Thursday, November 24, 2011

Si Cacat Thorny Devil

بسم الله الرحمن الرحيم


Thorny Devil atau nama lain Cicak Australia. Boleh hidup sehingga 20 tahun dan panjang badannya sehingga 20cm. Badan dia dipenuhi duri, warna dia pun menarik seakan akan mengikut warna tanah. Bila panas, warna dia akan puct manakala sejuk akan bertukar menjadi gelap. Pastu cara jalan dia goyah, macam tak reti berjalan,,,,huhu kelakar gak lah dan pergerakan dia sangat slow~


Keistimewaan dia antaranya ialah
dia boleh meresap air melalui badan dia, kalau hujan, dia akan main hujan dan duduk diam diam,,,hehe dan apabila waktu tengah panas takde hujan cam musim kemarau, bila ada sumber air dari haiwan lain, macam katak ke atau mungkin bahan buangan, dia akan cepat cepat pergi kat sumber air tu dan duduk diam diam, lama kelamaan air akan meresap dari kaki sehingga ke badan. Itulah cara dia untuk mendapat air,,, amazing right? Makanan ruji dia adalah semut,,, sekali makan antara 600 hingga 3000 ekor semut! rupanya ada jugak binatang lain yang makan semut, dulu ingat hanya Tenggiling je,,, ye la duduk Malaysia ada haiwan apa je kan... huhu


Thorny Devil tak sesuai untuk dijadikan haiwan peliharaan, walaupun dia jenis reptilia yang tidak berbahaya. Hmmm melepas aku...huhu Pemangsa Thorny Devil ni yang paling utama adalah manusia dan jugak burung BustardsThorny Devil ni haiwan terancam dan dilindungi sebabnya manusia punya pasal lah -.-' dah la dia bertelur hanya 3 hingga 10 antara bulan September dan Januari. Sikit je populasi dia disebabkan manusia suka cari pasal!

Antara kelebihan dia :

  1. Mereka mempunyai kemampuan untuk mengubah warna untuk dipadankan dengan persekitaran mereka. 
  2. Mereka bersembunyi di dalam semak-semak kecil jika takut. 
  3. Apabila mereka takut mereka menyelikan kepala mereka di antara kaki hadapan, dan akan menunjukkan kepala palsu atau tombol di leher.  
  4. Jika pemangsa cuba terbalikkan(flip) badan dia, ia meletakkan tulang belakang dan ekor melengkung ke tanah untuk mengelakkan ia daripada jatuh ke atas. 
  5. Pergerakannya kelihatan seperti daun, dan ia sering "membekukan" atau Freeze. 
  6. Mereka juga mempunyai kemampuan untuk  membentuk bola, yang menjadikan mereka kelihatan lebih besar.
Inilah Burung Bustards

2 comments:

najihaothman said...

bro..i've tagged u..

http://najihaothman-kataminda.blogspot.com/2011/11/1st-time-join-segmen.html

najihaothman said...

I've tagged u...takyah layan pun xpe..aq saje je..hehe

http://najihaothman-kataminda.blogspot.com/2011/11/segmen-cik-eiyda-nak-review-blog-korang.html