Tuesday, December 27, 2011

Kisah Haiwan di UPM (2)

بسم الله الرحمن الرحيم

Sejak menjak ni, group UPM 2011/2012 sibuk cerita pasal haiwan,,,hahaha dimulakan dengan Ebak Casper aka Rahimi :  


Hahaha kelakar sebenarnya sebab macam-macam nama orang bagi kat kucing bertuah ni. Inilah kucing Legacy Serumpun,,,,huhu paling popular dalam kalangan kolej Serumpun. Melalui penceritaan Senior, dulu dia tak sumbing, sebab selalu gaduh dia jadi sumbing. Aku sangat suka kucing ni, sangat unik ditambah lagi dengan mulut dia tu,,,,hahaha dan dia lah yang pegang kawasan kafe ni,,,,hehehe agak garang kot, tak boleh nampak kucing lain, nak gaduh je!


Si Ebak aka Rahimi tu rindu dah lama tak jumpa, so aku pun post gambar ni,,, ramai yang tak tahu rupanya perut dia dah berisi sebab ingat dia dah dimandulkan. Gambar ni aku ambil waktu petang dah nak Maghrib. Apa yang bestnya tarikh kelahiran 13/12/11,,,huhuhu ramai jugak tak dapat tengok anak dia sebab sekejap je dia kat situ, esok tengok dah takde... Aku tak faham sebenarnya kondisi UPM ni. Serius sesal tak sudah! Aku tensyen bila dengar : 
Anak-anak kucing takkan hidup kat UPM! Dengar cerita mereka buang semua anak-anak kucing. 
Hmmm entah la,,, Macam susah nak percaya tapi bila aku tengok keliling,,, hmmm betul lah, depan mata aku ada tiga ekor kucing bunting, tapi lepas kempis takde pun anak dia, pelik sesangat! Kalau nak kata si Jantan makan, mungkin dari 3 ekor ibu kucing tu, 2 ekor ibu kucing la paling kurang anak dia kena makan kan. Lagi satu, ibu kucing pandai la jaga anak dia, dah berpengalaman, bukan yang kecik si Ibu tu, hmmmmmmmm dan memang tak pernah tengok anak kucing kat UPM ni!


Sebelum kucing sumbing tu berperanan jaga kawasan kafe, kucing atas ni lah. Tapi dengar cerita dia mati sebab kena langgar dengan bas depan blok L7. Perhhh sadis giler dengar. Aku takde rezeki nak jumpa dia,,,,huhuhu

Pastu ade lagi beberapa budak post gambar kucing-kucing Serumpun kat group, tetiba ada sorang budak ni post ni plak,,,,


Hahaha terbaik petak merah tu,,,,wakakakaka aku suka komen dia!

No comments: