah treats, contoh Hedgehog. makanan harian dia sekarang adalah kibble kan sebab Hedgehog tu domestik, lagipun kandungan dia still ada dalam diet hedgehog tetapi kita kena bagi gak serangga sebab tu gak makanan dia kat semulajadi,,, tahu tak dia sangat suka makan serangga tau dari kibble tu,,, walauapapun tak elok bagi bebanyak,,, treats as our KFC, McD n Pizza lah ;-p contoh lain  Sugar Glider , dah veterinar cakap jangan bagi makanan berunsur oat dan bijirin,, tetap bagi jugakkk, dia rasa dia lagi berilmu... tu la pasal,,,, padahal ada je berita mati sebab benda tu....



Seterusnya, otai marah newbie's pet yang bermasalah. Ini juga berlaku dalam group haiwan gak *dirahsiakan* hehe kesian budak-budak tu... memang tak dinafikan pemilik baru tu salah sebab taknak buat research, taknak tanya orang yang berpengalaman, dah minat terus beli... tapi tak boleh gak nak salah 100% kat dia kan... apa kata yang otai tu nasihat dia, cakap elok-elok... ni tak, satu post tu kemain ramai lagi yang menghentam dak tu,,, perhhh kesian seyh dak tu,,, mesti bengang giler! menangis agaknye tu,,,,hehe ni selalu berlaku kes beli Sugar Glider underage....



Kutuk dan perli produk orang lain. Ni apa kes?! Aku terkejut gila, tengok kejadian ni. tu la orang Melayu, dah berjaya atau tak tetap nak ada perasaan hasad dengki kat orang lain kenapa ha?! Aku rasa korang tengok je komen atas tu, kerek giler!!! Yang kena tu semua member-member aku plak tu,,,, haih -.-'



Lagi, berkenaan haiwan perosak,,, contoh tikus. Kalau tikus tu buat kerosakkan sekalipun, bunuhlah dengan beradab. Kita takde hak nak seksa dia. Sebenarnya cara merendam tikus dalam air adalah perkara yang sangat zalim terhadap haiwan! Tu seksa namanya, dah la tu penuh dengan perasaan dendam plak tu,,, perhhh tu namanya dah terhakis dah Animals Lover tu,,,,huhu kalau nak bunuh silakan tapi dengan syarat terus bunuh, sedangkan nyamuk tu pun kita ditegah seksa dia dengan cabut kaki, sayap apatah lagi haiwan yang besar tu... dan lagi satu, nak bunuh tak boleh kita bakar dia... menjadi satu kesalahan kerana hanya Allah sahaja yang boleh gunakan api tu untuk seksa hambanya. Tapi bakar haiwan tu lain cerita kerana memang tujuan makan la,,,hehehe

______________________________

Ni semua berlaku atas pengalaman aku, berlaku kat diri aku sendiri... dan juga melalui pembacaan dan khidmat veterinar, so kalau korang tetap nak ikut kepala korang sendiri, silakan lah,,, jawab di akhirat nanti... nasib la haiwan tu tak pandai nak bercakap... so sesape yang baca ni please jangan sentap ok, ini adalah teguran aku untuk korang... aku sedih tengok korang camtu... dan aku pun apa kurangnya, ada gak salah... ;-)

Wallahualam....


6 comments:

a.r.e.p a.h.m.a.d said...

amik yang baik...
tinggal yg buruk...
bagus dahtu...
:'D

muezz@blaz said...

;-)

Lady D'yot said...

wah...entry penuh nasihat dan maklumat.thank u

muezz@blaz said...

;-)

nurulfarhanirozali said...

wahh..kejamnyee..isk isk T.T

muezz@blaz said...

;-)