Monday, December 12, 2011

Enjoy bersama Dak Animal Science

بسم الله الرحمن الرحيم

Sangat kontroversi tarikh 11/12/2011 ni,,,,haha takde kontroversi mana pun, sebenarnya aku nak sangat balik minggu ni sebab Isnin cuti, tapi tak juga berkesempatan sebab ahad ada program, isnin plak ada presentation even cuti,,, >.< sebelum tu, aku sepatutnya terlibat dengan aktiviti Family Day@15 untuk kolej tapi tak dapat join la sebab ada field trip ni,,, hmmmm best kowt aktiviti permainan dia! huhu

Hari ahad, jam 7pagi Hapisz datang bilik, bapak awal dia bersiap, aku masa tu belum bersiap lagi,,,haha pastu Daus MTM plak datang mintak hutang duit program yang sepatutnya aku terlibat,,,hehe sori tak dapat tolong, lebih best bersama classmates,,,hehehehe Pastu kitaorang pergi jap ke blok perempuan yang jauh nun disana naik bukit sikit untuk tolong angkat barang²,,, hoho rajin bebenar budak² perempuan ni buatkan sandwich ngan air,,hehehe so takkan lelaki tak buat kerja, so sumbang la sikit,,,hehehe


Gerak dalam pukul 8.15 pastu Qayyum membaca doa kenderaan,,, dan seterusnya Mirah pun bagi la sorang dua keping sandwich sardin,,,huhu best² dan Fany plak buatkan air Kopi Hazelnut,,, perhhh sedap, tak pernah rasa hazelnut dalam kopi,,,huhu pastu bagi sikit kat driver,,, sharing tapi jangan citer la suasana dalam bas camne kan, agak penuh dengan makanan dan minuman,,,,hoho

Sampai di destinasi, pukul 9.30pagi,,,huhu not bad environment Pantai Morib tu...

Dr. bagi masa jap untuk ambil angin kat pantai sebelum buat kerja,,,huhu

Taklimat,,,hehe dah besar semua reti jaga diri masing2,,,

Jalan kaki dalam 1km kot pergi ladang sawit untuk analisis tanah

First round Katang yang kene korek tanah ni guna alat ni, agak sukar sebab tanah kat sini keras

Pastu, buat analisis kat tanah tu setiap beberapa meter dalam, thanks to my group members ; Fany, Azie, Jijah dan Katang,,, semua beri kerjasama,,,hahaha walaupun aku agak blur² bab merasa tekstur tanah tu camne,,,haha warna pun same,,,kehkehkeh yang tak boleh blah, Cik Din(Pembantu Makmal) sangat sporting ambik gambo dengan kitaorang, Dr. Zauyah sama gak suka ambik gambar candid,,,,hahaha gembira, gembira jugak tetiba gi tanya markah test haritu dapat bape,,,hahahaha spoil² -.-'

Pastu pergi plak ke Pantai Morib tadi untuk analisis tanah kat situ plak,,, simple je kat situ sebab tanah tu berpasir dan just beberapa meter dah jumpa air...

Hermit Crab yang bertuah kerana kami menjumpai dia, haha sampai shell dia terjatuh dan hilang ntah kemana,,,kesian~

Lepastu, siap semua, Dr. bagi masa untuk pergi makan² kat situ, sebelum tu kitaorang tengok lumba moto kecik tu,,,huhu comel² je budak² kecik dah lumba moto tu,,,huhu aku pun takut nak lumba naik moto kecik tu,,,hehe 

Pekena ABC dan pisang goreng,,, selebihnya ngepau orang,,,,hahaha dasyat!

Pukul 12 tengahari naik bas dan masih ada yang tak kenyang,,,haha tak kisah sebab roti banyak lagi,,, pastu beberapa minit kemudian sorang² tido, lagi² kat belakang sana,,,hehe



Haha suka snap pic orang tido, kang bila kena kat diri sendiri padan muka,,,hahaha Aku pun hampir nak tertido sebab memang penat giler, tapi bila terkenangkan tadi aku dah warning kat dyorang sape tido siap aku snap pic, kang aku plak yang kena,,,huhu so tahan! Tetiba bas ni berhenti pergi ke destinasi seterusnya kat ladang sawit mana ntah,,,huhu kali ni tanah gambut plak,,, perhh ingat dah takde lagi, masa tu rasa macam malas nak turun,,,,errrrr

Foreigner ni plak buat keje,,,kehkehkeh



Ok selesai disini, Cik Din(Pembantu Maklmal) pun tinggalkan kitaorang, dah tak jaga kitaorang dalam bas,,,huhu pastu boleh request untuk pergi jenjalan kat pakcik driver, so Mirah tanya, mintak pendapat,,, rata² semua tak serius, konklusinya kena marah dengan Cik Mirah ni,,,hahaha lagipun aku rasa cukup kowt sebab penah dah ni,,, dalam perjalanan tu kitaorang maen teka-teki,,, errr macam² teka-teki yang keluar sampai aku rasa fedup dengan soklan yang merepek,,,haha sengal semuanya! Asyik gelak je habis la ilmu aku nanti,,,hehehe

Tetiba pakcik ni masuk ke Wetland,,,huhu kat Putrajaya,,, terkejut gak sebab tadi just request je nak pergi Putrajaya tapi semua cam olok² je,,, apa² pun dah alang² enjoy je la,,,! ^^

Sembahyang berjemaah, imam pakai baju merah tu,,,hehe

Suka suasana kat sini, len kali boleh buat camping kat sini, takpun study kat sini,,,ececeh

Sebenarnya hanya 20orang saje yang dibenarkan naik setiap aras,,, alah semua ringan ringan blake kan,,,

Ni lah dak dua orang yang gayat takut nak naik,,,kehkehkeh menyakat je kejenye aku ni,,,kahkahkah

Subhanallah,,, cantik kan,,, lau letak hedgehog aku ni,,,hehe

Tah tahu apa motof dia buat benda alah ni kat tingkat atas skali,,, errrrr

OK habis citer daa...hehe overall field trip yang enjoy~

_________________________________________

Tuu diaaa, dak dak riang nak merasa suasana angin jatuh,,,haha

Student harapan kami,,,yeahh

Naik je bas tengok dak Lan ni dah kebulur, makan roti dengan coklat,,, tak menyabar,,,hehe

Ni AJK makanan dalam bas,,,haha thanks gak kepada Katang bawakkan meehun juga sandwich versi kedua,,,hehe

Foreigner jadi tarikan sangat, cuba lau rakyat Malaysia kat luar negara, agak2 ade tak diaorang nak bergambar dengan kita? hehe Foreigner ni salah satu student Dr.Zauyah gak, dia join kelas kitaorang

Muka penat dah ni,,,, errrr fikir katil kat kolej je ni,,,huhu

P/s : Thanks to Mirah, Fany, Azie and the gang yang bersusah payah buatkan kami makanan dan minuman,,,,hahaha serta sumbangan duit tu,,,huhu tak lupa gak pada Katang yang bawak bekal juga untuk bagi kanak kanak makan dalam bas,,,hehe



4 comments:

Noor Amirah Mohd Nor said...

haha..
haffiz pukul 6 lagi dah tepon tnye aku nak angkat barang pukul berapa..
n thanks kat kau dgn haffiz sbb tlg..

muezz@blaz said...

^^ haha ye ke... mmg semangat habis

ciK LyndaWawa said...

nampak cam bez je..=]

muezz@blaz said...

mmg best pun,,, dan harap2 best smpai bile2,,,hehe